16 | CINTA BUTA & PEKAK

396 25 15
                                    

Aku sudah dua hari demam dan selsema. Masuk kategori warga istimewa 5-siri ni, selalunya recovery dia lambat sikit. Ubat-ubatan tak banyak membantu, cuma kena rehat secukupnya. Nak menyambung menulis cerita rasa macam berat sangat. Tak menulis, tak tahu nak buat apa, rasa boring pulak. Boleh la kot tulis yang ringan-ringan, luahan dari hati nurani gitew hahaha

Hari ni rasa nak menulis tentang cinta. Bila dah tak sihat, tubuh jadi lemau, hati pun jadi jiwang. Romantika di Tampoi, bercanda di pasiran pantai dan yang sewaktu dengannya. Ada rasa yang terbuku di hati semenjak beberapa hari ni, tetapi tak tahu bagaimana nak diluahkan. Mungkin catatan hari ini boleh release sikit-sikit, sipi-sipi gitu hehe.

Orang kata cinta itu buta dan pekak. Siapa orang itu, bila dia buat kajian itu, di mana kajian itu dibuat, berapa ramai responden dia, Wallahua'lam hahaha. Cuma tagline tu aku tengok banyak diterimapakai di mana-mana. Jadi, aku cuba menulis apa yang sedikit-sebanyak aku nampak dan ada juga yang terkait dengan aku.

Cinta itu buta. Aku setuju. Dengan hanya berkenalan dan berhubung melalui atas talian, kita boleh saling tertarik dan jatuh cinta. Tidak pernah berjumpa secara fizikal, melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, bercakap dengan mulut, bersentuhan kulit ke kulit, tetapi boleh jatuh cinta. Rupa paras, kerjaya dan harta sudah tidak menjadi keperluan mandatori. Janji ayat mau tangkap leleh hehe.

Tetapi apa yang kita baca, apa yang kita nampak di alam maya tidak semestinya sama dengan apa yang kita lihat, dengar, hidu, sentuh, rasa di bumi yang dipijak. Impian yang kita cipta dan kita ulangtayang di dalam kepada setiap hari mungkin langit dan bumi bezanya dengan realiti.

Pekak? Sebab orang yang hanyut, angau, mabuk ketum cinta ni tak dengar kata. Nasihat la macamana pun, bentangkan kepada mereka 1001 alasan rasional, dia tetap tidak peduli, tidak akan mendengar.

Aku pun tak terkecuali. Aku lelaki yang lemah dengan iman senipis kulit bawang. Kalau dah digoda, memang tergodalah jawabnya hahaha. Cuma... bila dah baya aku, umur subsidi dah masuk 5-siri ni, nampak macam tak berapa nak kena ajer. Sebab tu, aku masih menghadkan ianya setakat atas talian sahaja sehingga saat ini. Sejam lepas ni tak tahu la apa nak jadi hahaha.

Aku tabik la kepada mereka yang berani membuat keputusan dan meluahkan perasaan berdasarkan penilaian atas talian sahaja. Ada yang kata ikut gerak hati; 'instinct' atau 'sixth sense'. Tetapi, pastikah mereka itu adalah 'sixth sense', dan bukannya 'nonsense'? Tersilap menabur benih cinta di laman yang tandus akan memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang-orang yang berada di keliling kita. Sekali terjerumus ke dalam jurang cinta palsu, sukar untuk kita kembali mendaki keluar.

Biar buta mata, jangan buta hati. Biar pekak badak, jangan pekak telinga. Errr memang la, peduli apa dengan badak...bior ler dia pekak! Hahaha

... bersambung ke chapter Keseronokan vs Tanggungjawab...

DIARI DARI HATITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang