Hari ini Alhamdulillah cukup kuorum. Semua anak-anak balik, bersahur dan berbuka bersama. Aku, Rozi, mak dan 8 anak di satu meja makan. Si abang long yang baru mula bekerja cuti 2 hari, 4 adik-adik di universiti pula mula bercuti pertengahan semester selama seminggu..
Tiada apa yang lebih membahagiakan dari menikmati momen indah dan berkah ini. Hingar-bingar dengan usikan, gelak ketawa, berebut-rebut makanan dan minuman. Walau pun hidup serba sederhana, Alhamdullillah kami menikmati sepenuhnya setiap rahmat dan anugerah Allah.
Walau pun aku masih demam dan selsema, Insya Allah selepas ini kami akan berterawih bersama di masjid. Inilah harta aku, dunia dan akhirat. Allahuakbar, terlalu banyak rahmat dan nikmat dariMu, walau pun terlalu banyak salah dan khilaf aku terhadapMu dan sesama manusia..
Patutlah Allah mengulang-ulang kalimat istimewa itu di dalam Surah Ar-Rahman sebanyak 31 kali yang berbunyi: "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
25-05-2018 / 9 Ramadhan 1439
KAMU SEDANG MEMBACA
DIARI DARI HATI
Non-FictionCatatan apa saja yang aku rasa, aku lihat, aku dengar sepanjang masa..