【Bab 7】

5K 558 35
                                    

"Every story is beautiful but ours is my favourite."

. _____ . _____ .

Aku melihat wajah di cermin. Kemudian aku tersenyum nipis. Pipi aku dulu cengkung, sekarang dah nampak berisi sikit. Bawah mata aku dulu hitam, sekarang dah tak. Berkat Jungkook hari-hari paksa aku suruh pakai timun dekat mata. Masalahnya aku tak nak!

Aku makan jelah. Lepas dia masuk bilik balik nak tengok aku, dia tayang muka bengang. Siapa suruh bagi aku timun kat mata? Aku makan.

Hampir sebulan aku menanggung rasa sakit. Dan hampir sebulan juga aku kahwin dengan Jungkook. Aku tak rasa pun macam aku isteri dia, dia suami aku. Aku rasa macam berkawan baik yang duduk di satu rumah. Aku pun tak adalah buat apa-apa untuk dia. Dia balik rumah, jaga aku kalau aku rasa sakit, lepas tu dia siapkan kerja dia dan tidur. Aku tak macam dia pula.

Bangun awal, sediakan sarapan pagi, cuci baju, kemas rumah, memasak, sediakan pakaian. Rasa tak berbaloi kalau tu semua dia sendiri yang buat. Aku rasa segan sebab semua kebajikan aku dia yang tanggung, tapi kelengkapan dia aku tak sempurnakan.

Rasa macam... bodoh pun ada.

Aku terfikir sekejap. Aku pandang jam dinding. Pukul 5 petang. Sekejap lagi Jungkook balik kerja, mesti dia lapar. Tersenyum aku.

Sediakan air dengan makanan ringan-ringan pun okey agaknya. Kan?

Aku terus ikat rambut messy bun. Aku keluar dari bilik dalam pergerakan yang perlahan sebab nak cukupkan masa nak fikir. Apa nak buat?

Aku buka peti ais. Ada strawberry dengan epal. Terus aku tersenyum lebar. Salad buah, air kopi panas. Ringkas, tapi aku harap dengan hidangan ni boleh balas sikit budi Jungkook untuk aku selama ni. Dia banyak tolong. Buat sesuatu yang aku sendiri tak sangka.

Cuma.. dia memang tak pandai memasak. Macam aku. Kah!

Selesai sahaja hidang sikit atas meja pulau, aku duduk bermain telefon bimbit. Kejap lagi Jungkook balik. Tak sabar!

*********

Jungkook mengeluh besar tatkala terlihat kereta Mini Cooper Hannah terpakir di rumahnya. Ini mesti ibunya yang menyuruh Hannah datang. Bosan betul. Kalau bukan kerana dia mahu mengambil pakaiannya, memang tak terjejak kaki dekat sini.

Jungkook melangkah berat. Buka pintu rumah je, dua pasang mata dah memandangnya.

"Sayang!" Jungkook urut pelipis. Hannah berlari anak mahu mendapatkannya, tetapi cepat-cepat dia bergalih.

"Jangan dekat dengan I. You macam dah tak ada rumah je sibuk bertandang dekat rumah I. Kenapa eah?"

"Jungkook, kenapa cakap macam tu? Hannah datang sebab nak bincang dengan kamu pasal kahwin. Salah ke?"

Jungkook menjeling. Hannah memuncung. Tak tahulah kenapa ada perangai seorang manusia macam ni.

"Siapa nak kahwin dengan dia?" Soal Jungkook selamba.

"You!"

"What? Siapa yang nak kahwin dengan you? I dah..." Jungkook kemam bibir. Sabar, Seyoung belum pulih sangat tu, Jungkook. Jangan pecah lubang. Jungkook redakan gelodak hati sendiri.

Mata Puan Jeon dan Hannah sama-sama mengecil. Seakan-akan mahu tahu apa yang Jungkook mahu sampaikan.

"Saya naik dulu." Jungkook beredar. Hannah berdecit. Dia memandang Puan Jeon.

"Hannah dah cakap, dia memang tak nak kahwin dengan Hannah. Auntie, Hannah dah penat. Hannah nak balik." Kata Hannah. Pantas dicapai beg tangannya dan menonong keluar tanpa sempat Puan Jeon menghalang. Terkeluar decitannya.

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now