"Good morning, sir." Jungkook angkat kepala dan senyum ketika dia melewati unit pelatih baru. Semua pelatih tertumpu ke arahnya. Bangga kerana memiliki seorang ketua unit dan firma latihan yang sangat kacak dan bergaya. Pergi ke pejabat pun kemas berkemeja. Cuma ada hari tertentu sahaja Jungkook akan memakai T shirt. Sama ada dia pergi ke gim atau ke pusat latihan menembak.
Tiba di tingkat atas, setiausaha pula menegur.
"Selamat pagi, tuan. Sihat hari ni?" Sapa setiausahanya. Jungkook senyum angguk.
"Sihat. Err.. hari ni saya freekan?"
"Ya. Macam tahu-tahu je. Saya baru nak bagitahu." Kata setiausaha Jungkook. Lelaki ini sekadar memaniskan senyuman dan terus pergi setelah menitipkan beberapa pesanan. Sampai di bilik, benda pertama yang Jungkook buat adalah baring di atas sofa dan buka telefon bimbit. Ruang mesejnya bersama Seyoung dibuka. Lantas satu pesanan ringkas diberi.
Rindu. Macam mana nak kerja ni?
**********
Aku ternganga luas. Tak percaya Jungkook menghantar mesej sebegitu rupa setelah 15 minit tak berjumpa. 15 minit lama apanya?! Tempat kerja dekat dengan rumah. Jalan kaki pun sampai. Aku tahu, dia sebenarnya malas nak pergi kerja sebab hari ni aku ada buat kek sikit. Dia berkeras nak tolong tapi aku dah tolak awal-awal pertolongannya.
Bukan apa... aku bimbang aku dan dia ke mana, adunan aku ke mana. Risau juga kalau terbakar rumah ni. Jadi untuk mengelakkan kejadian seperti itu berlaku, aku elakkan awal-awal. Oleh sebab itulah Jungkook tak habis-habis hantar mesej yang bukan-bukan. Memang tak sesuai untuk mereka-mereka yang bawah umur.
Sayang... replylah.
Aku cuma jengah sikit. Biarkan saja. Aku fokus kepada membuat adunan dan kemudian memasukkan ke dalam loyang pembakar.
Ting!
Mesej masuk lagi. Aku jengah lagi.
Saya tahu awak baca mesej saya. Replylah. Say I love you husband to me. Cepat.
Aku macam nak berdekah berguling dekat dapur ni sekarang juga. Kalau aku kata dekat semua orang, Jungkook mereng bila dengan aku, mesti semua orang akan kecam aku habis-habisan. Jungkook yang berada di pejabat sekarang adalah Jungkook yang macho, ego, maskulin dan kacak. Tetapi Jungkook yang sedang mesej dengan aku sekarang adalah Jungkook yang manja, pelik lagi menghairankan. Tengok gajah terbang pun tak macam ni.
Aku tak tahulah sejak bila aku boleh perasan satu sikapnya itu. Tapi memang betul, Jungkook ada dua identiti berbeza. Fuhh.. menakutkan.
Selesai membakar, aku ke sinki. Tiba-tiba telefon aku berdering. Menandakan ada panggilan masuk. Aku dah boleh agak dah siapa yang telefon. Aku lap tangan dan angkat. Malas nak pegang, aku buka pembesar suara je.
"Helo, shuben..."
"Tahu pula angkat?"
Aku diam.
"Sayang, please? Cubalah cakap apa-apa." Aku masih diam. Sengaja nak menyeksa batinnya yang meronta-ronta. Aku tak faham sebenarnya kenapa Jungkook macam ni. Lepas tu panggilan sayang tu macam kekal pula pada pendengaran aku.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)
Fanfiction"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu tak ceraikan perempuan tu, ibu tak akan maafkan kamu sampai bila-bila!" - Mrs. Jeon - "Ibu, kenapa sekalipun ibu tak pernah faham saya?" - J...