【Bab 10】

4.3K 518 24
                                    

"Kadang-kala, aku rasa diri aku tak sempurna."

. _____ . _____ .


Aku diam. 

"Marah eah?" 

"Hmm?" Aku menoleh, Jungkook pegang tangan aku. Aku cuma senyum dan geleng.

"Taklah. Mana ada marah." Jawab aku. Aku kembali memandang ke depan. Kereta masih bergerak menuju ke kediaman ibu Jungkook. Aku sebenarnya terlalu gementar. Memikirkan perkara yang tak dijangka yang boleh berlaku nanti. Sudahlah Jungkook cuma hantar dan tinggal aku je. Lepas tu dia pergi kerja.

"Takut? Nervous?" Jungkook masih meneka. Dan aku mengangguk tanpa selindung.

"Haah. Takut sangat."

"Tak ada apa-apalah. Jangan macam ni." Kata Jungkook lagi. Aku cuma senyum sahaja. Sandarkan tubuh dan balas genggaman tangan Jungkook dengan kedua belah tangan aku. Aku suka pegang tangan dia. Hangat dan menenangkan.

"Macam mana kalau ibu awak tahu saya penagih dadah?" Aku tak puas hati, aku tanya lagi. Aku menoleh sikit memandang Jungkook. Dia mengeluh berat. Penat agaknya dengar aku tanya soalan yang sama.

"Dah berapa kali dah saya cakap, awak bukan penagih dadah. Aku bekas penagih dadah. Cuba jangan meruntuhkan semangat sendiri, sayang. Nanti awak sakit. Awak kena selalu bersemangat. Bukannya jatuh macam ni." Tegas Jungkook. Aku mengeluh. Aku terus lepaskan pegangan tangan Jungkook dan memeluk tubuh memandang ke tempat lain. 

Aku agak sensitif jika dipaksa begini. Aku akan rasa sedih dan selalu rasa kekurangan. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan perasaan. 

"Sorry. Saya tak sengaja." Tangan aku kembali diraih. Kemudian belakang tangan aku terasa dicium. Jungkook tak salah. Aku yang sensitif. 

"Buat apa minta maaf? Awak tak salah." Kata aku. Aku sendiri rasa suara aku agak dingin. Tapi perubahan emosi ni bukan aku yang minta. Semua ni datang dari penyakit aku tu. Aku diam, Jungkook juga diam. Sehinggalah kereta dia berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah yang cukup mewah dan gah. Besar dan agam. Aku kembali rasa berdebar sakan.

"Kita dah sampai." Gumamnya perlahan sambil tersenyum. Aku menarik nafas panjang. Tak berkata apa-apa dan terus buka pintu dan keluar. Sempat aku lihat diri sendiri di cermin kereta. Sempurna ke tidak. Nasib baik muka aku dah tak cengkung macam dulu. Nampaklah berisi sikit walaupun tak banyak.

"Jom?" Jungkook hulurkan tangan untuk aku sambut. Aku pandang dan senyum. 

"Jom." Aku sambut hulurannya dan terus melangkah ke dalam. Semakin berdebar-debar aku dibuatnya. Rasa macam nak rebah pun ada. Harap sangat ibu Jungkook boleh terima aku dengan seadanya aku. Dan tak banyak tanya pasal siapa aku.

"Ibu!" Aku menapak ke dalam. Jungkook mula menyeru ibunya. Tak sampai beberapa saat, muncul seorang wanita cantik, bertubuh ramping datang dari tingkat atas. Aku sangat terpegun melihatnya. Persis anak dara.

"Hai. Dah sampai?" Aku tersenyum. Wanita ini sedang memandang aku dan Jungkook silih berganti. Lutut aku betul-betul longgar. Takut.

"Dah. Baru je. Ibu buat apa dekat atas?"

"Bersiap. Nak jumpa... menantu." Aku dengar. Tapi ibu dengan Jungkook berbisik-bisik. Aku menunduk sahaja. Senyum. Tak nak ganggu dua beranak ini berborak.

"So, saya dah nak pergi kerja. Ibu jaga dia elok-elok. Dia tak sihat sikit hari ni." Aku pandang Jungkook. Pandai betul dia menipu ibu dia sendiri. Cakap aku tak sihat sikit hari ni. Padahal hari-hari aku sakit. 

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now