【Bab 44】

4.5K 491 47
                                    

Tenang.

Khayal.

Itu yang aku rasa sekarang ini. Entah apa yang terjadi kepada aku, aku tak tahu. Tapi keadaan aku jadi begini sudah dua minggu. Bermakna, aku telah tercepuh semula di dunia dadah selama dua minggu. Setiap hari aku akan ambil kapsul heroin dos rendah. Gadis hari tu yang hulurkan. Aku jadikan bilik aku dan Jungkook sebagai sarang aku bergulit dengan dadah.

Hanya kerana rasa tewas, aku jadi tewas dalam semua perkara. Entah apa yang jadi dekat anak aku, aku tak tahu. Berkali-kali aku terima panggilan dari Jungkook. Tapi aku tak jawab. Berpuluh kali aku terima kunjungan dari Daniel. Tapi aku biarkan. Malam aku tak hidupkan lampu. Hanya lampu bilik yang menyala. Mandi tak menentu.

Senang kata, aku memang kotor sekarang.

Aku bangkit dari tepi ceruk dinding perlahan-lahan. Aku sentuh perut yang sudah membuncit sedikit. Lama dah tak rasa bergerak. Tiba-tiba aku teringatkan tentang ubat gugur tu. Sebenarnya aku tak tahulah kenapa aku beli. Buat persediaan. Sebab aku tak nak ada sesuatu yang berkait dengan Jungkook kalau suatu hari nanti aku dan dia ditakdirkan berpisah.

Aku ke laci meja solek. Aku keluarkan botol kaca. Di dalamnya, ada tiga biji pil gugur. Entah kenapa, aku rasa terlalu berselera melihat pil tersebut. Dan dalam keadaan tanpa sedar, tiga biji pil gugur itu aku telan sekaligus.

- - - - - - -

"Cakap dengan saya, mana isteri saya ibu?!" Melantang suara Jungkook tatkala ini. Kembang kempia hidungnya menahan amarah yang menggila di dada. Yoongi tidak mahu ikut campur. Urusannya di China sudah selesai, hari ini juga dia dan Jungkook pulang kerana keadaan Seyoung yang hilang tanpa jejak.

"Eh, manalah ibu tahu. Dahlah, Jungkook. Dia sendiri dah tinggalkan kamu. Buat apa kamu nak cari dia lagi?" Jawab Puan Jeon bersahaja sambil menyediakan makan malam dengan tenang.

Mata Jungkook terus berkaca-kaca. Bibirnya bergetar, telinganya mula memerah. Bermakna dia sedang dilanda emosi yang tak tentu arah. Hatinya berkali-kali menidakkan pemergiaan Seyoung adalah kerana gadis itu tewas. Dia tahu pasti ibunya ada melakukan sesuatu sehingga isterinya itu rasa terganggu emosi. Dulu pun begitu.

"Dia isteri saya. Dia mengandungkan anak saya. Tolonglah, ibu. Berapa banyak kali saya nak bagitahu yang saya sayangkan dia?"

"Kalau betul itu anak kamu, dia tak akan larilah. Dia tak akan tinggalkan kamu. Sekarang ni dia lari. Dia.."

"Dia lari sebab ibu provok dia, kan?"

Puan Jeon terdiam. Tangannya menghempas alas pinggan di atas meja panjang ini.

"Sebab ibu ganggu emosi dia, kan?! Ibu tak siasat, ibu tak ada bukti, terus tuduh dia ambil dadah!"

"Kalau bukan sebab dia dulu penagih dadah, ibu tak akan tuduh dia melulu! Dari dulu lagi ibu dah rasa tak sedap hati. Menipu sangat kalau sekali je lepas tu terus tak ambil dadah lagi!" Bentak Puan Jeon semula. Jungkook betul-betul rasa tercabar. Dia tersenyum sinis dan ketawa.

"Okey. Ibu kata macam tu, kan? Sekarang ni ikut saya. Saya yakin Seyoung dekat rumah saya sekarang. Ibu ikut, saya nak buktikan yang isteri saya tak ambil dadah!"

- - - - - - - -

"Argh.. sakit." Terduduk aku di atas lantai setelah beberapa minit aku terlelap tadi kerana mengantuk yang melampau. Perutku mencucuk, bahagian bawah terasa seperti dicucuk. Ngilu dan perit. Bergabung sehinggakan aku terasa seperti mahu pengsan.

"Tol.. tolong.. arghhh..." aku menangis kekalahan. Aku rasa ubat itu mula memberikan kesan ke atas tubuh aku.

Anak aku.

[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now