Aku dengan Jungkook berada di rumah setelah bersetuju untuk pulang ke sana selepas sahaja selesai bercuti di Jeju. Jungkook pula terpaksa pergi ke pejabatnya lepas hantar aku ke rumah ibu. Jadi untuk hari ini, aku di rumah ibu bersendirian.
"Ibu," aku menyapa ibu. Dia sedang berborak dengan pembantu rumah. Nampak mesra.
"Ya?" Ibu mengangkat kepala. Kemudian dia senyum. Aku membalas senyuman itu dan duduk di kerusi berhadapan dengan ibu.
"Ibu buat apa?"
"Ibu nak masak sikit. Kejap lagi, kakak ipar kamu datang. Dengan anak-anak dia." Kata ibu. Aku terus terdiam sekejap, merenung wajah ibu dengan mata terkerdip sekali.
"Jungkook ada kakak?"
"Tiri. Satu-satunya anak perempuan ibu." Kata ibu. Aku terus tersenyum dan mengangguk-angguk. Setahu aku, Jungkook anak tunggal. Jadi agak menghairankan jugalah kalau tiba-tiba ada kakak. Kakak tiri rupa-rupanya.
"So, ibu nak saya tolong apa-apa ke?" Tanya aku. Ibu cuma menggeleng. Dia bangun dari kerusi dan tiba-tiba sahaja dia menarik tangan aku. Aku agak kebingungan. Tetapi mengikut sahaja langkah kaki ibu ke ruang tamu.
"Ibu ada nak cakap sesuatu ni." Kata ibu. Aku terus diam. Serius. Berdebar pun ada. Walaupun cara ibu bercakap sangat lembut, tapi dari pandangan matanya, ada sesuatu yang tersirat. Seperti ada sesuatu yang hendak diluahkan, tetapi tidak terluah.
"Cakap pasal apa?" Aku duduk, ibu pun duduk. Tangannya menyentuh tangan aku. Kemudian dia tersenyum, sinis sikit.
"Betul ke kamu dengan Jungkook kahwin sebab cinta?" Soal ibu. Tergamam aku. Aku kemam bibir.
"Ya. Kenapa ibu tanya?"
"Tak sampai beberapa bulan, takkan terus rasa sayang? Mustahil, kan? Ke.. ada sebab-sebab lain?" Tanya ibu lagi. Aku mengecilkan mata. Tekak aku terus rasa macam berpasir. Kesat, pahit, perit.
"Saya cintakan Jungkook, ibu."
"Ibu tak tanya pun kamu cintakan dia ke tidak. Ibu cuma nak tahu, macam mana kamu dengan dia boleh berkahwin dalam masa yang cepat? Senyap-senyap pula tu. Mesti ada sesuatu, kan?" Soal ibu. Aku mula rasa suasana yang tidak sedap. Macam ibu tahu sesuatu yang selama ini aku simpan dengan rapi.
"Ibu..."
"Seyoung, ibu paling benci orang yang menipu.. dan orang yang merosakkan tubuh badan sendiri dengan benda-benda yang macam tu. Terutamanya... dadah." Aku terus terdiam dan terkedu. Satu patah perkataan pun aku tak bercakap atau keluarkan. Apa yang aku pandang adalah.. ibu. Dia sedang beriak tenang, tetapi wajahnya cukup membunuh jiwa aku.
Ibu dah tahu.
"Jangan ingat kamu simpan rahsia ni, ibu tak tahu tau? Ibu tahu. Kesian anak ibu, dapat isteri penagih dadah."
"Ibu, saya dah berhenti."
"Dah berhenti? Jadi ini apa?" Aku terus mengetap gigi kuat ketika tangan ibu mengeluarkan satu bekas kecili yang terdapat beberapa jenis pil berwarna di dalamnya. Aku betul-betul terkejut sekarang. Aku.. aku pernah nampak bekas ni. Ini memang dadah.
"Mana ibu dapat benda ni? Saya... saya dah berhenti. Sumpah." Aku mengangkat tangan, tanda aku bersumpah atas segala pengakuan aku.
"Ibu jumpa dalam kereta Jungkook." Aku mengetap gigi. Aku menunduk dan menyumpah diri sendiri semula. Kenapalah aku bodoh sangat? Ini mesti dadah lama dulu. Tengok sahaja bekasnya, nampak sangat buruk dan lama.
"Ibu bagi kamu dua pilihan." Kepala aku terus terangkat. Aku memandang ibu dengan hati yang berdebar.
"Pilihan apa?"
YOU ARE READING
[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)
Fanfiction"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu tak ceraikan perempuan tu, ibu tak akan maafkan kamu sampai bila-bila!" - Mrs. Jeon - "Ibu, kenapa sekalipun ibu tak pernah faham saya?" - J...