Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1440 kepada semua sahabat, pembaca dan pengikut (dan juga kekasih-kekasih siber ku hahaha). Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Macam pelik jer kan bila terjemahkan followers jadi pengikut...macam aku ni besar sangat, macam ketua gengster pun ader hahaha.
Rutin setiap kali menyambut tahun baru hijrah yang aku perhatikan adalah baca doa akhir tahun, doa awal tahun dan baca Yaasin. Ada yang kata ini bukan sunnah, Nabi tak buat. Pada aku, raikanlah perbezaan pandangan selagi ianya tidak meruntuhkan iman kita. Jangan jadikan ia bahan perbalahan. Berdoa bila-bila masa pun tidak salah. Baca Yaasin dan Al-Quran bila-bila masa pun tidak salah.
Apa yang penting pada aku adalah pengertian hijrah itu. Apa yang aku nak hijrah tahun ini untuk menjadi lebih baik dari tahun lalu? Solat aku dah cukup, sempurna? Mak aku jaga elok ke tidak, penuhi permintaan dia? Anak bini aku jaga elok makan pakai, pendidikan, akhlak dan ibadahnya? Sedekah aku masih teragak-agak atau main hulur aje? Kerja aku asyik monteng aje atau stayback sampai siap? Masih menjual hati palsu di alam siber atau mencari cinta di celah kelangkang?
Paham dan buat. Hijrah, berubah kepada yang lebih baik. Bukan kerja aku nak bertekak pasal sunnah ke tidak, dosa dan pahala.
Kepada sahabat, pembaca dan pengikut yang sudah memulakan langkah hijrah mereka, aku ucapkan dan doakan semoga anda semua berjaya. Apa-apa nasihat, tips dan bantuan yang pernah dan akan aku berikan adalah percuma. Itu amal jariah aku. Tidak mudah untuk meninggalkan ketagihan keseronokan duniawi, tetapi tidak juga mustahil untuk mencari redha Ilahi.
Kepada sahabat, pembaca dan pengikut yang terbelenggu dengan pelbagai masalah hidup selama ini dan mahu melangkah keluar mencari dan memulakan hidup baru, aku ucapkan dan doakan semoga anda semua berjaya. Aku sentiasa akan menyokong dan membantu kalian semua sekadar termampu. Ini juga bukan suatu perjalanan yang mudah, tetapi demi kebahagiaan dan kelangsungan hidup, termpuhilah dia dengan iman dan taqwa. Insya Allah akan dipermudahkan.
Kepada sahabat, pembaca dan pengikut, bantulah aku berhijrah menjadi lebih baik. Jangan kau goda aku untuk kembali ke bilik gelap. Aku insan yang lemah. Imanku hanya senipis kulit bawang. Jika kalian terus-terusan menggoda aku, maka karam dan basahlah kita berdua hahaha.
Hidup bukanlah tentang siapa yang terbaik. Tetapi siapa yang boleh berbuat kebaikan dan bukan berpura-pura baik. Wallahua'lam
KAMU SEDANG MEMBACA
DIARI DARI HATI
Non-FictionCatatan apa saja yang aku rasa, aku lihat, aku dengar sepanjang masa..