Aku ke hospital menaiki sebuah kereta yang telah ditugaskan oleh Jungkook untuk menjemput aku di rumah. Mula-mula aku macam takut juga sama ada nak naik atau tidak. Tapi bila yang keluar kereta tadi macam aku pernah nampak, jadi aku terus bertanya.
"Anak buah Jungkook eah?" Dan lelaki tu jawab, ya. Kacak. Aku tak nafikan. Minta maaf, suami. Kim Taeyong memang kacak. Tak boleh nak sangkal lagi dah.
"Puan," aku terus angkat kepala dan toleh ke arah Taeyong.
"Ya?"
"Saya baru dapat panggilan kecemasan dari team saya. Jadi saya tinggalkan puan dekat lobi, dalam satu jam lepas tu saya datang balik." Kata Taeyong. Tergesa sikit tingkah lakunya. Aku serba salah.
"Emm.. awak kalau nak balik, baliklah terus. Saya balik nanti naik Grab."
"Eh.. tak boleh macam tu, puan. Saya kena ikut arahan tuan."
"Tak apa. Nanti saya cakaplah dekat dia. Okey?" Pujuk aku. Aku nampak Taeyong agak serba salah. Jadi aku pujuk lagi sampailah dia bersetuju. Aku lambaikan tangan ke arahnya sebelum menghantar kenderaan itu melalui mata.
Dan aku bebas bergerak selepas ini. Ke mana sahaja tanpa diperhati. Bukannya apa, aku rasa rimas kalau ada orang yang ikut dekat belakang. Aku lebih selesa bergerak bersendirian. Bebas.
"Selamat datang, Mrs. Jeon." Segan. Aku cuma mampu melemparkan senyuman kepada beberapa orang jururawat dan doktor yang menegur. Menurut mereka, pernah sekali Jungkook hantar anak-anak buahnya ke hospital ini untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan bagi membantu pesakit kanser. Selepas itu Jungkook terus diiktiraf satu hospital. Agak bangga jugalah.
Aku duduk di tempat menunggu selepas menghantar kad laporan di tempat yang telah disediakan di kaunter. Aku buka telefon dan bergosip sekejap dengan laman-laman sosial. Bukan aku, tapi aku cuma menumpang baca sahaja. Jungkook pun tak berapa suka kalau aku baca benda-benda macam ni. Dia kata..
"Daripada awak sibuk-sibukkan diri dengan hal luar, baik awak sibukkan diri dengan hal suami awak yang tak pernah habis ni."
Dasar, Jungkook!
"Mrs. Jeon Seyoung." Aku bangun dan ke kaunter.
"Ya?"
"Bilik nombor 2 ya? Doktor Kang akan masuk sekejap lagi." Kata jururawat tersebut. Aku mengangguk dan pergi ke bilik tersebut sambil membawa kad laporan ibu mengandung berwarna merah jambu ini. Aku duduk di atas kerusi berdekatan dengan meja doktor.
Sekejap lagi doktor yang periksa aku akan tiba. Jadi terpaksalah aku tunggu lagi. Lebih kurang 2 minit selepas itu, aku terdengar pintu bilik dipulas. Aku menoleh.
"Seyoung?"
"Daniel ke?"
Aku dan Daniel terdiam sekejap di tempat masing-masing sebelum Daniel mengoyakkan senyumannya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)
Fiksi Penggemar"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu tak ceraikan perempuan tu, ibu tak akan maafkan kamu sampai bila-bila!" - Mrs. Jeon - "Ibu, kenapa sekalipun ibu tak pernah faham saya?" - J...