"Angin itu bertiup membawa kebahagiaan dan berita gembira buat aku, yang tak pernah sempurna untuk menjadi yang paling sempurna dalam hidup dia."
. _____ . _____ .
"Kenapa, Seyoung?! Kenapa mesti mungkir janji?! Awak dah janji tak akan sentuh benda-benda ni lagi! Tapi kenapa awak..." Jungkook terduduk.
"Awak hampir bunuh anak kita, sayang. Anak kita hampir mati disebabkan awak overdose pil (Cytotec dan Misoprostol) tu." Keluar air matanya. Aku mengetap bibir menahan rasa serba salah dan sedih di dalam hati. Aku terlalu ikutkan emosi dan tertekan. Aku tak boleh tahan apabila ibu Jungkook selalu ungkit kisah lama aku sebagai seorang penagih dadah.
Bukan aku yang minta, tapi takdir yang menentukan.
"Jadi untuk apa kita bertahan sedangkan awak pun dah tak mampu melayan kerenah saya?" Aku masih mahu dia menceraikan aku. Dia ada ibu yang melahirkannya. Aku? Aku tak ada apa-apa. Kosong. Untuk apa aku dan dia hidup bersama tapi dia terpaksa menjadi 'sebatang kara' kerana aku?
"Awak nak sangat kita berceraikan?" Aku angkat kepala. Suara Jungkook kedengaran sangat serius pada pendengaran aku.
"Kalau macam tu, kita berpisah, bukan bercerai. Kita duduk asing. Selama mana awak mampu bertahan. Tapi saya tak akan lepaskan awak lepas awak dah buat saya jatuh cinta macam ni. Tak akan, jangan bermimpi untuk itu."
"Cara tu lebih menyeksakan, Jungkook. Jangan seksa diri sendiri. Tolonglah." Aku seperti mahu menangis kali ini.
Jungkook mendengus, sinis. Aku menelan liur. Bimbang percaturannya ini memakan diri aku, dan dia.
"Kita tengok, siapa yang 'game over'. Awak boleh datang jumpa saya bila-bila masa yang awak nak. Ini yang awak mintakan? Perpisahan. Jadi silakan, ambil." Aku hanya mampu melihat Jungkook berdiri dan beredar keluar dari bilik dengan mata yang bertakung dengan air. Aku menunduk dan menangis.
Aku tak sempurna. Mampukah aku menyempurnakan hidupnya sedangkan langkah kaki aku sendiri turut pincang?
Jungkook... yakinkah kita akan kekal sampai bila-bila?
Kali ini mungkin akan lebih mencabar, sedih dan menganggu emosi kalian. Selamat berjuang dan bertahan kali ini. Lebih panjang, padat dan mungkin bukan fanfic yang kontot2. Saya buat ikut suka hati, kalau panjang, panjanglah. Kalau pendek, pendeklah. Tapi apa yang penting, memang agak mengganggu perasaan. Jangan bagi expectation terlalu tinggi, karang kalau jatuh sakit buntut. Okey bye, selamat hari raya!
YOU ARE READING
[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)
Fanfiction"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu tak ceraikan perempuan tu, ibu tak akan maafkan kamu sampai bila-bila!" - Mrs. Jeon - "Ibu, kenapa sekalipun ibu tak pernah faham saya?" - J...