"Jangan bermain dengan hati kalau tak pandai hendak menjaga."
. _____ . _____ .
Langkah kaki Yoongi terhenti di hadapan pantri sambil memegang mug berisi air Milo apabila matanya tertumpu pada satu susuk tubuh seorang gadis tinggi lampai sedang bertekak di hadapan meja setiausaha Jungkook. Keadaan agak kecoh dan menjadi tegang apabila gadis itu mula menarik-narik rambut. Dan mulalah semua staf mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakam. Viral kononnya.
'Kurang asam kau, Jungkook. Hari ni kau kahwin, hari ni juga aku kena join contest tarik-tarik rambut dengan Hannah.' Yoongi mula melangkah, dia menayangkan wajah garang.
"Ehem, apa masalah ni?" Tanya Yoongi, belagak tenang. Suasana tegang tadi mula kendur. Masing-masing melangkah ke belakang, memberi laluan kepada bos kedua mereka yang tak pernah senyum jika berada di pejabat. Hannah menyentak tangannya dari rambut setiausaha Jungkook.
"Cik Hannah berdegil nak jumpa Tuan Jeon walaupun dia dah tahu Tuan Jeon tak masuk office hari ni." Kata setiausaha Jungkook.
"Hei! Jaga sikit mulut you ya? I cuma tanya je. You yang tak nak jawab!"
"Sudah. Hannah, come to my room now." Kata Yoongi. Tenang sahaja dia menghirup Milo. Hannah menjeling semua staf yang ada di sini.
"Semua bijak tapi tak ada otak! Baik tak payah kerja dekat sini selesaikan kes-kes orang! Bodoh!"
"Hannah, I kata masuk dalam bilik I sekarang." Ulang Yoongi dengan nada yang lebih keras dan tegas. Terasa dia. Kesian staf yang lain. Bersusah payah bekerja di JFS untuk membantunya dan Jungkook. Alih-alih, kena bodoh sebijik dari si Hannah ni. Hmm..
Yoongi masuk ke dalam biliknya. Hannah mengekor dengan langkah yang besar.
"Tell me now dekat mana Jungkook sekarang!" Hannah kuat menepuk meja sehingga terhincut bahu Yoongi. Dia menoleh memandang Hannah yang menyinga, sementara dia menahan rasa ingin tergelak tatkala memandang bulu mata palsu Hannah jatuh ke pipi. Tapi langsung si tuan punya badan perasan.
"Sit down, Hannah. Enjoy with my milo."
"I don't have time to enjoy with your stupid milo! I nak tahu dekat mana Jungkook sekarang? Semua orang cakap dia tak ada dekat office sebab outstation tapi kenapa I nampak dia dengan perempuan yang entah siapa-siapa dekat stesen minyak?! I nampak!" Pekik Hannah lantang. Yoongi yang agak terkejut mendengar penyataan itu tertelan liur. Hati dah menyumpah Jungkook.
'Kau, Jungkook.... bukan main mengata aku suruh simpan rahsia. Jangan pecah di mulut, biar pecah di perut. Ni macam perut kau yang boroi dulu ni!'
"You salah nampak kut. Dia naik kereta apa tadi?"
"Mercedez Benz dia tu."
"Ahh... bukan dialah tu! Hari ni dia pakai Audi. Merc dia ada je kat rumah." Kata Yoongi. Hentam jelah, labu! Asalkan lepas dari kurungan.
"You jangan nak tipu I eah. I kenal kereta boyfriend I!" Kata Hannah lagi. Masih tak percaya. Yoongi meletakkan mug di atas meja, dia mula mencapai fail dan duduk. Dibiarkan Hannah termangu sendirian. Bengang Hannah.
"Helo, I rasa I cakap dengan orang, bukan cakap dengan seluar dalam." Perli Hannah. Yoongi menaikkan kening. Selamba sahaja dia menyelak-nyelak fail pengurusan keluar masuk pelatih baru dalam kelas menembak.
"You tengah cakap dengan seluar dalam ke sekarang?"
"Shut the fuck up, Min Yoongi." Hannah hentak kaki kuat dan dia terus pusingkan tubuh berlalu. Yoongi punya lega... hampir tercekik darah dia tadi. Telefon bimbit yang sedang dicas terus dicabut piusnya. Nombor Jungkook di dail. Sedia nak lepaskan lahar macam Hannah lepaskan untuknya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)
Fanfiction"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu tak ceraikan perempuan tu, ibu tak akan maafkan kamu sampai bila-bila!" - Mrs. Jeon - "Ibu, kenapa sekalipun ibu tak pernah faham saya?" - J...