07 | GARAM

867 23 9
                                    

Catatan khusus kepada readers dan followers yang bertanya mengenai garam..

Garam ni satu bahan yang agak sensitif untuk dibincangkan sebenarnya. Walau bagaimana pun, berlapang dada dan raikanlah perbezaan. Setiap dari kita berhak meyakini apa yang kita percaya, begitu juga dengan orang lain.

Pada pandangan dan pemerhatian aku, selama ini kita disogok dengan fakta palsu iaitu mengambil garam secara berlebihan akan menyebabkan terkena penyakit darah tinggi. Hakikatnya, garam sangat bernilai di dalam kehidupan, apatah lagi jika kita mahu mencontohi sunnah Nabi SAW. Bagi orang-orang lama macam aku, garam ni banyak sangat kegunaannya.

Antaranya adalah sebagai bahan pengawet kepada makanan dan seumpamanya. Garam juga adalah sumber tenaga. Nenek moyang aku dulu masuk kebun atau pergi ke sawah bawa bekal segenggam garam yang dimakan begitu sahaja (macam kita makan potato chips hari ini hehe). Air garam juga dimasukkan melalui drip kepada orang yang demam, muntah-muntah dan cirit-birit untuk mengembalikan tenaga. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

Selain itu, garam juga boleh digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur dengan garam disapukan pada kulit yang gatal. Sebab itulah orang yang berpenyakit gatal kulit elok mandi air laut. Bagi mereka yang mabuk perjalanan, salah satu ikhtiarnya ialah garam dicampur dengan madu dan air kemudian diminum sebelum memulakan perjalanan.

Nabi SAW mengamalkan meletak secubit garam di lidahnya sebelum dan selepas makan. Ini antara lain bertujuan untuk mengelak daripada terkena sihir, racun dan menapis makanan yang akan di makan. Garam juga bertindak sebagai unsur penyeimbangan di dalam sistem tubuh kita.

OK, untuk amalan harian aku..aku minum satu gelas pagi sebelum sarapan dan satu gelas malam sebelum masuk tidur. Ambil beberapa buku garam kasar, kacau di dalam air dan minum. Air suam pun boleh, air sejuk pun boleh. Segelas air garam yang diminum boleh mencairkan darah selama 24-jam berbanding ubat yang diambil oleh pesakit jantung yang hanya mampu mencairkan darah sehingga 8-jam sahaja.

Semua jenis garam boleh ke? TIDAK! Garam yang disyorkan adalah garam asli yang dihasilkan dari air laut macam dari bendang garam di Pattani, Thailand. Garam ni kalau tengok fizikalnya nampak kotor, ada noda hitam, merah dan sebagainya. Garam ini mudah didapati di negeri sempadan seperti Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan. Garam yang putih bersih, suci murni yang boleh didapati di pasaraya dan sebagainya sangat tidak digalakkan kerana ia sudah dibersihkan menggunakan bahan kimia yang membahayakan kesihatan penggunanya..

Nabi SAW ajar kita makan garam setiap kali kita makan; sebelum dan selepas. Doktor pulak larang makan garam. Agak-agak la, nak pakai yang mana yer? Hehehe renung-renungkan dan selamat beramal..

http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

22-05-2018 / 6 Ramadhan 1439

DIARI DARI HATITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang