【Bab 3】

5.8K 634 54
                                    


"Cinta yang bernilai bukan untuk orang yang murahan."

. _____ . _____ . 

"Jungkook!" Kaki Jungkook terhenti melangkah untuk ke bilik setelah masuk ke dalam rumah. Buat sekian kalinya, dia mengeluh mendengar panggilan itu menyapa telinganya. 

"Ada apa, bu?"

"Kenapa tak balik semalam? Tahu tak Hannah..."

"Ibu, saya hormat ibu sangat-sangat macam ibu kandung saya sendiri. Tapi ibu cuma ibu tiri saya je. Boleh tak faham saya walau sekali je? Saya penat. Saya perlukan rehat." Kata Jungkook dengan perlahan. Puan Jeon mencebik.

"Berapa banyak masa lagi yang kamu nak? JFS tu dah stabil sangat dah. Kalau kamu kahwin, at least ada isteri yang boleh jaga makan pakai kamu." Kata Puan Jeon. Jungkook tersandar lemah pada dinding. Wajah diraup banyak kali. Tertekan. 

"Saya rasa makan pakai saya terjaga je. Saya sendiri boleh sediakan."

"Memanglah, sayang. Tapi.."

"Dahlah, saya malas nak cakap pasal tu. Kalau ibu nak sangat Hannah jadi menantu ibu, ibu jelah kahwin dengan dia." 

"Hei, Jungkook!" Jungkook menonong terus naik ke atas tanpa mempedulikan panggilan si ibu. Puan Jeon menggenggam penumbuk. Geram. Entah macam mana lagi dia hendak memujuk si anak tiri supaya berkahwin dengan pilihan hatinya, Kim Hannah.

Jungkook merapatkan duan pintu bilik. Tanpa menukar pakaian, dia terus menghempas tubuh di atas katil. Keluhan besar terlepas. Penat sungguh dia. Tiga hari berturut tidak pulang ke rumah, hanya celik mata di pejabat sahaja semata mahu menyiapkan kerja. Itu pun tak tersiap lagi.

Tangan dibawa ke belakang kepala. Tiba-tiba dia teringatkan tentang Seyoung yang masih berada di hospital. Bibirnya tersenyum senget. Gadis itu sangat istimewa pada matanya. Ada sesuatu yang membuatkan dia rasa mahu memulihkan Seyoung dengan tangannya sendiri, bukan menghantar ke pusat pemulihan. Kisah peribadi dan masalah Seyoung betul-betul membuka matanya bahawa tak semua penagih dadah bukannya menagih keana suka-suka. Tetapi kerana tertekan dan mempunyai masalah. Cuma cara dia menenangkan diri itu sahaja yang salah.

Telefon bimbit yang berada di poket belakang ditarik. Nombor telefon seseorang dicari. Setelah jumpa, terus didail.

"Helo, Jin. Aku perlukan bantuan kau. Boleh kita jumpa esok?"


**********


"Pertama sekali, kau tak boleh paksa dia secara mendadak untuk berhenti ketagih. Kau kena pastikan dia selalu cergas, bersenam. Tak boleh biarkan dia melepek, duduk sorang-sorang dalam bilik. Maksudnya, kau kena sentiasa nampak dia depan mata. Apa yang dia buat, dengan siapa dia berhubung. Kalau kau rajin, enam atau lima bulan dia dah boleh pulih. Kau kena banyak bersabar." Kata Jin sambil bersandar di kerusi restoran Subway. Jungkook mengangguk-angguk.

"Yang kedua, kalau boleh jangan biarkan dia tengok cerita-cerita yang melibatkan penagih dadah, dadah, atau sesuatu yang boleh buat dia teringatkan dadah. Kena selalu bagi sokongan moral. Itu sangat penting." Kata Jin lagi. Dia seorang doktor pemulihan dadah, oleh sebab itu Jungkook menelefonnya. 

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now