Minggu lepas seorang sahabat saya mengadu sudah 3 hari tidur di pejabat sebab kena halau dengan bini. Opss laki kena halau dengan bini? Yup, betul la tu..
Ceritanya, sahabat saya cuba mengajar anak lelaki mereka yang suka merayap malam. Sudah puas dinasihati, ditegur dan dilarang, tetapi tetap tidak makan saman. Pukul 12.30, anak lelakinya balik, sahabat marah-marah dan menghalau anaknya. Bini masuk campur, menyebelahi anak. Apabila suhu pemanasan global meningkat, dia pulak yang dihalau keluar dari rumah oleh bininya! Maka keluarlah sahabat saya membawa diri hehehe..
Hari yang keempat, bini dia datang ke pejabat, mengamuk suruh sahabat saya balik. Kalau tak balik, dia ugut nak terjun dari bangunan tu! Untuk mengelakkan masalah menjadi lebih kusut, juga menjaga maruah bini dan diri sendiri, sahabat saya setuju pulang bersama bini dia..
Semalam, pagi-pagi lagi dah call saya. "Aku dah kantoi!" Rupa-rupanya bini dia tangkap sedang berwhatsapp dengan seorang janda jam 2.00 pagi. Rasanya dia sedang bagi Tazkirah Fadhilat Sahur tu..bersangka baikkk hahaha..
Moral of the story..(1) Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga (2) Kalau takut bermain ombak, jangan berumah di tepi pantai (3) Kalau tak cukup ilmu di dada untuk menjadi khalifah, jangan kahwin! Menyusahkan aku aje! Nak sembang dengan skandal pun tak leh fokus..oppsss!
21-05-2018 / 5 Ramadhan 1439
KAMU SEDANG MEMBACA
DIARI DARI HATI
Non-FictionCatatan apa saja yang aku rasa, aku lihat, aku dengar sepanjang masa..