【Bab 18】

4.8K 483 30
                                    

Jungkook menarik nafas panjang melihat isterinya sudah pun tidur dengan lena di atas katil hotel. Dia sebenarnya kebingungan. Kenapa mood Seyoung sering bertukar dengan pantas? Kejadian tadi sangat menghairankannya.

Dah dua kali dia ternampak Seyoung takut-takut macam ni. Kali pertama, ketika majlis makan malam tahunan syarikat. Dan ini kali kedua. Takut secara tiba-tiba dan menangis tiba-tiba. Bila ditanya, Seyoung geleng dan kata tak ada apa-apa.

Risau, Jungkook pantas meraih telefon bimbit. Nombor telefon Jin didail. Kaki melangkah ke balkoni hotel. Mata sentisa memerhatikan Seyoung yang masih tidur.

"Eh, kenapa tak pandai angkat telefon pula ni?" Berdecit nulut Jungkook. Baru je dia hendak membuat panggilan kedua, tiba-tiba telinganya terdengar jeritan halus.

"Lepaskan aku! Aku tak nak! Sakit!" Berlari kaki Jungkook mendapatkan Seyoung. Telefon dicampak atas sofa, Jungkook terus naik atas katil dan sentuh kepala isterinya.

"Sayang? Hei.. kenapa ni? Shh.. sayang? Bangun. Awak mengigau ni."

"Tolong.. saya sakit. Lepaskan saya..." Seyoung teresak tanpa sedar dari tidur. Jungkook pejam mata rapat. Seyoung mengigau lagi. Dalam keadaan kaki dan tangannya dibuka. Jungkook memang tak sedap hati. Pantas dia memeluk tubuh ini erat dan memejamkan mata. Rontaan Seyoung terus berhenti. Dia kembali tertidur.

Jungkook mengeluh lagi berat. Dikesat tubir mata isterinya dengan hujung jari. Pipi sejuk dengan air mata itu dicium lama.

Telefon bimbit yang dicampak tadi, Jungkook kembali capai. Nama Jin tertera di skrin. Pantas panggilan balas itu diangkat.

"Helo, Jin."

"Sorry, tadi aku dekat toilet. Kenapa, Jungkook?"

"Aku nak tanya kau sesuatu ni. Isteri aku macam peliklah sejak dua menjak ni." Kata Jungkook. Dia mengiring, sebelah tangan tongkat kepala mengiring memandang Seyoung, sebelah letak telefon dekat telinga.

"Pelik? Maksud kau?"

"Dia tak pernah mengigau. Tapi hari tu, dia tidur mengigau. Bila aku tanya mimpi apa, dia kata dia mimpi kena rogol. Hari ni, benda yang sama berlaku." Cerita Jungkook.

"Sebelum kejadian mengigau tu, ada jadi apa-apa dekat dia ke?"

"Dia selalu menggigil, menangis tiba-tiba. Padahal sebelum tu dia siap gelak-gelak dengan aku. Lepas tu tidur malam tu mesti dia mengigau. Esoknya dia dah okey balik. Pelik aku."

"Dia ada terserempak dengan sesiapa ke? Yang boleh buat dia teringat kat perogol tu."

"Mustahil. Dia mesti bagitahu aku kalau dia nampak."

"Jungkook, orang macam Seyoung ni pemendam. Dia tak kan bagitahu dekat sesiapa kalau dia ternampak sesuatu yang melibatkan kisah silam dia. Aku rasa ada sesuatu ni. Kau jangan biarkan Seyoung sorang-sorang. Mesti ada sesuatu ni." Tebak Jin. Jungkook diam berfikir.

"Aku pun fikir benda yang sama."

"Pasang spy."

"Wuish, takkan sampai macam tu?"

"Kau nak isteri kau terus macam tu ke? Buat sesuatu sebelum terlambat." Cepat-cepat Jungkook menggeleng. Melihat Seyoung mula berkerut dahi, mengeluh berat, Jungkook tepuk-tepuk lengan isterinya. Dan Seyoung kembali diam.

"Aku rasa aku tahu nak buat apa."

"Buatlah, Jungkook. Buat yang terbaik untuk isteri kau."

"Terima kasih, Jin."

"Sama-sama."

Panggilan tamat. Jungkook menarik nafas panjang. Seyoung dicium lagi.

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now