【Bab 41】

3.9K 406 70
                                    

Bangun pagi je, aku dah tak nampak Jungkook. Aku rasa dia dah pergi dah. Sempat dia berpesan sebelum tidur, kalau aku terjaga dan dia dah tak ada, maknanya dia dah balik ke China semula. Aku faham tugasnya, jadi aku akur dan langsung tak rasa apa-apa.

Aku kemaskan diri dan mula turun ke tingkat bawah untuk siapkan sarapan pagi. Makan untuk diri sendiri sahaja, jadi aku cuma sediakan roti bakar, omelet dan air milo. Niat memang terlalu inginkan kopi. Tapi.. sebab tak nak jerat diri masuk dalam 'neraka', aku sabarkan hati.

Ding dong..

Ding dong...

Bunyi durjana itu menganggu niat aku untuk makan. Aku bangun dan berjalan ke pintu rumah. Aku kecilkan mata, melihat luar yang seakan-akan ada sebuah kereta yang menunggu. Aku tak buka pagar lagi.

"Yes?" Aku menyapa.

"It's me, Hannah. Can I come in? I wanna to talk to you something important. Can I?" Aku terdiam sejenak. Hannah rupanya. Aku buka sedikit jendela pagar yang hanya memuatkan wajah aku sahaja terlihat.

"Aku tengah sibuk sekarang. Nanti boleh? Lagipun Jungkook tak ada dekat rumah." Aku beralasan dengan menggunakan nama Jungkook. Berkali-kali aku pesan dekat diri sendiri supaya tak langgar arahan dia.

Jangan bagi orang masuk rumah.

Walaupun ini Hannah, tapi aku tetap kena berhati-hati. Nampak sahaja wajahnya polos, tapi entah apa yang ada dekat dalam hati dia tu.

"Ohh.. kalau macam tu kita keluarlah? Aku tunggu kau bersiap." Aku kerutkan dahi.

"Penting sangat ke sampai kena bincang dekat luar juga?"

"Yes."

Aku masih berfikir. Perlu ke aku keluar? Hannah nampak serius. Tapi aku risau kalau jadi apa-apa. Jungkook tak ada pula tu.

"Okeylah. Tunggu sekejap." Kata aku. Aku patah balik ke rumah dan bersiap. Sambil tu aku sempat telefon Jungkook. Tapi dah banyak kali aku cuba, tak berangkat. Mungkin sedang sibuk.

Aku dah pun bersiap-siap. Aku tinggalkan pesanan mesej kepada Jungkook yang mengatakan aku keluar bersama Hannah dan minta dia supaya jangan risau. Aku akan bawa Taeyong sekali untuk keselamatan aku.

"Dah." Aku keluar dari pintu pagar setelah memastikan semuanya selesai. Hannah nampak gembira menyambut kedatangan aku, seolah-olah dia sedang menanti mangsa.

Fuh.. bahaya. Mujur aku dah telefon Taeyong awal-awal tadi supaya trace keberadaan aku sekarang dari jauh menggunakan telefon bimbit.

"Masuklah. Kita pergi Starbuck." Aku masuk. Kereta mula bergerak.

"Kita nak bincang tentang apa ni?" Soal aku. Terus Hannah tersenyum. Nampak dia sangat teruja. Aku hairan.

"Aku tak nak cerita dekat sini. Tunggu sampai dulu." Kata Hannah. Aku akur dan diam selepas itu.

"By the way.. anak kau dah berapa bulan?" Soal Hannah, tiba-tiba. Aku sentuh perut aku dan toleh memandang Hannah.

"Sebulan tiga minggu."

"Ohh.. maknanya Jungkook balik nanti, dah 3 bulanlan?" Aku mengangguk. Hannah turut sama angguk. Dia masih lagi bermanis muka.

"Best tak mengandung?" Kening aku ternaik.

"Kenapa kau tanya?"

"Taklah, aku tertanya-tanya. Apa perasaan ibu mengandung?" Kata Hannah. Aku sandarkan tubuh.

"Rasa seronok. Sebab dapat mengandungkan seorang anak dari benih lelaki yang kau sayang." Sengaja aku cuba nyalakan bara. Hannah tergelak halus. Dia fokus memandu. Kononnya.. walhal aku dah cuba rosakkan perasaan tu.

"Patutlah ramai sangat orang kecewa kalau anak mereka keguguran, kan?" Ujar Hannah. Kali ini aku pula terdiam.

"Aku banyak terbaca artikel, even baby tu dah 9 bulan sekalipun, boleh gugur dan mati hanya disebabkan perkara kecil." Kata Hannah. Aku takut.

"Siapa suruh tak jaga elok-elok. Memanglah keguguran." Aku belagak tenang. Hannah ketawa tiba-tiba.

"Kadang-kadang bukan sebab tak jaga elok-elok. Tapi sebab perkara lain. Dengki, mungkin?" Mata aku dan Hannah bertembung. Aku terus rasa lain. Cara Hannah cakap macam ada sesuatu yang akan berlaku. Dia nak bunuh aku ke? Dia nak cuba gugurkan aku?

"Dan kalau kau nak tahu, disebabkan gugur pun orang perempuan tak boleh mengandung sampai bila-bila walaupun sebelum ni dia boleh mengandung. Tahu tak pandangan masyarakat terhadap wanita tak mampu mengandung macam mana? Mereka anggap tu sampah." Kata Hannah lagi, cuba mengusik emosi aku. Aku terganggu dan mula rasa tidak selesa.

"Nanti berhenti dekat stesen minyak sekejap. Aku nak ke tandas." Kata aku.

"Okey. Aku nak isi minyak juga."

Berhenti di stesen minyak, aku terus keluar dan ke tandas bersama perasaan takut yang membuak-buak.

"Puan, puan okey?" Aku tak terkejut mendengar teguran itu.

"Saya tak okey, Taeyong." Jawab aku jujur. Taeyong membetulkan kaca matanya yang sedikit melorot pada hujung hidung.

"Dia ada buat apa-apa dekat puan ke?"

"Dia cuba provok saya."

"Puan kena sabar. Sekarang ni, tuan ada dekat bilik meeting. Dia tak buka telefon lagi. Jadi keselamatan puan bergantung pada saya. Puan jangan risau, semuanya akan okey." Kata Taeyong. Aku menarik nafas panjang. Agak lega setelah diyakinkan oleh Taeyong begitu.

"Saya pergi dululah." Taeyong angguk.

"Jangan off phone puan. Saya trace dari jauh."

"Ya. Baiklah."

- - - - - -

"Jadi, apa yang nak dibincangkan tu?" Soal aku setelah minuman telah tiba di hadapan mata. Hannah sempat menyisip minumannya dahulu sebelum tersenyum memandang aku.

"Aku ada buat satu program khas hujung minggu ni sebab ada pelajar universiti minta aku sponsor untuk last sem projek mereka. Program tu berkisarkan tentang... dadah. Yelah, kau kan dulu pernah. So.. why not kau kongsikan pengalaman tu dekat audiens? Benda ni berbayar, bukan percuma. Sayanglah kalau aku jemput orang yang kosong."

Tergamam aku seketika. Cara Hannah cakap, macam nak aku imbas semula tentang kisah silam tu.

"Kau jangan salah faham, aku tak buka aib kau pun. Ini cuma pengalaman untuk dikongsi." Kata Hannah. Aku masih diam. Aku pandang gelas kopi yang terhidangnya air kopi untuk aku. Aku capai dan minum.

Hmm.. lain rasanya. Sedap dan rasa nak lagi.

"Emm.. err.. aku tanya Jungkook dululah. Macam mana nanti..." aku sedut air itu lagi sehingga setengah. Sejuk mencengkam, enak ke tulang, pening dan khayal. Ringan kepala aku.

"Okey. Boleh je. Tapi aku harap sangat Jungkook setuju."

"Hmm.. err.. air apa ni?" Soal aku. Tak berhenti aku minum. Entah apa rasanya, tapi rasa senang dan enak. Pelik.

"Coffee."

"Coffee apa?"

"Origanal coffee. Kenapa? Nak lagi?" Aku tak menjawab apa-apa. Tapi aku tahu Hannah pesan lagi. Wah.. tak boleh jadi ni. Rasa pening dan khayal itu bertukar mual. Cepat-cepat aku bangkit ke tandas dan muntah. Lama aku di tandas. Selepas itu, aku keluar.

"Puan!" Tangan aku terasa ditarik. Aku toleh.

"Taeyong?"

"Puan okey?" Aku mengangguk lambat-lambat.

"Puan macam tak okey. Jom, kita balik." Aku tiada pilihan dan dalam keadaan kepala aku berkhayal, aku pulang mengikut Taeyong.

Keadaan aku terus berlarutan begitu sepanjang pertemuan aku bersama Hannah. Setiap hari aku akan keluar bersamanya dan minum di Starbuck. Minuman yang sama. Hari pertama itu, memanglah ada Taeyong. Tapi hari yang seterusnya, tidak. Aku sendirian.

- - - - - - -

Guess what Hannah letak apa dalam air Seyoung? Jeng jeng jengggg

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now