"Hannah, aku nak minta tolong kau sesuatu. Boleh?" Tanya seorang lelaki. Hannah turunkan capnya sehingga menutupi hampir separuh wajah. Tidak mahu ada sesiapa lihat bahawa dia sedang berurusan dengan seorang pengedar dadah.
"Tolong apa?"
"Simpankan stok aku."
Wajah Hannah terus berubah. Tegak terus tubuhnya yang tadi bersandar.
"Kau gila ke apa? Simpan stok? Kau ingat aku macam kau? Hmm?"
"Alah, tolonglah. Aku terpaksa. Semua orang cari aku. Rumah aku habis kena selongkar. Aku dah tak ada sesiapa nak minta tolong." Kata lelaki itu lagi. Hannah mendengus. Simpan dadah. Kalau kantoi, memang dia akan masuk penjara terus.
"Apa jaminan kau kalau tiba-tiba kau ditangkap polis lepas tu polis akan tangkap aku juga sebab simpan barang kau?"
"Takkanlah aku nak biarkan kau masuk penjara. Of course aku akan kata kau tak bersalah."
"Kau ingat polis nak percaya?"
"Lepas tu kau nak duduk penjara dengan aku? Tak, kan? Pandailah aku buat nanti." Hannah terus diam selepas itu. Sedikit sebanyak dia rasa sedap sikit hati. Bimbang juga kalau dia gagal dan menjadi mangsa.
"Hmm.. okeylah kalau macam tu."
"Malam ni aku hantar dekat rumah kau."
"Yelah."
Drtt.. drtt..
Telefon bimbit Hannah bergetar. Hannah jenguk sekejap. Melihat nama si pemanggil, hampir menjerit Hannah dibuatnya.
"Helo, baby!"
"Wuish.. sejak bila kita ber'baby' pula ni? Kau dah tak sabar nak kahwin dengan aku ke?" Suara Yoongi ketawa kedengaran. Hilang terus senyuman Hannah. Nama Jungkook yang muncul, kenapa suara Yoongi yang keluar?
"Apa kau buat dengan telefon Jungkook? Dia dekat mana?"
"Dia teman isteri dia cuci luka. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni. Can we meet?" Soal Yoongi. Suaranya serius. Hannah kemam bibir.
"Untuk apa? Nak cakap pasal apa?"
"Pasal kita."
"I'm serious, Yoongi. Kau boleh je cakap dekat telefonkan? Tak payah nak jumpa sangat." Omel Hannah. Marah sedikit.
"Aku memang ada telefon. Tapi.. telefon aku tak boleh call kau. Kau block number aku, kan?" Terdiam Hannah. Dia menelan liur. Terasa tak tenang hati kalau bercakap dengan Yoongi. Berdetak-detak laju jantungnya.
"Tak apalah. Aku tahu kau bosan dengan call aku setiap hari. Aku tak marahlah. Hmm.. boleh tak kita jumpa ni?" Tanya Yoongi lagi. Hannah betulkan tekak.
"Aku malas nak keluarlah."
"Kalau macam tu, aku datang rumah kau. Okey?"
"Hmm.. okey."
"Perfect."
Hannah belek kuku.
"Nak cakap tu je kan? Okeylah, bye." Sekelip mata tamat panggilannya. Agak kurang ajar tetapi Hannah tak peduli. Daripada dia terus membiarkan hatinya terbuai kerana layanan 'cinta kelas pertama' Yoongi, baik dia ego dan diamkan sahaja.
- - - - - -
"Macam mana?" Yoongi disergah lembut oleh Jungkook. Kepala Yoongi mendongak, dia memberi ruang kepada Jungkook untuk duduk di sebelahnya.
"Malam ni aku kena jumpa dia. Dekat rumah. Aku harap dia boleh tunjuk barang yang dia masukkan dalam gelas Seyoung tu." Kata Yoongi. Jungkook mengangguk-angguk. Wajahnya sedikit lelah selepas membantu Daniel mencuci luka Seyoung tadi. Seyoung masih belum sedarkan diri selepas diberikan ubat tidur selepas pembedahan dari semalam.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)
Fanfic"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu tak ceraikan perempuan tu, ibu tak akan maafkan kamu sampai bila-bila!" - Mrs. Jeon - "Ibu, kenapa sekalipun ibu tak pernah faham saya?" - J...