【Bab 29】

4.3K 483 16
                                    

"Nah..." aku merenung beg plastik farmasi yang kini berada di hujung kaki aku selepas Jungkook letakkannya tadi. Aku duduk memeluk lutut di sofa ruang tamu tingkat dua, sementara Jungkook berdiri. Berkira-kira nak duduk.

"Nak buat apa ni?" Tanya aku.

"Makan." Jungkook sindir aku. Aku mencebik sikit.

"Perlu ke buat ni?" Aku buka juga isinya. Alat ujian kehamilan yang boleh digunakan berkali-kali. Macam agak elektronik jugalah, sebab boleh tahu sekali berapa minggu kandungan kat monitor tu.

"Habis macam mana nak tahu awak pregnant ke tak? Saya tahu buat je, tak tahu check awak macam mana." Kata Jungkook dengan selamba sambil tersengih. Aku terus capai bantal dan campak mengena ke wajah Jungkook. Berderai ketawa.

"Jangan cakap macam tu lah."

"Cakap macam mana?" Aku menjeling. Jungkook sengih makin lebar. Dia menapak mendekati aku dan duduk di sebelah. Tangan aku dipegang. Wajahnya terus serius, matanya redup memandang aku.

"Sayang, saya tahu awak sebenarnya takut. But it's okay. Kita cuba tengok dulu, positif ke negatif."

"Kalau negatif?"

"Okey je."

"Kalau.. positif?" Tanya aku lagi. Jungkook kerdip mata sekali.

"Also okay."

"Jangan mengharap sangat tau." Aku mula lunjurkan kaki. Mahu menapak ke bilik untuk ke tandas.

"Ya, tak." Jawab Jungkook dengan senyuman yang boleh membuatkan aku rasa serba salah. Aku bangun dan terus ke tandas sambil membawa alat ujian tu.

**********

Aku keluar je tandas, Jungkook sedang duduk di atas katil, menyepahkan bilik. Penuh dengan pelbagai jenis laporan yang aku sendiri pun pening.

"Dah?" Tanya Jungkook. Aku angguk dan mendapatkan dia dekat katil.

"Mana?"

"Buang."

Jungkook terus tayang muka seposen. Aku ketawa. Aku letakkan alat ujian itu di atas riba Jungkook. Kemudian dia pandang aku, dan pandang benda tu silih berganti. Tenang je dia ambil. Aku pula yang tak tenang.

"Negatif?" Soal Jungkook. Aku berdecit kecil.

"Dia kan ambil masa. Kalau positif, nanti monitor tu menyala sikit. Kalau negatif, dia tunjuklah negatif." Kata aku. Tapi tak sempat pun aku nak katup mulut, tiba-tiba monitor tu menyala dekat tangan Jungkook. Mata kami terus ke situ.

Positive 2 weeks.

"What?" Aku macam tercengang sekejap.

"Positif." Kata Jungkook. Dia goyang-goyangkan benda tu depan mata aku. Tenang betul dia! Kejap, aku rasa macam tak sedap hati. Tak mungkin Jungkook tenang macam ni. Mesti ada sesuatu ni.

"Wait, kenapa awak relaks je?! Kenapa tak terkejut?! Kenapa tak jerit ke apa-apa?" Soal aku tanpa noktah. Jungkook ketawa. Siap main-main kening dengan aku. Ejek!

"Sebenarnya saya dah tahu awal dah. Semalam, saya sempat tengok sebelum awak buang dalam lubang tandas." Dan Jungkook tersengih. Aku terus ternganga luas. Tangan aku dah gatal nak ketil kulit orang. Memang koyak habis kalau aku cubit ni.

"Habis beli ni buat apa?!"

"Saja."

"Jungkook!"

"What?"

PAP!

"Aduh!"

Aku turun dari katil selepas puas menepuk bahu Jungkook sekuat hati. Aku capai pulak kusyen berbentuk emoji hati pada kedua-dua belah mata dan aku baling ke arahnya. Berdekah-dekah Jungkook ketawa.

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now