15 | PESAN TOK IMAM

412 26 21
                                    

Khutbah Jumaat lepas; 21 Julai 2018 pasal bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah dan menghindari laranganNYA. Fokusnya adalah suruhan kepada kebersihan dan larangan kepada kekotoran; jasmani dan rohani.

Betullah pesanan Tok Imam tu. Orang Islam kita ni nampak macam cukup bangang bab menjaga kebersihan ni. Masjid contohnya adalah tempat suci, tempat beribadat. Tapi pengalaman aku berjalan keliling Malaysia, singgah di masjid sana-sini, majoriti tandasnya MasyaAllah. Sisa pepejal yang udah nak terkeluar pun boleh termasuk balik tau kerana tidak berseleranya dengan persekitaran tandasnya yang kotor dan busuk!

Pengalaman aku menumpang kencing berak di pejabat-pejabat dan kedai-kedai bangsa lain, dia punya tandas memang A+. Rasa macam nak berguling tidur kat dalam tu!

Tok Imam sentuh pulak bab kebersihan rohani. Dia kata yang duk membawang di media sosial, di tangga-tangga rumah jiran, di pangkin bawah pohon manggis tu majoritinya orang kita. Mana ada bangsa lain duk mengumpat pot pet pot pet macam orang kita? Itu mungkin sebab vocabulary bahasa deme kurang, makanya tak reti nak panjang-panjangkan ceriter yer dak? Hahaha.

Bab kebersihan diri. Tok Imam citer pasal mak-mak yang berbaju kelawar, rambut mengerbang, bau bawang. Ni aku tambah sendiri la yer. Kita laki bini ni kadang-kadang buat tak reti, buat tak endah pasai kebersihan diri. Mentang-mentang dah sah halal, kamu main sondol ajer yer. Dengan bulu berserabut tak bercukur, entah-entah ada kutu babi beranak-pinak kat dalam tu, dengan bau hapak lagi... ishhh. Bini nak mengulum pun tak berselera, laki nak menjilat pun asyik terbersin sebab bulu tercocok lubang hidung!

Aku tak pernah jadi bapak ayam. Tapi kawan aku pernah jadi bouncer kepada rumah persundalan ni. Dia citer, pompuan-pompuan pekerja seks ni bila nak masuk mandi, tu diaaa... sebakul dia punya alatan perang kau! Nak bagi licin la, nak bagi wangi la, nak bagi tembam la, nak bagi ketat la, segala macam barang dia pakai untuk buat self-treatment kepada tubuh badan dan cipap dorang. Pastu? Lagi mau tanya ka pasai apa itu bisnes paling lama survive kat ataih muka bumi ni? Bini-bini patut belajar dengan dorang macamana jaga diri dan layan suami.

Bapak-bapak pun, jaga la kebersihan, kesihatan dan penampilan diri. Mulut bau macam asap lori pun ko terkam nak cium mulut bini. Bini ngelak kau marah! Nak pi ofis pandai ko sembur minyak wangi. Masuk tido menonong ajer dengan bau diesel. Mana la bini nak peluk, nak manja-manja hahaha.

Sekian, pesanan dari Tok Imam kampung sebelah yang telah ditokok-tambah dengan jayanya. Semoga bermanfaat.

#IngatanUntukDiriSendiri
#SentapKer?

DIARI DARI HATITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang