【Bab 28】

4.2K 485 25
                                    

Aku mengeluh menonton TV selepas menjalani malam yang panjang itu berlalu begitu sahaja. Aku dengan Jungkook tak tidur malam pun tadi. Aku sebenarnya nak minta maaf, tapi setiap kali aku fikir balik, buat apa aku nak buat semua tu kalau semua ni salah Jungkook? Dia yang mulakan dulu pergaduhan ni. 

Kalau dia tak tuduh macam-macam hari tu, aku takkan cakap soal cerai. Aku tak akan senyap tiga hari berturut. Aku tak akan buang... ujian kehamilan semalam tu.

Tapi.. dia dah minta maaf. Aku je yang ego. Aku pun salah juga sebab sensitif sangat. Ah, pokoknya sekarang, semua salah! Aku salah, Jungkook pun salah.

Dan sekarang, aku pening. Aku tak tahu nak buat apa. Nak minta maaf ke tak? Jungkook nak keluar pergi kerja dah nanti. Takkanlah aku masih nak bermain-main dengan ego aku? Sampai bila?

Aku terlalu banyak fikir tentang itu, sehinggakan aku tak perasan Jungkook dah turun tangga dari tingkat atas. Dia dah siap-siap nak pergi kerja dengan mata sedikit kuyu sebab tak tidur malam. Aku menjeling dia yang sedang menuju ke dapur.

Dia nak sarapan ke?

"Emm.. awak nak makan ke?" Aku bangun dari sofa dan berjalan ke arahnya. Aku rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding bila Jungkook tengok meja makan yang kosong tanpa apa-apa. Wah, Seyoung. Kau melampau. Kau lupa ke kau ada laki? Kenapa kau tak nak buat apa-apa?

"Pagi ni nak jumpa client. Ingat nak sarapan pagi dekat rumah je, senang sikit tak payah nak menyinggah mana-mana nanti. Tapi tak apalah. Saya pergi dulu." Kata Jungkook tanpa memandang wajah aku. Aku tekup muka dengan tangan. Dia dah nak pergi, tapi cepat-cepat aku tahan dan berdiri depan Jungkook.

"Saya nak minta maaf." Ucap aku, perlahan sambil menundukkan kepala. Jatuh ego.

"Untuk apa?"

"Sebab saya buang pregnancy stick tu sebelum tengok keputusannya." Kata aku. Ya, aku buang benda tu semalam sebab dah terlalu marah. Aku tak tahu pun sebenarnya aku mengandung ke tak. Dr. Jin pun pening. Kenapa aku boleh terfikir untuk buang benda penting tu sedangkan aku sendiri pun sebenarnya nak tahu aku mengandung ke tidak.

"Awak tak salah." Dagu aku diangkat, Jungkook cium dahi aku dan kemudian dia berlalu pergi begitu sahaja. Aku serba salah. Aku tarik tangannya lagi.

"Ya, sayang?"

"Tapi! Macam mana kalau saya... tak mengandung?" Soal aku. Aku mula nak bertolak ansur sikit walaupun tak semua. Jungkook cuma senyum. 

"Kalau tak mengandung, kita cubalah lagi."

"Awak tahukan saya tak pulih sangat? Mana boleh mengandung."

"Siapa cakap tak boleh?" Aku diam. Sekarang, aku menyesal sebab buang benda tu. Bukan buang dalam tong sampah, tapi buang dalam lubang tandas dan pam. Lesap! Lenyap! Aku nampak Jungkook kecewa semalam bila dapat tahu aku buat benda tu semua. Tak matang sungguh. 

"Tak apa, balik nanti saya pergi beli. Saya beli banyak-banyak. Senang sikit kalau awak mengandung lagi ke. Tak payah susah-susah nak beli." Kata Jungkook selamba. Merah muka aku. Aku masih pegang tangan Jungkook. Dia memandang aku dengan pandangan yang agak hairan.

"Kenapa ni, sayang? Hmm?"

"Cepat balik tau. Saya serba salah ni."

"Ya. Baru nak pergi ni." Kata Jungkook. Aku lepaskan tangannya. Aku ingat dia nak pergi dah, tapi dia peluk aku. Aku terkejut. 

"Sorry." Ucapnya. Telinga aku dikucup laju sebelum dia lepaskan pelukan dan pergi. Aku menarik nafas panjang. Haih.. perlahan-lahan aku melambai ke arahnya yang sudah pun masuk ke dalam perut kereta Audi itu. 

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now