Bangun pagi je, aku dah tak nampak dah Jungkook dekat mana. Sofa dah berkemas, selimut dah berlipat dan bantal dah kembali ke tempat asal. Jungkook tak tidur sebelah aku pun malam tadi. Dia tidur dekat sofa.
Buat sekian kalinya aku mengeluh dengan air mata yang bergenang. Cepat betul dia pergi. Sekelip mata. Aku tak sempat tanya apa-apa pun lagi bila dia balik, kenapa dia balik, macam mana hidupnya tanpa aku di sana. Aku tak sempat tanya.
Tak semena-mena, mata dan hidung aku terasa pedih. Dan perlahan-lahan pandangan mata aku mulai kabur dan jatuh setitik air mata. Wah! Perit! Pagi-pagi lagi aku dah membazir air mata. Tapi menangis atas penyesalan aku sendiri.
"Buat lagi kerja gila kau tu, Seyoung. Keluarlah lagi dengan lelaki lain. Bila dah jadi macam ni baru kau nak tahu menyesal." Aku memerli diri sendiri. Kasar aku usap wajah aku sendiri untuk menghapus air mata yang degil lagi hendak mengalir.
Cepat-cepat aku bangun dan kemas katil dengan esakan kecil. Sedih. Aku bersihkan diri sebelum turun ke tingkat bawah. Aku ke dapur. Bila tengok ruang makan, lagi galak aku rasa nak nangis. Ruang ini biasanya akan dipenuhi dengan sakatan Jungkook. Menjer Sekarang.. kosong.
Semua itu berpunca dari aku sendiri.
Aku tak rasa nak makan apa-apa. Aku cuma bancuh air panas. Kopi 3 dalam 1 yang dulu aku benci, sekarang dah jadi kegemaran. Walaupun doktor pesan tak elok untuk kesihatan sebab tahap kaffien yang tinggi, tapi aku tak peduli. Dua peket aku tuang ke dalam satu mug biasa.
Tertekan punya pasal, aku rasa dengan cara inilah aku boleh redakan rasa tekanan aku. Perlahan-lahan aku hirup.
Ah, pekat, kuat, pening. Aku urut kepala yang tiba-tiba sahaja berdenyut. Aku memang tak boleh minum kopi. Macam inilah jadinya. Khayal.
Aku hirup lagi. Perasaan tenang itu kembali bila setiap tegukan itu meresap dan menyusup masuk sehingga ke ruangan rongga aku. Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu rumah terkatup dan tapak kaki berlari. Aku pandang.
PRANG!
"Gila ke apa minum kopi masa pregnant?!" Terdiam aku. Jungkook muncul tanpa diduga dan menepis mug yang aku pegang sehingga berderai ke lantai. Aku pejam celikkan mata. Pening.
"See? Dah pening, kan?"
"Saya..."
"Awak tak pernah minum benda ni semua pun sebelum ni. Kenapa nak minum pula? Tahu tak bahayanya kopi kalau awak minum macam tadi, setiap hari, sama je macam awak ambil drugs semula. Faham?" Mata aku mula rasa panas. Sudahlah dimarah, ditengking pula tu. Dan dia sebut soal dadah.
"Faham."
"Then? Why you do this?" Aku masih diam. Tapi aku menunduk. Aku tutup muka aku pada lengan dan menangis halus. Aku rasa tak sempurna pada seluruh pemikiran dan fizikal. Aku rasa bodoh je bila buat sesuatu.
"Sayang... please. Fikir dulu sebelum buat sesuatu. Saya tak nak marah-marah. Saya sayang isteri saya, saya tak boleh tengok dia menangis sebab saya marahkan dia. Tapi..." Jungkook diam dan kemudian aku dengar dia mengeluh.
"Saya benci diri saya setiap kali saya rasa marah awak." Aku angkat kepala dan seka wajah yang basah dengan air mata. Tanpa suara, aku bangun dan bergerak ke ruang tamu. Tinggalkan Jungkook bersendirian tanpa melihat. Entahlah, aku rasa dia perlukan masa, aku pun perlukan masa juga.
"Saya minta maaf."
"Maaf?"
"Saya tak sempurna pada mata awak. Saya tetap tak akan sempurna sekalipun saya bersuamikan seorang lelaki yang cukup sempurna. Jungkook, kenapa dari dulu lagi kita tak buat haluan masing-masing je? Kenapa kita kahwin? Kenapa... kenapa awak berkeras nak kahwin dengan saya? Kenapa?" Jungkook jelas terkejut dengan persoalan aku. Aku sendiri pun tak sangka, aku akan menanya soalan seperti itu kepadanya.
"Dan awak mempertikaikan hubungan kita yang dah sejauh ni?"
"Tak, saya tak mempertikai. Saya cuma nak tahu. Kenapa saya?" Aku terduduk di atas sofa. Lemah lutut aku rasanya. Aku menanti Jungkook menjawab. Tapi langsung tiada jawapan.
"Awak tak ada jawapan, kan? Saya dah agak dah." Aku pejamkan mata rapat sambil bersandar pada sofa. Mengalir air mata aku. Tiba-tiba, aku rasa pandangan mata aku seperti dilindungi sesuatu. Aku buka mata.
Jungkook. Tanpa sempat aku berbuat apa-apa, dia menunduk sambil menarik kepala aku supaya mendongak. Sekelip mata aku diciumnya. Tubuh aku ditolak ke tepi supaya berbaring pada pemegang sofa, dalam keadaan dia di atas aku. Aku dah lama tak rasa begini, jadi seluruh tubuh aku hampir menggigil kerana pelbagai rasa.
"Jangan pernah sesekali tanya kenapa kita kahwin, dan kenapa saya cintakan awak. No more excuse. What I need is you. Now.." tak sampai beberapa saat, dia kembali menolak bibir aku lembut. Aku cuba menahan rasa geli pada setiap organ dalaman. Meremang tubuh aku kerana kelakuan tak diduganya ini. Tapi aku rasa sedikit tenang dari biasa. Seolah sentuhan ini memberikan aku semangat yang lain dan memulihkan keadaan aku dan dia kembali.
"May I?" Jungkook pegang hujung baju. Aku sentuh tangannya.
"Tak apa ke?"
"Tak. Tak ada apa-apa."
Aku ragu. Tiba-tiba Jungkook benamkan wajahnya pada leher aku dan terasa ciuman bertalu dihadiahkan di tempat yang sama. Terkejut, tapi selesa.
"Again, may I?"
"Hmm.. yes."
* * * * * * *
"That is punishment everytime you keep asking me why do I love you." Kata Jungkook dengan matanya yang terpejam. Masih mengantuk katanya. Tapi tetap juga cuba berborak dengan aku.
Aku pusingkan tubuh mengiring ke kanan menghadapnya. Dada Jungkook aku peluk perlahan.
"Saya minta maaf sebab keluar dengan Daniel."
"Daniel.. nama tu tinggal tunggu giliran tertulis dekat death note." Selamba Jungkook tuturkan. Aku tepuk dadanya perlahan.
"Tak baik cakap macam tu."
"Dia bawa lari isteri orang. Tak gila ke?"
"Saya yang salah." Aku akui salah aku. Jungkook masih diam. Bermakna topik ini sekadar berhenti di sini sahaja. Dia tidak mahu ada sambungan atau diungkit lagi.
"Esok pagi saya kena balik ke China semula. Sampailah habis. Saya tak boleh balik lagi." Kata Jungkook. Aku mengangguk faham. Dahi aku dicium lama.
"Ingat, jangan mungkir janji." Aku tersenyum.
"Ya, saya tak akan mungkir janji."
"Jangan minum kopi lagi. Tak senang bila terasa kopi masa kita bercium."
Apa?!
"Apa benda awak ni..."
"Betullah! Tahu malu, kan?"
Aku terus mengiring ke arah bertentangan dengan Jungkook dan pejamkan mata. Malu dan bengang.
"Tolong ingat janji-janji kita, sayang. I can't imagine if something happen with us." Kata Jungkook sebelum tangannya aku rasa melingkar pada pinggang dan melekap pada perut aku yang tak beralaskan apa-apa kain.
"I love you..."
Aku tersenyum dan membaals ucapannya.
"I love you too."
- - - - - - -
Jangan terlalu selesa. Muhahahahahahahahahhahahahahahahaha.
Sad ending ke happy ending ni?
YOU ARE READING
[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)
Fanfiction"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu tak ceraikan perempuan tu, ibu tak akan maafkan kamu sampai bila-bila!" - Mrs. Jeon - "Ibu, kenapa sekalipun ibu tak pernah faham saya?" - J...