【Bab 11】

4.2K 519 11
                                    

Aku tersenyum gembira apabila teringatkan layanan baik dan mesra ibu terhadap aku tadi. Aku sangkakan ibu garang, tegas seperti yang Jungkook katakan sebelum ni. Tapi rupa-rupanya ibu sangatlah baik. Sampaikan aku rasa tak nak balik walaupun Jungkook dah pun tercegat lama dalam kereta, tunggu aku keluar rumah. Sekarang aku ada di pusat membeli-belah, tengah menemani Jungkook untuk mencari barangnya. 

"Jom, masuk situ." Tangan aku ditarik, dia membawa aku ke sebuah butik. 

"Buat apa masuk ke sini?" Tanya aku hairan. Jungkook cuma senyum dan masuk ke dalam. Aku senyum kepada pekerja yang ada di sini. Semuanya manis-manis belaka. 

"Hello, Mr. Jeon. How are you?" Sapa seorang pekerja lelaki berwajah jambu, berlenggok tubuh yang sangat lembut datang mendekati Jungkook. Dan dengan selamba suami aku dipeluknya dan berlaga pipi bersama. Hampir tersembul biji mata aku. Tapi aku kawal dengan rasa hati yang tebal.

"I'm fine thank you."

"Ada apa-apa yang I boleh bantu you, Mr. Jeon?" Tanyanya dengan lenggok bahasa yang agak... lembut. Aku pandang ke sekeliling butik ini. Macam butik yang menyediakan pakaian rasmi ke majlis besar. Gaun, tuksedo untuk lelaki, kasut tumit tinggi, kasut lelaki. Aku terpegun sekejap.

"Yes, ada. Before that, kenalkan ini isteri I. Jeon Seyoung." Aku terkejut. Pinggang aku tiba-tiba ditarik sehingga rapat aku ke tubuhnya. Aku pandang lelaki lembut itu dengan mata yang sedikit menjeling, namun aku senyum.

Kau dah berpeluk dengan suami aku tadi, jantan!

"Oh hi, Mrs. Jeon. How are you?" Dia terus berpelukan dengan aku, berlaga pipi sama macam dia buat dekat Jungkook tadi. Aku agak tergamam. Tapi aku berlakon biasa.

"Fine. Awak?"

"I'm good. Panggil I Chris. I akan bantu you." Kata Chris. Aku cuma tersneyum sahaja. Tak berani rasanya nak menjawab apa-apa sebab aku agak seram dengan lelaki lembut seperti ini.

"Minggu depan, I ada majlis makan malam dengan pekerja dan pelatih syarikat I. So I nak you tolong buatkan baju untuk I dan my wife. Boleh?" Pinta Jungkook. Aku terus pandang dia. Dia tak pandang aku. Kenapa aku langsung tak tahu menahu pasal ni?!

"Ahh.. small matter! You nak design macam mana?" Tanya Chris.

"I tak suka wife I pakai terlalu terdedah, atau banyak sangat crumble, just nice for her." Kata Jungkook. Terasa aku terus diperhatikan oleh dua pasang mata manusia. Chris pandang aku atas bawah. 

"Okay I know. I dah ada idea dah. How about the colour?"

"Red."

"Wow! I like it! Sekejap, I buat design untuk you pilih." Kata Chris sebelum dia cepat-cepat beredar ke belakang. Ditinggalkan aku berdua dengan Jungkook di hadapan. Aku terus menoleh memandangnya dengan pandangan yang tidak puas hati.

"Kenapa saya tak tahu pun pasal majlis tu?"

"Surprise." Dia tersengih, macam tak faham keadaan aku yang tak sihat sentiasa ni.

"Awak, sayakan sakit? Macam mana kalau saya sakit masa tengah majlis? Malulah orang nampak." Kata aku. Aku mula rasa sejuk tangan kaki bila terfikirkan akan hal itu. Jungkook berdecit. Bahu aku dipeluknya erat. 

"Tak ada apa-apalah. Relaks je. Lagipun... masa tu semua orang akan tahu awak isteri saya." Kata Jungkook. Matanya nampak bersinar, aku tak sampai hati hendak menolak atau mempertikaikan lagi. Dia sangat gembira dengan perkahwinannya walhal aku sendiri tak pasti sama ada dia dan aku mempunyai satu perasaan yang sama atau tidak.

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now