#1. NORMA BARU kehidupan di Malaysia dan seluruh dunia. Tidak boleh berjalan, melepak sesuka hati di mana-mana kecuali rumah kita. Tidak boleh bergerak merentas negeri dan negara.
#2. Topeng sentiasa di muka apabila keluar dari rumah. Satu kelebihan kepada yang kurang hensem macam aku :). Tapi orang pompuan aku tengok bila pakai topeng muka ni nampak lagi cantik. Lebih banyak yang tersorok, lagi thrill!
#3. Tangan sentiasa dicuci dengan sabun atau sanitizer. Baik untuk kesihatan kita semua.
#4. Tidak boleh bersesak di tempat awam, kena jaga jarak 1 meter. Makanya pahala puasa tahun ini gemuk-gemuk belaka. Dah tak berpeluang langgar bontot awek-awek dalam LRT dan pasaraya kan hehe.
#5. Tidak boleh bersolat jemaah di masjid, tidak boleh berterawih di masjid, tidak boleh solat Hari Raya di masjid. Alhamdulillah, semenjak 18 Mac 2020, ramai Imam baru muncul di rumah-rumah, samada untuk solat jemaah 5 waktu, Solat Terawih atau Solat Hari Raya. Ramai jugak yang terketar-ketar baca khutbah Hari Raya sambil pegang batang penyapu, kayu golf, joran atau apa saja yang sempat dicapai hahaha.
#6. Apabila Covid-19 menyerang, banyak kekurangan dan kekangan yang kita hadapi. LUPAKAN. Kita lihat sudut-sudut yang positif. Nikmati segala kelebihan yang Allah bagi.
#7. Covid-19 membuatkan aku menstruktur-semula kehidupan. Bagaimana menjalani kehidupan harian dan bagaimana mencari nafkah untuk keluarga. Hari ini aku mulakan dengan menyenarai apa peluang yang boleh dimanfaatkan dan perinciannya macamana. Cuma membahagikan masa dengan bini-bini masih dalam proses merangka dan menyusun hehe.
#8. Hari ini 2 Syawal 1441H. Aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada semua pembaca, pengikut dan sahabat maya di Wattpad. Semoga kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki untuk bertemu lagi di Ramadhan 1442H. Kepada yang DM ucapan Aidilfitri, terima kasih di atas ingatan ikhlas kalian. Tidak pernah bertentang mata, tetapi tetapi dihargai dan diingati. Terima kasih sahabat!
#9. Kepada sahabat yang hilang dan menyepikan diri kerana ada hasrat yang tidak dapat aku penuhi, aku pohon maaf. Ada perkara yang berada di luar keupayaan dan kawalan aku.
#10. Kepada sahabat-sahabat yang ada lubang bisnes bagus yang boleh dikongsi bersama, share la ya. Genuine business! Takkan nak kaya sorang-sorang bro hahaha. jangan ajak aku buat Meniaga Larut Malam udah la yer hihihi
Wassalam
#Catatan2Syawal1441H
KAMU SEDANG MEMBACA
DIARI DARI HATI
Non-FictionCatatan apa saja yang aku rasa, aku lihat, aku dengar sepanjang masa..