【Bab 35】

3.9K 475 31
                                    

"Macam mana boleh kau kena tembak pula?" Soal Hannah acuh tak acuh. Dia sedang menandatangani laporan audit yang dikemas kini untuk bulan ini bagi melihat peningkatan pengeluaran kereta dari showroomnya.

"Biasalah.. student baru. Gelabah."

"Itu pun kau nak bagitahu aku ke?"

"Kau kan bakal isteri aku. Of course aku kena bagitahu kau." Yoongi tersengih di China, sambil melihat kaki yang berbalut akibat ditembak oleh pelatih baru.

"Gelilah aku dengar. Sejak bila aku bersetuju nak berkahwin dengan kau?"

"Kau lupa? Nak aku ingatkan?"

Hannah diam. Dia meletakkan pen secara kasar di atas meja. Tumpuannya penuh diberi kepada Yoongi.

"Aku ada banyak kerja nak kena buat ni. Aku penatlah nak layan kau selalu. Kau kerja ke tak sebenarnya ni? Ke kau menggatal dengan perempuan?" Soal Hannah tanpa disangka.

"Kau cemburu?"

"Eh tak ada masa lah aku nak cemburu!"

Yoongi ketawa. Hannah janggal.

"Dahlah, aku nak letak ni."

"Okey, sayang. Take care. Bye." Cepat-cepat Hannah meletakkan panggilan tanpa membalas apa-apa. Dilempar Samsung Galaxy S9 miliknya di atas meja kerja. Seriau darah dengan lelaki seorang itu. Tapi entah kenapa, hatinya masih keras tidak mahu memberi peluang kepada Yoongi. Dia masih mahukan Jungkook walaupun dia sedar, peluangnya tipis untuk meraih cintanya semula. Sebenarnya.. perasaannya pun sudah pudar sejak Jungkook berkali-kali menolak. Dia jadi bosan dan rasa mahu mengalah. Tapi disebabkan ada wanita lain yang lebih rendah martabat darinya berjaya menakluki hati Jungkook dalam masa tak sampai setahun, dia jadi panasaran. Dia jadi tertanya-tanya dan menyoal diri sendiri, kenapa dunia begitu tidak adil?

Hannah memusing-musingkan pen di hujung jari. Berfikir. Dia perlu melakukan sesuatu, sekurang-kurangnya menganggu kepercayaan Jungkook terhadap Seyoung. Tapi.. macam mana?

**********

"Cantiknya!" Aku tersenyum lebar mendengar kawan ibu yang baru sahaja masuk ke dalam rumah memuji. Rasa merah padam muka. Ingatkan cuma sekeluarga, tapi sekali datang 4 keluarga! Jenuh juga aku tarik senyuman lebar macam ni.

"Menantu I. Tahulah I nak jaga macam mana." Kata ibu, sengaja timbulkan suara riak sedikit bertujuan untuk menyakat. Aku ketawa kecil dan mendapatkan tempat di sisi ibu. Hanya aku dan ibu sahaja di rumah. Jadi agak kekok jugalah aku nak melayan sebab langsung tak pernah kenal.

Aku cuma menjawab sepatah dua sahaja jika ditanya soalan. Selesa aku bergaul dengan kaum-kaum wanita yang terdiri daripada ahli penggiat pusat kanser yang diusahakan ibu sejak beberapa tahun lalu. Tak adalah sombong atau riak. Masing-masing merendah diri.

"Ibu rasa dah boleh hidang ke?" Soal aku dalam nada bisik. Ibu menoleh.

"Apa dia?"

"Hidang makanan?"

"Ohh boleh je, Seyoung. Mari, ibu tolong."

"Eh, tak payah! Saya buat sendiri. Maid kan ada? Ibu layanlah mereka." Aku tersenyum kemudian. Ibu mengangguk akur dan membiarkan sahaja aku pergi ke dapur untuk menghidang.

"Eh, menantu you tu cantik betul ya? Cemburu I tengok." Kata salah seorang rakan ibu. Aku dengar dari dapur pun dah malu. Aku cantik? Dia tak tahu aku datang dari celah mana. Kawan dengan tikus longkang.

"Jungkook pandai memilih."

"Baguslah. Nak harap anak I ni? Hmm... bertahun!" Aku mengangkat kepala mahu melihat ke depan. Dan pandangan mata aku tertembung pada seseorang. Lelaki.. muda. Anak kawan ibu katanya. Dalam banyak-banyak keluarga tu, dia seorang yang ikut keluarganya datang ke sini. Tapi tak habis-habis merenung aku. Risau jugalah, kut-kut aku nampak comot ke tapi aku tak perasan.

Aku menghidangkan juadah yang telah disediakan mengikut aturan dan rancangan ibu. Taklah terlalu berat, tapi bagi aku semuanya menyelerakan dan mengikut citarasa rakyat Korea. Penuh meja panjang ini. Ada empat keluarga, jadi ada dalam 10-12 orang termasuklah aku dan ibu.

"Ibu! Dah." Aku melambai. Ibu terus menjemput rakan-rakannya untuk menjamu selera. Aku ke dapur dahulu, memberi laluan.

"Eh, buat apa Seyoung kat dapur ni? Marilah sekali."

"Hah?" Aku tak sempat nak duduk, lengan aku dah disambar oleh rakan ibu. Terkocoh-kocoh aku mahu mengikut rentak kakinya.

"Hei! Menantu I tengah mengandung! Jangan tarik-tarik dia." Kata ibu. Siap jegil mata lagi. Aku tersengih malu.

"Ah! I tahulah! I nak ajak dia makan sekali." Kata rakan ibu. Aku menepuk dahi. Bahagia betul mereka semua ni. Aku segan sampaikan.

"Jemput makan semua. Daniel, jangan malu-malu. Makan jom." Aku memandang insan yang bergelar Daniel itu.

Dia.. adalah lelaki yang merenung aku tadi. Aku senyum, mahu sedapkan hati. Tapi lelaki itu menjeling. Ternaik kening aku. Fuh.. pelik.

Setelah selesai semuanya, dan tetamu beransur-ansur pulang, aku mengambil keputusan untuk naik ke tingkat atas. Tukar baju. Pakaian tadi agak melekit dan melekat pada tubuh. Agak sukar aku nak bergerak ke sana ke mari. Setelah selesai, aku kembali menapak ke tingkat bawah.

"Penat, Seyoung?" Tanya ibu. Lemah dia tersandar di sofa. Aku cuma senyum.

"Biasalah.. tetamu."

"Ibu penat berebut kamu dengan mereka semua." Aku tergelak.

"Kawan-kawan ibu semua baik. Saya selesa." Jujur, aku luahkan dari hati. Ibu tersenyum senang.

"Sebenarnya kamu yang pandai melayan. Baguslah kalau macam tu." Kata ibu. Aku tiba-tiba terfikirkan sesuatu.

"Mesti kawan-kawan ibu tak tahu siapa saya, kan? Sebab tu lah mereka semua selesa rapat dengan saya. Tak geli pun."

"Mereka tahu, sayang. Mereka semua tahu. Cuma ibu kata, semua tu kisah silam. Kamu dah berubah. Nampak tadi apa jadi? Semua terima kamu dengan baik. Daniel pun sama." Sebut nama Daniel, aku agak terpaku buat sesaat.

"Ibu.."

"Hmm?"

"Daniel tu.. anak Auntie Kang?"

"Haah ya. Kenapa?" Aku diam sejenak. Rasa nak bagitahu ke tidak ya?

"Kenapa, Seyoung?"

"Hah? Tak apa-apa. Saya macam pernah nampak." Kata aku sambil tersenyum. Menutup rasa segan yang mendatang.

"Ohhh.. biasalah dua pelanduk serupa." Aku senyum lagi. Baru je aku nak rasa tenang, telefon bimbit aku bergetar. Jungkook telefon. Tiba masanya nak meluangkan masa dengan suami seorang ni.

- - - - - - -

Konflik fanfic ni berat ya sebab ada encik kang daniel ni heheheheheheh

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now