39 | MASKAHWIN DAN HANTARAN

173 10 7
                                    

Kawan lama datang bertandang ke rumah dengan isterinya. Ini kawan baik, bukan caca marba macam aku la hahaha. Menjemput aku sekeluarga datang majlis kesyukuran perkahwinan anak perempuan sulungnya. Ceritanya...

#1. Anaknya dah ada BF, tapi belum mahu nikah sebab baru tamat belajar, baru nak bekerja. Si lelaki baru kerja 2 tahun, bajet tak lepas lagi. Dua-dua akan bekerja di Kuala Lumpur.

#2. Kawan aku kata kalau anak pompuan dia nak pi kerja di KL, kena nikah dulu.

#3. Rombongan meminang si lelaki jadi majlis akad nikah! Terkejut beruk pengantin dan keluarga. Kawan aku sendiri yang akad nikahkan depa.

#4. Tak cukup duit maskahwin, kawan aku top-up. Duit hantaran takyah! Hari ni nikah, lusa start kerja di KL.

#5. Dah 3 bulan menikah, ni la baru nak buat kenduri

#6. Untung sapa dapat mertua macam kawan aku!

Walaupun dah nak kahwin esok lusa, ramai lagi mereka di luar sana yang tidak faham tentang perbezaan maskahwin dengan wang hantaran. Konsep yang mereka faham ialah dua-dua ini harus diserahkan kepada pihak wanita, tapi secara keseluruhannya, mereka sendiri tak faham. Sebenarnya masyarakat kita ini terlalu terikut akan adat dan trend, bukan hukum.

Maskahwin (Mahar), menurut istilah Syara' ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mengikut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat maskahwin apabila akad nikahnya sah. Pemberian maskahwin akan menjadi hak sepenuhnya isteri. Suami mahupun keluarga tidak boleh mengambil sedikit pun bahagian daripada maskahwin tersebut melainkan sekiranya dibenarkan isteri.

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka."(Surah An-Nisaa-Ayat 4)Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi." (Riwayat Bukhari)

Wang hantaran pula merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui oleh dua pihak keluarga. Wang hantaran pula bukanlah hak milik mutlak sepenuhnya isteri, ia boleh diberikan kepada keluarga untuk menyelenggarakan majlis perkahwinan.

Apa yang paling penting, pemberian mas kahwin adalah WAJIB. Manakala pemberian wang hantaran adalah TIDAK WAJIB.

Kesimpulannya, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk meletakkan maskahwin terlalu tinggi sehingga membebankan pengantin dan tidak pula terlalu rendah sehingga menjatuhkan air muka pengantin.

Rasulullah SAW menggalakkan kita agar mempermudahkan maskahwin:

"Kebanyakkan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah (rendah) tentang perbelanjaan (maskahwin)"

Mudah di sini membawa maksud tidak membebankan mana-mana pihak terutamanya pihak lelaki yang perlu memberinya. Islam itu mudah. Perkahwinan itu mudah. Jangan pula kita yang merumitkannya. Wallahualam

#JomKahwin!

DIARI DARI HATITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang