Puan Jeon dan Hye Jung sama-sama duduk bersantai di ruang tamu rumah bersama anak-anak Hye Jung sementara menunggu Taehyung yang sedang bersiap-siap untuk ke universiti dan pergi ke tempat kerja masing-masing.
"Sayang, jangan tindih kakak." Tegur Hye Jung apabila anak lelakinya bersungguh-sungguh mahu menindih si kakak yang sedang meniarap untuk melelapkan mata. Hyejin tidak tidur semalaman kerana selesama. Hidup tersumbat.
"Teruk sangat demam Hyejin ni, Jung."
"Dia okey je, bu. Biasalah, demam selesamakan." Kata Hye Jung tanpa risau. Dia seorang doktor, jadi dia tahu bagaimana keadaan anak sulungnya itu. Mereka berborak kosong, sehinggalah Taehyung turun dari tingkat atas rumah ini. Kemas berkemeja.
"Dah, yang? Jom." Soal Taehyung sebelum dia mengangkat tubuh Hyejin yang berusia 3 tahun lebih ini. Merengek-rengek Sejun. Papanya merampas si kakak yang baru hendak dibuli.
"Dah. Okeylah ibu, saya balik dulu. Jaga diri tau." Pesan Hye Jung. Dipeluk tubuh ibu kandungnya ini sebelum mendukung Sejun. Taehyung turut berbuat sama dan mereka sama-sama beredar ke pintu besar.
"Hati-hati bawa kereta tu, Tae."
"Ya, ibu." Taehyung senyum. Perlahan-lahan diletakkan si anak di carseat bayi. Sejun pun sama. Bersebelahan dengan si kakak.
"Pergi dulu, bu."
"Ya." Puan Jeon melambai anak perempuan dan menantunya. Hilang sahaja kereta Hyundai Tucson itu pada pandangan matanya, Puan Jeon hendak menutup pintu. Tetapi, muncul pula sebuah lagi kereta Audi TT RS berwarna hitam mati masuk ke perkarangan rumah. Berkerut dahi Puan Jeon.
"Jungkook?" Naik kening Puan Jeon dibuatnya apabila anak lelaki tirinya ini muncul dari kereta tersebut. Hairan dia. Pagi-pagi begini, Jungkook datang ke rumah tanpa Seyoung. Dia tercari juga. Dia tidak membenci, tetapi dia cuma belum boleh menerima kenyataan.
"We need to talk, ibu. Masuk." Kata Jungkook, tegas. Puan Jeon menganga.
"Hei, what's wrong with you, son? What happened?"
"You asking me what after what have you done, ibu? Are you kidding me right now?" Tanya Jungkook. Tak terbuka lagi kasut Jungkook hendak melangkah masuk. Puan Jeon kebingungan. Melihat riak wajah tertekan Jungkook, dan sedikit pucat dan tak bermaya, Puan Jeon yakin, pasti ada sesuatu yang terjadi. Dibesarkan anak ini lebih 10 tahun selepas meninggalnya ayah dan ibu kandungnya. Tipulah kalau dia tidak tahu apa-apa langsung tentang Jungkook.
"Masuk dulu. Kita bincang dekat dalam." Kata Puan Jeon. Jungkook masuk dan terus duduk di ruang tamu.
"Okey, apa dia?"
"Ibu berlakon baik depan Seyoung je ke selama ni?"
Puan Jeon terdiam. Nama Seyoung disebut. Dia mula faham.
"Tak, ibu tak berlakon. Ibu tak jahat pun sampai nak kena hipokrit. Ibu cuma cakap apa yang betul je dengan dia."
"Ibu cakap apa? Ibu nak kami bercerai? Macam tu?"
"Itu yang terbaik, sayang."
"No!" Naik suara Jungkook. Hampir sahaja dia menaikkan suaranya ke tahap tinggi. Tetapi ini sudah cukup tinggi kerana bahu ibunya terhincut tanda terkejut. Puan Jeon terkebil-kebil dengan mata membulat.
"Kamu tinggikan suara dengan ibu ni, Jungkook. Disebbakan Seyoung."
"Dia isteri saya! Disebabkan ibu cakap macam tu dekat dia, dia dah tak pedulikan saya lagi. Saya bergaduh dengan dia sebab ibu tahu tak?" Kata Jungkook. Puan Jeon mengeluh. Dahi yang mula berdenyut dipicit lembut.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)
Fanfiction"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu tak ceraikan perempuan tu, ibu tak akan maafkan kamu sampai bila-bila!" - Mrs. Jeon - "Ibu, kenapa sekalipun ibu tak pernah faham saya?" - J...