【Bab 27】

4.1K 476 21
                                    

Aku berjalan pulang bersendirian setelah selesai makan tadi. Dan selesai mendengar hal yang sebenar dari mulut Yoongi. Aku terkejut dengan semua yang dia ceritakan.

Tentang sebab Yoongi terpaksa menjadi orang suruhan ibu. Tentang kisah silamnya ketika muda dulu, dan tentang cintanya terhadap Hannah sehingga sanggup mahu memasang niat untuk meletakkan dadah di dalam minuman aku ketika dia datang beberapa hari yang lalu. Aku sangat terkejut. Kenapalah aku boleh terlibat dalam semua hal ni. Sangat.. membebankan kepala kau untuk berfikir.

Yoongi tak salah. Dia mangsa keadaan. Entahlah. Aku tak tahu.

"Dah sampai, puan." Aku kaget. Grab dah berhenti, tapi aku tak keluar-keluar.

"Err.. maaf. Saya.. tak perasan." Aku keluarkan duit. Aku hulur kepadanya sebelum mengucapkan terima kasih dan keluar. Pintu pagar aku buka menggunakan telefon bimbit yang sudah pun tersedia untuk memudahkan aku membukanya. Dari jauh lagi aku dah nampak kereta Audi Jungkook terpakir elok di tempatnya. Aku menarik nafas panjang. Tak sedar sebenarnya dah pukul 7 malam. Lama juga aku keluar. 

Aku tanggalkan kasut dan tolak pintu untuk masuk. Tapi, pintu tu dah terbuka dulu. Jungkook terpacak berdiri depan aku. Wajahnya tegang, aku cuba nak melepasi tubuhnya, tetapi dia pegang lengan aku. Erat.

"Pergi mana?" Soalnya, mendatar. 

"Keluar."

"Kenapa tak bagitahu?" Aku mengeluh. Aku tolak tangannya yang mencengkam tangan aku dengan sabar dan lembut.

"Kalau saya bagitahu, awak peduli ke? Membazir masa saya." Aku terus berjalan masuk ke dalam. Jungkook hempas pintu kuat. Aku tahan rasa hati. Takut, tapi aku buat-buat tak tahu dan tenang. Aku tak nak menangis depan Jungkook. Aku tak nak nampak lemah depan mata dia. 

"Kita belum habis cakap lagi, Seyoung."

"Awak nak apa lagi? Tak cukup ke apa yang kita dah buat selama ni?"

"Kita buat apa? Hmm? Apa yang kita buat?" Meluru lelaki ini menapak mendapatkan aku. Kedua belah bahu aku dicengkam kuat. Aku tahan rasa tidak selesa. Erat sangat. Sampai aku rasa sakit.

"Awak menyesal kahwin dengan saya ke, Seyoung?" Soal Jungkook, perlahan namun tegas. Bisa pada telinga aku.

"Saya tak pernah cakap pun yang saya menyesal kahwin dengan awak. Tapi saya nak awak tahu, kalau awak tak lepaskan saya dari sekarang, awak yang akan menyesal."

"Apa yang awak cakap ni? Kenapa nak sangat berpisah dengan saya?" Soal Jungkook. Dia menggoncang tubuh aku. Aku pejamkan mata dan menunduk. Kuat ke aku nak cakap semua ni?

"Awak ada ibu yang sayangkan awak, Jungkook. Tolonglah jangan kecewakan dia. Ikut je apa yang dia cakap, termasuklah kalau dia nak kita buat haluan masing-masing." Kata aku. Jungkook mengeluh berat. Terlepas tangannya dari bahu aku. Aku memeluk tubuh. Cuba tenang, cuba sabar dan tahan mata yang terasa kabur. 

"Dia tak faham awak."

"Dia tak faham keadaan saya, tapi dia faham awak, Jungkook. Dia ada naluri seorang ibu. Dia tahu apa yang akan jadi dekat awak. Kalau kita terus bersama..." aku sentuh dahi apabila terasa mata aku tiba-tiba berpinar. 

"Kalau kita...." aku cuba sambung apa yang aku nak cakap. Tapi kepala aku terlalu pusing sehingga terpaksa menampung tubuh pada Jungkook.

"Seyoung? Awak kenapa?" Soalnya. Aku pejamkan mata dan buka. Berkali-kali aku buat benda yang sama untuk menghilangkan rasa pinar. Sampai sakit kepala aku.

"Kepala saya.. pening." Aku cuba lepaskan tangan Jungkook dari tubuh aku. Tapi aku rasa makin aku nak jalan larikan diri naik atas, makin aku rasa pening. 

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now