Bodek, kipas, jilat bontot, rasuah atau damage control?
Pagi tadi aku mengamuk bila tidak mendapat akses kepada maklumat yang diminta oleh Pengarah Urusan. 15 minit terpaksa diambil untuk menyelesaikan masalah yang kemudiannya didapati berpunca dari dia sendiri. 5 minit kemudiannya disirami janji dan tawaran untuk menyejukkan aku..huhhh
I'm a man with principles. I'll definitely responsible for what I've done. But if you want me to be accountable for what I didn't, just wait for my punch!
Kelambatan Jabatan Pentadbiran membantutkan pula kerja aku. Alasannya, hari pertama berpuasa, semua orang slow down. Hellooo kita puasa aje kot, bukan nazak nak mati! What the heck! Nabi dan sahabat keluar berperang di bulan Ramadhan, di tengah terik matahari di padang pasir. Kita yang duduk di kerusi, dibelai pendingin hawa tak boleh nak buat kerja kerana puasa? Bullshit!
Hari pertama Ramadhan sudah berlalu dengan permulaan yang kurang baik. Sakit kepala yang teruk memaksa aku keluar pejabat seawal 4.00 petang, tidak berkurangan walau pun selepas mandi dan berbuka. Terpaksa tidur dan skip terawih malam ini. Alhamdulillah, Dia sedang mengingatkan aku kepada dosa-dosa lalu.. Astaghfirullahalazim
17-05-2018 / 1 Ramadhan 1439
KAMU SEDANG MEMBACA
DIARI DARI HATI
Non-FictionCatatan apa saja yang aku rasa, aku lihat, aku dengar sepanjang masa..