Aku masuk ke dalam bilik selepas meminta diri dari semua orang tadi. Rasa kurang sihat, kurang rasa hendak berborak dengan semua orang.
Tapi, keriuhan rumah banglo ibu dengan suara kanak-kanak memang tidak dapat dibendung. Anak-anak saudara Jungkook, merangkap anak-anak saudara aku juga, Kim Hyejin dengan Kim Sejun. Anak kepada kakak tiri Jungkook, Jung Hyejung. Kak Hyejung seorang doktor. Suami Kak Hyejung, Kim Taehyung pula kawan Jungkook juga. Aku baru tahu tadi. Mereka sangat baik melayani aku. Tak ada satu pun riak mata sinis, atau senyuman mengejek. Tapi entah kenapa, aku rasa susah hati sangat sebab fikirkan pasal hal tadi. Hal ibu.
"Shayangg.." aku toleh sekilas ke arah pintu bilik dan kemudian aku memandang TV semula. Tak ada mood walaupun Jungkook cuba nak menceriakan aku dengan suara dan panggilan manjanya.
"Saya tengah bercakap dengan dinding ke?" Tanya Jungkook apabila dia mula rasa aku tak layan. Aku berdecit. Aku memeluk lutut, masih menonton TV tanpa mempedulikan dia.
"Sayang..."
"Hmm..."
"Kenapa?" Jungkook masuk ke dalam bilik, rapatkan pintu dan naik atas katil. Dia meniarap, menongkat dagu memandang aku. Aku masih buat tak tahu. Mood aku memang tak betul hari ni. Bukan sebab hal ibu tu je sebenarnya, tapi sebab Jungkook cakap sesuatu dekat kakak dia pasal aku. Aku dah kata, jangan pecahkan rahsia tu. Tapi dia cakap juga! Dia degil! Aku memang sakit hati sangat.
"Marah ke?" Soal Jungkook lagi. Aku diam.
"I'm talking to you, baby. Look at me." Dagu aku ditarik. Aku pandang Jungkook, tajam.
"Nak apa?"
"Marah?"
Aku mengeluh. Tak angguk, tak geleng. Tangan Jungkook aku tepis lembut dan kembali menonton TV. Tak menarik pun TV tu, tapi aku sakit hati.
"Awak dah janji dengan saya, awak tak nak bagitahu dekat sesiapa pasal saya. Tapi awak buat apa tadi? Awak bagitahu kakak awak. Apa perasaan dia kalau dia tahu saya penagih dadah?"
"Bekas."
"Sama je, Jungkook. Saya penatlah, awak. Saya stress. Semua orang tak akan faham apa yang saya rasa. Orang tahu hukum saya je. Mentang-mentang saya penagih dadah, saya lemah. Saya tak boleh nak bertahan. Saya ada hati dan perasaan juga. Macam mana saya nak pulih kalau orang dekat sekeliling saya sentiasa push saya dengan kata yang bukan-bukan pasal saya?! Untuk apa saya nak berubah kalau semua orang langsung tak sokong saya?!" Aku ternaik suara. Jungkook nampak terkejut. Dia terus betulkan duduk dan duduk depan aku. Aku kemam bibir. Lepas sedar semuanya berlalu, aku tahu sebenarnya aku dah terlepas cakap. Aku termarah suami sendiri.
Ah, bodoh Seyoung.
"Sayang cakap pasal siapa ni? Hmm?" Kedua belah pipi aku dicekup dengan tangannya. Aku berdecit. Mahu menepis, tapi dia pegang erat. Menjadikan kepala aku betul-betul dekat dengan wajahnya.
"Tak ada sesiapa. Stress je."
"Tak, awak tipu."
"Tak, saya tak tipu."
"Melawan suami?"
"Eeee!!!" Aku menolak Jungkook jauh-jauh dan bangun untuk melarikan diri. Tapi Jungkook tiba-tiba pegang lengan aku dan menjadikan aku tidak dapat meneruskan kaki aku melangkah. Aku merungut kasar.
Entahlah, rasanya sebelum ni tak adalah aku degil sangat. Tapi hari ni, aku rasa macam terganggu. Aku rasa kata-kata ibu mendorong aku untuk terus tertekan dan rasa berputus asa.
"Cakap, kenapa?" Jungkook mula tegas. Tak ada lagi suara lembut atau memujuk. Matanya juga tajam. Wajah aku dicarinya.
"Tak ada apa-apalah."
YOU ARE READING
[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)
Fanfiction"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu tak ceraikan perempuan tu, ibu tak akan maafkan kamu sampai bila-bila!" - Mrs. Jeon - "Ibu, kenapa sekalipun ibu tak pernah faham saya?" - J...