28 | 51 YANG BERMAKNA

373 24 40
                                    

Aku sudah menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke-51 beberapa hari yang lalu. Hanya beberapa readers dan followers yang mengucapkan selamat kepada aku. Mana followers aku yang beribu-riban tu? Sombong betul korang yerrr. Opsss... camana nak ucap hepi besday kalau korang tak tahu bila besday aku kan hahaha. Takper-takper, tahun depan la ya hehe.

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat yang Allah telah berikan kepada aku sepanjang 51 tahun ini. Nikmat yang sepatutnya aku gunakan ke jalan yang baik. Nikmat yang sepatutnya aku gunakan untuk mengabdikan diri kepadaNya. Belajar, bekerja, beribadah dan bersedia untuk kembali kepadaNya dengan bekalan yang mencukupi.

Memandang jauh ke belakang, terlalu banyak nikmat yang telah aku salahgunakan. Kalau boleh digunapakai undang-undang Malaysia, dah lama masuk lokap SPRM sebab pecah amanah gamaknya.

Aku pohon keampunan darimu Ya Allah di hari ulangtahun kelahiran aku yang ke-51 ini. Ampunkan aku kerana tidak menggunakan nikmat yang Engkau anugerahkan kepada aku sebaik-baiknya. Nikmat bernafas, melihat, mendengar, menghidu, merasa, bercakap, bergerak dan berfikir.

Terima kasih kepada si-dia yang mengejutkan aku dengan kiriman dua biji kek harijadi ke pejabat aku...a long distance order from Kuala Lumpur. Aku benci kejutan dalam hidup, tetapi aku suka kejutan yang ini. Sweet surprise. Maaf kerana terpaksa mengecewakanmu untuk meraikannya bersama. Insya Allah tahun depan kita celebrate ramai-ramai kat stadium yer. Family kita kan besorrr... hehehe.

Mohon maaf juga kerana terpaksa menolak kiriman kurier Al-Quran dan sejadah kepada aku dari seorang sahabat. Aku masih belum terbuka hati untuk mendedahkan identiti CIA aku hehe. Terima kasih banyak-banyak kerana dia menunaikan hajat aku agar hadiah tersebut diwakafkan kepada masjid sebagai amal jariah. Semoga dia juga mendapat pahala yang berpanjangan...

Terima kasih PERKESO kerana bagi baucer Pemeriksaan Kesihatan percuma. Makanya satu tiub darah aku dihadiahkan kepada Pantai Premier Pathology. Hasilnya? Jeng jeng jeng hehehe. Kandungan glukos dalam darah 6.5 (Normal 3.9 – 5.5), Kolesterol 7.5 (Normal <5.2). Buah pinggang pun tak berapa elok sebab glukos dan kolesterol tadi. So? Its a wake up call untuk aku untuk mengubah cara hidup dan pemakanan supaya dapat menurunkan bacaan tadi ke tahap normal dan kekal sihat.

Orang lelaki cakap "life begins at 40". Jadi kalau dicampur, ditolak, didarab dan dibahagi, umur aku tahun ni baru 11 la! Haaa baru baligh bro hehehe.

 Jadi kalau dicampur, ditolak, didarab dan dibahagi, umur aku tahun ni baru 11 la! Haaa baru baligh bro hehehe

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
DIARI DARI HATITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang