Aku dan Jungkook duduk di atas batuan besar yang ada di bawah pokok. Aku sandarkan kepala pada bahu Jungkook, dia tahan badannya menggunakan kedua belah tangan ke belakang. Mata aku dan dia terlempar ke dada pantai dan langit, yang sedang bertukar warna untuk melabuhkan tirai malamnya.
Tenang, bahagia. Aku tersenyum simpul.
"Awak..." panggil aku, meleret. Jungkook menggumam.
"Hmm?"
"Kalau suatu hari nanti, saya tiba-tiba merajuk ke, naik angin ke, lari rumah ke, cari saya dekat sini. Memang saya akan ke sini, cari ketenangan." Kata aku sambil mendongak memandangnya yang mengenakan kaca mata hitam pada mata. Aku menegakkan tubuh.
"Kenapa nak lari rumah pulak? Benda tak lawak, okey. Jangan buat benda bukan-bukan." Aku berdecit kasar. Jungkook tak sporting pulak!
"Saja je cakap. Manalah tahu, tiba-tiba lepas ni kita ada gaduh besar ke. Carilah saya dekat sini."
"Noted."
Jungkook diam lagi lepas tu. Aku memandangnya. Dia rasa diperhatikan, dia pandang aku pula.
"Apa, baby?" Tanyanya. Aku cuma sengih dan geleng. Kemudian aku memandang ke dada air. Haihh.. sukanya aku dengan pantai. Rasa tak nak balik.
"Nak aiskrim tak?" Soal Jungkook. Aku terus bulatkan mata, mulut ternganga kecil dan angguk laju-laju. Jungkook tanggalkan kaca mata hitam, dia letak dejat kolar baju Polo V nya.
"Ingatkan tak nak tadi. Gigi dah tak ngilu?" Aku sengih dan geleng.
"Saya kan dah baik. Mana ada sakit dah." Kata aku, bangga diri sekejap. Jungkook mencebik. Tak semena-mena hujung bibir aku yang tengah tersenyum diciumnya. Kemudian dia turun dari batuan besar ni dan melangkah ke kedai aiskrim yang berada di hujung sana. Tak jauh, dekat je.
Aku kembali menarik nafas panjang. Memeluk lutut, membuang pandangan ke depan. Matahari dah lama terbenam. Kawasan pantai ini hanya dilimpah dengan cahaya dari lampu pantai. Memang terang. Tak terasa langsung malam dah menjelma.
Aku menanti Jungkook. Pelanggan ramai. Aku loncat dari batuan besar dan sarungkan sandal. Langkah kaki aku ingin mendapatkan Jungkook, tetapi entah macam mana, tiba-tiba pinggang aku dipaut dari belakang, dan mulut aku ditekup. Aku terkejut besar. Aku dibawa ke bawah pokok yang besar. Kawasan itu agak gelap tanpa cahaya. Tubuh aku ditolak ke pokok.
"Hai, sweetie." Bagai hendak tercabut jantung aku dibuatnya apabila David Lucas berada di depan mata aku. Aku terkejut.
"A.. apa yang..."
"Apa dia? Hmm?" David Lucas merenung tubuh aku atas ke bawah. Bahu aku dicengkam kuat. Aku tak boleh menjerit kerana mulut aku masih ditekup dengan tangan.
"Kau masih cantik macam dulu. Kan? Kulit kau masih licin. Aku beruntung sebab jadi yang pertama sentuh kau sebelum ni." Hampir putus nafas aku tatkala tangan David Lucas mengusap-usap pinggang aku. Tangannya menyingkap blaus yang aku pakai dan merayap sehingga ke belakang tubuh. Aku menolak-nolak dadanya supaya menjauh.
"Kau sukakan? Relaks, suami kau dah siap pun beli aiskrim. But, let me lick you first before you lick that ice cream. Okay, sweetie?" Kaki aku lemah. Aku terasa tangan David Lucas menanggalkan klip bra aku. Aku terus rasa longgar pada dada. Aku tak boleh diam. Aku kena bertindak sebelum dia melebih-lebih dan Jungkook tahu.
Dengan kekuatan kaki yang bebas, aku naikkan lutut sehingga mengena pada situ David Lucas. Mengaduh kuat dia. Terus terlepas aku dari pegangan dan aku berlari. Aku berlari sambil menoleh sehingga tidak tersedar aku terempuh tubuh Jungkook.
"Hei!"
"Awak!"
"Why?"
Aku kemam bibir. Aku pegang dada dan belakang tubuh. Klip bra aku.. macam mana ni?
"Err.. emm.. err ta.. tak.. tak. Tak ada apa-apa." Aku tergagap teruk. Aku peluk bahu sendiri. Jungkook mengerutkan dahi.
"Aiskrim tak ada. Dah habis. Kenapa menggigil ni? Hmm?" Aku menggeleng-geleng laju. Berpasir rasa tekak aku.
"Ya, saya okey."
"Awak berpeluh ni."
"Err.. tadi dekat batu tu macam ada serangga. So saya..."
"Hai, Jungkook." Aku tergamam. Suara itu datang dari.. belakang aku. Aku terus pusingkan tubuh dan peluk lengan Jungkook erat. Aku macam nak menangis rasanya bila tengok David Lucas sedang mendekati aku dengan terdengkut-dengkut. Aku genggam erat tangan Jungkook sampaikan Jungkook memandang aku.
"Eh, hai David. Buat apa dekat sini? Rumah you kat sini, kan?"
"Haah. Saja turun pantai ambil angin. Kebetulan nampak wife you tadi. So I rasa you all tengah dating." Aku pandang ke tempat lain. Aku tak nak tengok David Lucas. Mata dia asyik memandang aku walaupun aku perasan dia dah terbongkok-bongkok menahan senak perut dan situ. Aku pegang dada dan cuba klipkan semula bra aku yang dah terbuka tadi.
"Ohh..."
"Wife you kenapa? Macam tak sihat je?" Aku terus jeling David Lucas. Mata aku kabur.
"Dia okey je. Tapi pening-pening sikit." Aku memandang Jungkook. Dia pandang aku, tajam. Aku tahu, dia dah dapat hidu sesuatu. Aku tarik nafas panjang.
"Ohh. Okey. Eh, by the way, malam ni I ada buat majlis sikit dekat resort ni. Datanglah. I jemput you all berdua. Ya?"
'Thank you sebab invite I. Nanti kalau tak ada apa-apa, I datang."
"Bawalah wife you sekali."
"Of course." Jungkook senyum. Aku tahan geletar kaki.
"Okeylah, I pergi dulu. Wife you macam tak sihat sangat tu." Kata David Lucas. Dia memandang aku lagi. Aku terus menangis. Tapi tahan esak. Aku kesat mata yang basah.
"Haah. Okey. Tapi kenapa you terdengkut-dengkut? Sakit ke?" Soal Jungkook. Aku genggam kuat tangannya. Aku dengar David Lucas ketawa.
"Ada orang main kasar. Okeylah, I gerak dulu." Jungkook angguk. Terus bayangan David Lucas menghilang. Aku terus menangis dan peluk dada Jungkook. Jungkook membalas pelukan aku.
"Kenapa ni, sayang? Hmm?"
"Pening."
"Tadi okey je?"
Aku diam. Aku tetap menangis di dadanya. Aku rasa selamat sekarang. Pandangan mata David Lucas kembali menghantui aku. Aku pejamkan mata rapat. Belakang tubuh aku diusap-usap sebelum tangannya terhenti. Macam sedang mencari sesuatu.
"Kenapa terbuka ni?" Aku sentuh belakang. Jungkook dapat rasa ianya terbuka.
"Err... klip dia tanggal."
"Sayang? Awak ada sorok apa-apa dari saya ke?" Pantas aku menggeleng.
"Ta.. tak. Ta..." Aku terdiam. Tangan Jungkook masuk ke dalam baju aku dan kancingkan semula bra aku. Kantoi.
"Boleh je. Tak ada apa-apa pun."
"Terbuka kut tadi."
"Hei.." kedua belah pipi aku dicekup dengan tangan. Mata aku yang basah dikucupnya lembut.
"Jom balik bilik. Tidur eah?" Aku terus angguk.
"Okey."
YOU ARE READING
[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)
Fanfic"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu tak ceraikan perempuan tu, ibu tak akan maafkan kamu sampai bila-bila!" - Mrs. Jeon - "Ibu, kenapa sekalipun ibu tak pernah faham saya?" - J...