【Bab 2】

6K 642 65
                                    


"Sesuatu yang pedih itu tidak akan menjadi yang terbaik, tetapi akan menjadi sesuatu yang paling diingati sampai mati."

. _____ . _____ .

"Kenapa tangan saya bergari?! Jawablah kenapa?!" Aku menjerit sekuat hati sambil cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri dari terus digari begini. Puas aku menanya semua jururawat dan doktor yang masuk, tetapi seorang pun tak menjawab. Malah aku dipandang serong dan jijik. Hampir menangis aku.

"Tolonglah.. kenapa dengan saya?" 

"Awak ditahan kerana menghisap dadah." Aku terus menoleh memandang pintu bilik wad aku yang terbuka. Mengecil mata aku memandang seorang lelaki tinggi, kemas berbaju kemeja hitam dan berseluar slack hitam sedang berdiri di jenang pintu. Dia memandang aku dengan wajah yang aku sukar tafsirkan. Aku tak pasti riak apa.

"Saya minta diri dulu, tuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya minta diri dulu, tuan." Kata jururawat tadi dan terus keluar. Sekejap, apa dia? Tuan? Dia ni polis ke? Aku tenung dalam-dalam wajah lelaki ini. Aku macam pernah nampak. Dia ni... ketua JFS ke?

"Sakit lagi ke dahi awak?" Soalnya sambil cuba untuk menyentuh luka di dahi aku yang dah berbalut. Aku mengelak. 

"Siapa encik?"

"Nama saya Jeon Jungkook. And you?"

"Nama saya tak penting. Sekarang ni, saya nak keluar. Tolong lepaskan gari ni." Aku mengetap gigi sambil menghentak tangan aku yang masih bergari. Lelaki bernama Jungkook ini terus keluarkan kunci. Kemudian dia membuka gari pada kedua-dua belah tangan aku. Pagar katil aku diturunkan, dia duduk di birai katil.

"Berapa umur awak? Kenapa menagih dadah? Hmm?" Aku terdiam. Jungkook bertanya tentang soalan sensitif, sukar aku hendak meluahkan dan bercerita.

"Saya tak kenal encik pun. Untuk apa saya bagitahu sebab saya menagih dadah kalau encik orang luar?" Soal aku. Dia pula yang diam. Aku cuba bangun. Tangannya ringan membantu. Aku biarkan.

"Nama saya Jungkook. Jadi tak perlu ber'encik' dengan saya. Saya tak selesa." Kata Jungkook.

"Saya nak tahu kenapa awak menagih dadah. Ada masalah ke?" Sambung Jungkook. Masih dengan soalan lama. Lembut sahaja soalan itu menyapa telinga aku. Aku mengeluh. Perlu ke aku bercerita? Secepat ini aku mengeluh sedangkan aku baru hendak berjinak-jinak dengan dadah?

"Saya tak boleh bagitahu awak. Ini masalah peribadi saya." Kata aku. Aku masih tak mahu mengimbas kembali tentang itu. Hati aku akan sakit dan teringat-ingat.

"Nak makan apa-apa? Awak belum makan sejak ditahankan? Makan dulu." Jungkook bangun dari duduknya. Dia berdiri menghadap aku. Aku mengeluh. 

"Saya tak nak makan."

"Habis nak apa? Nak dadah?" Aku terus memandang lelaki ini dengan pandangan yang mencerlung dan tajam. Rasa marah meruap.

"Kalau awak nak datang sini untuk menyusahkan hidup saya, tak payah." Kata aku. Aku terus lempar gebar ke tepi dan mahu beredar. Tapi Jungkook datang dekat dan menghalang aku. Kedua belah tangannya mengurung aku yang dah pun tergantung kedua belah kaki. Tapi disebbakan kedudukan kami yang terlalu rapat, aku berhenti. Berdegup jantung aku memandang pandangan matanya yang tajam ini.

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now