【Bab 13】

4.6K 481 64
                                    

"Dah buat apa yang I suruh hari tu?" Tanya Puan Jeon kepada lelaki berjaket kulit hitam ini. Mereka berada di dalam satu kereta, di tempat yang agak sunyi. Memang janji temu mereka kali ini agak serius dari biasa.

"Dah."

"Mana?"

"Tapi you kena janji dengan I dulu, Mrs. Jeon."

Kepala Puan Jeon tertoleh. Wajahnya berkerut.

"Janji apa lagi? You jangan macam-macam dengan I." Kata Puan Jeon. Tajam sungguh pandangan matanya memandang lelaki ini.

"You kena janji, you tak akan bagitahu dekat sesiapa, yang I bagitahu ni dekat you. Jangan sesekali petik nama I." Kata lelaki itu. Tertawa Puan Jeon. Tetapi sinis.

"Ji, banyak kali dah I kata, you akan selamat dalam genggaman I. Rahsia tu tak akan pecah. Tapi, you kena buat apa yang I suruh walaupun benda tu akan menjejaskan hubungan you dengan sesiapa pun." Kata Puan Jeon. Lelaki yang hanya bernama Ji ini menelan liur. Matanya dilempar ke luar. Runsing.

"So.. I tak nak buang masa. Siapa budak perempuan tu sebenarnya?"

**********

Aku dan Jungkook masih lagi tak bercakap sejak kejadian hari tu. Dan hari ini, majlis makan malam itu akan berlangsung. Aku jadi macam kekok. Tak tahu nak buat apa. Jadi aku ambil keputusan untuk hiburkan diri sendiri sahaja. Aku buka TV

Aku duduk di atas sofa, memeluk lutut sambil menonton rancangan lawak. Tak kering gesi aku asyik ketawa je. Jungkook datang bawa mug dengan ubat pun aku tak perasan. Sedar-sedar je, bila TV iklan, Jungkook dah duduk dekat sebelah, pandang aku dengan mata tajam. Aku cuma toleh dan kemudian tengok TV lagi. 

"Hei, kenapa tak nak pandang saya ni?" Soal Jungkook sebelum dagu aku ditarik supaya menghadapnya. Aku ikutkan sahaja. 

"Saya nak tengok TV."

"TV lebih menarik dari saya?"

"Ya."

Jungkook terus lepaskan tangannya dari dagu aku. Aku kembali memandang TV. Aku tahu, dia rasa terabai. Tapi aku tak peduli. Bukan aku sengaja nak abaikan dia. Tapi TV lebih menarik dari Jungkook.

"Makan ubat dulu." Jungkook masih cuba nak tarik perhatian aku. Aku ikutkan. Aku makan. Aku teguk air dan kembali tengok TV. Aku dengar dah Jungkook mengeluh. Dia bangun dari sofa untuk beredar. Aku tersenyum bahagia, bolehlah nak gelak besar-besar. 

Jungkook pergi. Aku masih fokus pada TV. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi piano. Kuat, tajam, memenuhi ruang rumah sehingga aku rasa terganggu. Aku tak dengar langsung suara TV sebab Jungkook menyanyi! Dia bukan menyanyi ni, tapi dia jerit! Protes sebab aku tak layan dia!

Aku tersandar lemah. Lemah kepala aku menoleh ke satu ruang yang tersedia piano Yamaha berwarna putih. Jungkook sedang menekan-nekan not piano. Irama yang sedap, suara Jungkook juga sedap walaupun lantang. Aku pernah dengar dia nyanyi lagu ni masa dekat bilik. 

House of Cards.

Aku capai alat kawalan TV dan tutup TV. Aku melangkah mendekati Jungkook yang sedang ghairah menganggu hidup aku dengan suara merdunya. Suara dia lembut, mendalam, tak terlalu garau. Tapi aku suka mendengarnya. 

Jungkook buat tak nampak masa aku melangkah ke belakangnya. Aku pegang bahu Jungkook, kemudian aku peluk lehernya erat. Sengaja. Entahlah, lagu ni, suara ni, buat aku gila. Aku rasa macam.. terperangkap dalam lautan kasihnya. Aku rendah wajah dan cium pangkal leher Jungkook. 

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now