【Bab 4】

5.2K 618 17
                                    


"Aku lebih tahu siapa aku bila kita bersama."

. _____ . _____ .

Aku tersedar dari tidur apabila terpandang pintu wad terbuka. Tangan aku masih bergari, aku masih belum keluar dari hospital. Hari ini adalah hari yang ketiga. Lelaki itu pulang malam dua malam semalam. Dan aku agak tercari-cari di mana keberadaannya kerana aku mahu bebas dari cengkaman doktor yang tidak habis-habis memandang aku dengan mata tajam mereka.

Jururawat turut sama. Menyentuh aku bagai hendak tidak hendak hanya kerana aku sukakan 'ubat' sendiri. Tetapi kini, aku rasa kurang risau. Jungkook sudah berada di hadapan mata.

"Selamat pagi. Tidur lena?" Soalnya. Dia datang dekat, membuka gari pada kedua belah tangan aku. Aku bebas.

"Hmm.. bolehlah." Jawab aku. Jungkook duduk di kerusi sebelah. Dia memandang aku.

"Awak dah boleh discharge. Tapi awak kena disoal siasat dulu. Ambil keputusan darah dan air kencing masa mula-mula dulu." Kata Jungkook. Aku mengangguk akur. Dah tahu. 

"Awak..." aku mula memanggil. Jungkook angkat kepala.

"Hmm?"

"Saya boleh pulih ke?" Soal aku. Sejujurnya, aku tak yakin aku akan pulih daripada terus gian dengan dadah. Aku menagih dadah jenis heroin. Aku tak yakin ianya boleh sembuh walaupun aku tak suntik, kerana aku sekadar hidu sahaja. Itu pun sangat menyenangkan dan bahagia. 

"Boleh. Awak akan pulih. Kena yakin dalam diri awak, yang awak boleh jadi wanita lain." Kata Jungkook. Sangat bersemangat mahu aku pulih. Tapi aku?

"Tapi saya tak ada sesiapa. Sebatang kara." 

"Saya ada."

Aku memandang Jungkook. Dia tersenyum, manis. Tanpa sedar, aku turut tersenyum. Entahlah, aura lelaki ini seperti memberi semangat untuk aku.

"Kita tak kenal. Kita tak ada kaitan." Kata aku sebelum aku menguap. Betul, aku dan dia memang tidak ada kait-mengait. Dia adalah CEO JFS, aku pula mangsa serbuannya. 

"Kalau tak kenal, kita boleh kenal. Kan?" Aku mengerutkan dahi. Mata yang berair, aku seka dengan hujung jari. Jungkook perhatikan aku sahaja dari tadi. Aku tahu, mungkin dia pelik tengok aku. 

"Hmm... sekejap ya." Aku bersin. Berkali-kali. Dan kemudian aku menguap dan mata berair. Aku batuk. Lengan aku yang terdedah aku usap-usap banyak kali. Meremang.

"Hei, kenapa ni?" Jungkook bangun dari kerusi, dia mendekati aku. 

"Tak ada apa-apa. Biasalah, tak dapat 'ubat'." Kata aku selamba. Aku memang macam ni bila tak dapat dadah. Rasa semua tak kena. Perut aku banyak kali dah memulas. Tapi aku malas nak ke tandas. Tulang belakang aku pun rasa geli-geli. Entahlah. Teruk sangat kesannya. Sampaikan aku sendiri rasa tak tahan kadang-kala.

"Boleh tahan ke?" Soal Jungkook tiba-tiba. Aku memandang lelaki ini dengan hairan.

"Kalau saya cakap tak boleh, awak boleh dapatkan ke heroine untuk saya?" Terus terang aku menyoal semula. Jungkook nampak terdiam. Aku ketawa. Masih menggosok lengan yang tak henti meremang. Aku kembali menguap. Berair mata aku. Sehingga boleh mengalir ke pipi.

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now