Lama aku berkampung di hospital. Tapi sejak kejadian dulu, Jungkook dah tak datang lagi. Yang selalu datang jenguk, Yoongi. Daniel sudah semestinya. Setiap hari dia datang periksa. Padahal ramai lagi doktor dekat sini.
"Makan sikit, Seyoung." Yoongi buka bekas makanan yang dibeli di kafe tadi. Keprihatinannya terhadap aku seperti seorang abang terhadap seorang adik. Dulu, mungkin aku agak terkilan sebab dia pernah menipu aku kerana menjadi orang suruhan ibu. Tapi sekarang tidak. Hatinya baik, beruntung gadis yang berjaya memilikinya.
"Tak nak. Saya tak rasa nak makan."
"Kalau tunggu selera, sampai bila-bila pun awak tak makan." Kata Yoongi. Lembut sahaja tuturnya. Tapi aku tetap menggeleng dan pejamkan mata sahaja. Apa yang hadir pada layar mata aku sekarang adalah Jungkook. Entah apa yang dia buat sekarang, aku tak pasti.
"Awak tak nak tanya Jungkook sihat ke tak?" Mata aku terus terbuka luas. Yoongi cuba umpan aku sesuatu.
"Sayakan dah 'buang' dia. Buat apa nak tanya?" Ego.
"Sebenarnya awak pun tak sanggup nak lepaskan dia, kan?" Aku diam dan hanya terus merenung Yoongi dengan pandangan mata yang mula kabur. Ada sesuatu yang menghalang.
"Taklah. Itu yang saya nak. Dia berhak tentukan jalan hidup dia."
"Dia dah tentukan jalan hidup dia, tapi awak dah ubah semuanya." Senyap aku. Aku ke yang merosakkan perancangan hidup Jungkook? Aku ke puncanya?
"Kalau awak nak tahu, macam-macam dia rancang untuk hidup dengan awak. Dia bagitahu saya, dia nak saya jadi saksi yang dia betul-betul bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Betul, kadang-kadang dia kuat membuli saya walaupun saya jauh lebih tua dari dia. Tapi sebab sayang, sebab anggap dia adik, why not? Apa salahnya saya mati untuk kebahagiaan adik saya sendiri? Betul tak?"
Aku kerdipkan mata sekali, mengiyakan kata-kata Yoongi yang sangat menusuk kalbu. Aku menanti dia menyambung ayatnya.
"Dia dah rancang cukup cantik hidup dia dengan awak. Macam mana dia nak kawal keluarga dia dan dalam masa yang sama dia nak bawa syarikat dia ke kejayaan. Masa dekat China, Jungkook jarang tidur. Jarang sangat. Pagi dia akan latih pelatih-pelatih dia, tengah hari dia akan periksa unit dan semua senjata, petang sambung latih lagi, malam pula bersihkan tempat. Semua tu saya boleh buat sendiri tapi dia sendiri yang nak buat. Selama sebulan setengah dekat sana, Jungkook tidur 3 jam je setiap hari. Tak pernah dia terlebih tidur ke apa. Tak pernah. Ada sampai suatu hari tu, dia collapse tiba-tiba sebab tak makan. Silap saya juga sebab tak alert. Dia risaukan awak dekat sini, sampai terlupa nak risaukan diri sendiri."
Pedih.
Aku jadi rasa makin bersalah. Betapa kuatnya usaha suami aku untuk bekerja, mencari kejayaan yang menanti dipuncak. Dan aku yang langsung tak membantu hanya diam dan merosakkan rancangannya.
"Jadi dia sangat terkilan bila dapat tahu awak jadi macam ni disebabkan dadah..." sambung Yoongi lagi. Kali ini aku tidak segan menangis di hadapan Yoongi. Biarlah apa nak kata, asalkan aku rasa lega.
"Saya tertekan hidup sendiri. Saya rasa tak sempurna." Kata aku dengan esakan halus. Yoongi mengeluh.
"Semua orang tak sempurna, Seyoung. Saya pun tak sempurna."
"Tak, awak takkan faham saya. Perasaan saya, hanya saya je yang tahu. Awak takkan pernah faham." Balas aku. Sedikit marah dan geram. Semua orang akan kata macam tu. Semua orang akan cuba samakan diri mereka dengan aku, walhal mereka berbeza.
Mereka 'bersih'.
Aku 'kotor'... dengan dadah.
"Baliklah dekat Jungkook, Seyoung. Dia bersedia terima kehadiran awak bila-bila masa je." Kata Yoongi lagi. Aku pekakkan telinga. Aku memang nak kembali, tapi keadaan yang tak mengizinkan.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)
Fanfiction"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu tak ceraikan perempuan tu, ibu tak akan maafkan kamu sampai bila-bila!" - Mrs. Jeon - "Ibu, kenapa sekalipun ibu tak pernah faham saya?" - J...