【Bab 39】

3.6K 484 4
                                    

Aku tak sangka, aku berjalan seharian dengan Daniel sampaikan tak sedar dah pukul 9 malam. Aku lupa langsung sebab melayan ragam dan Danny, anak lelakinya. Dah lama aku tak rasa gembira sambil melayan kanak-kanak. Danny malu, tapi aku sukakan dia. Tak mengada-ngada dan banyak ragam.

"Maaf sebab lambat hantar awak balik." Ucap Daniel seraya memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu pagar rumah aku. Aku tersenyum.

"Tak apa. Lagipun taklah lewat sangat. Baru pukul 9."

"Suami awak pun tak ada." Tokok Daniel pula. Sebut pasal suami, aku macam.. teringatkan sesuatu. Jungkook kata tunggu malam nanti. Aku tak sedap hati, terus toleh ke rumah.

Lampu menyala! Ah, sudah. Tak silap aku, aku langsung tak ada buka lampu apa-apa pun dekat dalam rumah tadi. Tapi sekarang menyala. Semakin tak sedap hati aku.

"Hei, Seyoung? Okey ke?" Soal Daniel sambil melayangkan telapak tangannya di hadapan muka aku. Aku tersentak seketika dan menoleh ke Daniel semula.

"Hah?"

"Awak okey? Kenapa?"

"Err.. tak. Tak ada apa-apa. Saya.. saya keluar dululah ya?" Aku sangkutkan tali beg silang pada tubuh. Kemudian aku terus keluar kereta.

"Jaga diri, jaga kandungan elok-elok." Ujar Daniel. Aku menunduk sedikit dan mengangguk.

"Ya. Awak pun."

"Jangan lupa datang appoinment lagi bulan depan." Sempat lagi Daniel memesan. Aku angguk lagi dan akur dengan arahannya. Akur sebagai seorang pesakit kepada doktor.

"Bye..." aku melambai. Perlahan-lahan kereta Daniel beredar. Aku menarik nafas panjang. Lega. Tapi lega aku tak lama bila terpandangkan rumah yang sedang terang berlampu. Sedangkan lampu garaj pun hidup. Aku betul-betul rasa tak sedap hati.

Aku masuk ke dalam kawasan rumah. Pintu pagar aku kuncikan seperti biasa. Kemudian aku menapak untuk masuk ke dalam rumah. Lampu dalam keadaan malap. Aku lajukan langkah naik ke atas sehinggalah tiba di bilik. Aku pulas pintu.

"Argh!"

Terkebelakang tubuh aku kerana terkejut teruk. Jantung aku laju berdegup, sehingga rasa bergeletar seluruh tubuh.

"Jungkook... awak..."

"Apa? Kenapa saya ada dekat sini? Kenapa saya boleh sampai sini? Kalau saya cakap malam ni kita selesai, kita selesaikan malam ni juga. No more excuse." Tak terkata aku dibuatnya. Wajahnya lain, tidak seperti selalu yang aku lihat. Wajahnya lebih tegas dan bengis.

"Keluar dengan siapa sampai balik malam macam ni?" Tanya Jungkook. Mendatar lain macam suaranya. Dia berganjak dari balkoni menuju ke birai katil. Punggung dilabuhkan di situ.

"Boleh tak saya nak mandi dulu? Baru kita bincang?"

"Tak boleh. Now."

"Tapi, sayang..."

"Sekarang."

Aku diam. Aku mengeluh dan masuk juga ke dalam bilik ini sebelum rapatkan daun pintu dengan perlahan. Aku letakkan beg di atas katil dan duduk berdekatan dengan Jungkook.

"Nama dia Daniel. Dia sebenarnya anak kawan ibu. Tapi tadikan saya pergi check up anak kita, kebetulan pula rupanya dialah doktor saya."

"Then?"

Aku menarik nafas panjang dan berat. Ya, kali ini memang salah aku nampaknya. Aku sendiri tak bagitahu Jungkook ke mana aku pergi selepas itu. Jungkook yang tanya dulu, dengan siapa aku keluar. Tak salah dia nak berangin satu badan kalau macam ni.

"Lepas tu.. saya.. keluar."

"Pergi mana?"

"Emm.. jalan-jalan. Dengan Daniel."

Jungkook diam terus selepas itu. Wajah aku terasa direnung dalam, sehinggakan aku rasa seperti mahu pitam sekarang juga.

"Kalau saya tak dapat report, agaknya sampai bila-bila awak keluar dengan lelaki lain." Terus dia bangkit dari birai katil dan berlalu begitu sahaja meninggalkan aku. Aku terkedu dan hanya mampu melihat pintu bilik yang tertutup kasar tadi.

Bodoh.

Bodoh.

Bodoh.

Kenapa aku tak terfikir langsung pasal ni? Kenapa aku terlalu bodoh? Aku sendiri yang meregangkan hubungan. Jadi bermakna, memang akulah yang kena pujuk. Jujur, aku sangat bodoh dalam bab pujuk-memujuk. Tapi kalau dengan cara itu je, aku boleh kembalikan Jungkook aku, aku sanggup!

Cepat-cepat aku bersiap untuk mandi. Aku bersihkan badan dulu sebelum uruskan dia pula nanti. Dalam setengah jam selepas itu, aku siap. Baru je aku nak turun ke tingkat bawah, aku dengar pintu bilik terbuka.

"Awak sampai sini pukul berapa tadi?" Tanya aku, seolah-olah benda tadi langsung tak terjadi antara kami. Ambil masa yang panjang Jungkook nak jawab. Aku tak pasti sama ada dia dengar atau tidak. Tapi aku rasa suara aku dah cukup kuat. Aku tak berbisik pun tadi. Jelas.

"Awak..."

"Tidurlah." Aku tak jadi hendak meneruskan bertanya apabila dia mula baring di atas sofa dan memejamkan mata.

"Kenapa tidur dekat sofa?" Aku menyoal sambil mendekati Jungkook. Wajahnya serius walaupun sedang memejamkan mata. Aku perasan, ada sedikit kesan calar dan lebam pada lengan dan pinggangnnya. Perlahan-lahan aku angkat hujung baju Jungkook ke atas.

"Awak.. kenapa ni?" Lebam yang agak besar, berbirat dan agak menakutkan pada bahagian tepi pinggangnya.

"Tak ada apa-apalah." Jawab Jungkook. Mendatar suaranya.

"Lebam."

"Lebam biasa. Tak ada yang serius pun." Jungkook jawab lagi. Aku mengeluh. Dan tanpa diduga, jari aku menekan di tengah kawasan lebam tersebut.

"Aduh!" Tangan aku digenggam erat, suara Jungkook berdesir sakit menguasai ruang bilik. Aku dah agak dah, dia sakit.

"Awak boleh marah saya teruk macam mana sekalipun. Marahlah sampai saya sakit. Tapi jangan biarkan awak tahan sakit macam ni. Tak elok." Aku bangun dan pantas ke almari. Aku ambil beg air panas. Kemudian aku jerang air. Aku tuangkan air ke dalam beg panas tersebut dan kembali ke sofa. Jungkook masih statik di sofa dengan mata terpejam.

"Buka baju." Aku tarik baju Jungkook dan tanggalkan. Masa inilah aku nampak kesan calar balar itu merata di atas dada dan bahunya.

"Sakit?" Aku larikan tangan aku pada kesan-kesan luka tersebut. Dan apa yang aku dapat cumalah gumaman yang sangat melukakan hati. Dia cuma menggumam sahaja. Sahaja!

"Tahan sikit. Kalau sakit, cakap sakit. Jangan diam." Pesan aku. Dan aku mula menekap beg panas tersebut beralaskan tuala di atas lebam Jungkook.

Belum sekejap pun lagi, Jungkook dah berdesir sakit. Kemudian tangannya mula selar pergelangan tangan aku, seakan-akan minta aku berhenti. Dahinya berkerut. Sakit sangat agaknya.

Aku ulang perbuatan aku sehinggalah aku rasa benjolan yang timbul pada bengkak itu mula surut. Aku bangun.

"Nak ke mana?" Tanya Jungkook. Aku tunjuk tandas. Dia angguk dan kembali pejamkan mata. Wahh egonya awak!

"Awak dah makan?"

"Dah."

"Bila?"

Senyap. Aku mengeluh lagi. Berpatah ditanya, sepatah dijawab. Sepatah ditanya, langsung tak jawab. Aku akur dengan keputusannya. Jungkook nak mendiamkan diri selepas aku telah melakukan kesalahan. Dia tak nak jadi gaduh. Aku pun sama, aku tak nak. Tapi untuk apa berdiam diri kalau aku dan dia sama-sama rasa terseksa?

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now