17 | KESERONOKAN vs TANGGUNGJAWAB

515 20 22
                                    

Satu lagi catatan ringan-ringan, sambil memamah makanan ringan dan menghirup minuman ringan.

"I love you, I miss you" sangat mudah diungkapkan; kecuali bila sakit mulut atau mulutnya herot kena stroke. La ni pulak tak kena ucap dah...taip saja kan hehe. Seronok kan bila ada orang menyayangi kita, merindui kita? Kita akan terbuai, hanyut dalam belaian kata-kata puitis lagi manis tahap diabetes potong kaki! Tetapi sehingga ke tahap mana keseronokan itu? Sampai bila ia boleh bertahan?

Bercinta di alam maya umpama berada di atas kayangan. Setiap pagi dan petang, siang dan malam sentiasa bersama di atas talian. Bertukar cerita, gambar, video. Berkongsi semua benda dengan yang tersayang; nak masuk toilet pun share. Sehingga selalunya membuatkan kita lupa ada banyak tanggungjawab lain di alam nyata ini yang terabai kerana leka dengan kehidupan di kayangan. Sampai bila kita mahu hanyut dibuai mimpi? Bolehkah kita terus hidup di kayangan yang tidak ada Perdana Menteri, JPJ dan LHDN? Too good to be true lah!

Aku manusia yang praktikal. Hidup pada aku adalah realiti! Sampai ke satu tahap, keseronokan alam maya itu akan drop dead dan aku mahu kembali ke alam realiti. Walau pun itu bermakna kena pakai seat belt masa memandu dan membayar income tax setiap tahun! Aku mahu melihat dengan mata kepala sendiri siapa dan bagaimanakah wanita yang mencintai dan merindui aku. Nak tengok rupa (dan bodi sekali hehe), nak dengar suara dan segala-galanya. Bersembang, mengenali hati budi, pe'el perangai dengan lebih dekat. Kentut pakai silencer ke tidak, bau dia ala-ala Ambi Pur ke tidak hahaha.

Ehhh nak beli kereta, nak beli rumah pun paling kurang nak test drive, nak tengok sample house. Kalau kena reject? Kedua-dua pihak kena terima hakikat dan redhalah. Aku memang sentiasa ready untuk direject aje sebab aku tahu siapa aku. Kalau setakat suka karya aku, gaya penulisan aku, adoiii itu taraf laporan kemajuan kerja aje la. Tapi, kalau ada pompuan yang boleh terima siapa aku beserta dengan pakej kekurangan dan kelemahannya, haaa time itu memang migrain tahap pecah kepala la aku!

Kalau pertemuan itu berakhir dengan hubungan seks? Ada pulak sambungannya selepas itu... lagi dan lagi dan lagi? Sejujurnya aku pun tiada jawapan pasti. Nafsu memang la tak pernah menolak. Kalau baca kisah aku yang lepas-lepas, semua pun aku lanyak. Tapi bila dah masuk usia subsidi ni, hati rasa berat. Dosa yang lepas pun belum tentu Allah ampunkan, nak buat dosa baru pulak. Kalau esok lusa go to school, balik awal... macamana la nak menjawab di Mahsyar esok. Tapi itulah, aku ni hanya manusia biasa. Sekali air bah, sekali pantai berubah...

Aku sudah berusia separuh abad, sudah ada Rozi dan 8 anak. Secara logiknya, nampak macam sudah agak terlambat untuk berskandal bagai atau memulakan hidup berpoligami sekali lagi. Tidak ada alasan yang munasabah untuk aku, kerana tidak ada apa pun yang kurang di dalam hidup kami berdua. Pada saat ini, rasa tanggungjawab melebihi keinginan untuk beronok-ronok tanpa tujuan. Tetapi, apa yang Allah tentukan kepada kita tiada siapa yang tahu.

Cuma jika ada jodoh aku dengan orang lain, pertamanya aku akan pastikan ianya tidak membawa apa-apa kesusahan kepada aku, Rozi dan keluarga. Mereka sudah banyak melalui susah senang, pahit manis hidup bersama aku. Keduanya, sudah pasti semoga hubungan kami kekal ke akhir hayat. Siapa pun 'dia' tidak penting. Anak dara ke, janda ke, bini orang ke (aikkk masuk calon jugak ek). Paling penting dalam usia dan situasi aku sekarang ini, aku tidak perlukan apa-apa masalah yang tidak perlu; unnecessary stress! Itu sajalah harapan aku untuk kerajaan Pakatan Harapan yang baru! Hahaha

Santai-santai, ringan-ringan pun jenuh jugak nak menyudahkan chapter ni. Payah jugak nak korek benda dalam hati sendiri ni, apatah lagi dalam hati orang lain...

DIARI DARI HATITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang