Aku menggaru kepala yang tidak gatal bila dengar Jungkook 'uwek-uwek' dalam tandas. Aku dah buntu. Tak tahu dah nak cakap macam mana lagi bila ini dah kali kelima dia masuk tandas, muntah, dan kemudian keluar terbongkok-bongkok. Habis berpeluh satu badan. Aku tahu, mungkin ini disebabkan hormon tubuhnya yang berubah atau lebih mudah disebut sebagai 'pembawakan anak'. Dulu, aku tak percaya pun benda ni semua. Tapi kali ni, aku percaya dan aku bersyukur Jungkook yang penat berjalan untuk muntah. Bukannya aku.
"Nak mati." Aku besar mata melihat Jungkook keluar tandas dalam keadaan terhuyung-hayang dan menghempaskan tubuhnya atas katil.
"Saya suruh awak pergi klinik, awak tak nak."
"Tak nak..."
"Jungkook..." aku merangkak mendekatinya di hujung katil. Aku duduk bersimpuh, angkat kepala Jungkook dan letakkan atas riba. Wajahnya yang basah dengan air aku usap perlahan.
"Sakit dekat mana?" Tanya aku. Jungkook tarik tangan aku dan letak atas dada kirinya.
"Sini."
"Sini?" Aku kerut dahi. Jungkook celikkan mata dan sengih.
"Sakit jatuh cinta." Dan dia kemudian gelak. Tak sampai beberapa saat, dia bangun semula dari perbaringan dan berlari ke tandas.
Uwek lagi.
Aku ketawa sambil menggeleng kecil. Konon nak buat aku meleleh dengan kata-kata manisnya. Tapi dia yang pengsan dulu. Tak betah rasanya nak biarkan Jungkook sorang-sorang, jadi aku bangun, masuk ke dalam dan mendapatkan dia yang sudah pun meletakkan kepala atas sinki beralaskan lengan.
"Saya panggil Jin suruh check awak, eah?" Aku minta persetujuan dia. Tapi apa yang aku dapat, hanyalah jelingan. Maknanya dia tak nak aku panggil sesiapa.
"Jin tu gatal dengan awak."
"Jungkook, awak dah sakit-sakit macam ni pun masih nak cemburu lagi ke? Dia kawan saya jelah. Saya kawan dia. Awak pun kawan dia. Jadi apa masalahnya?" Soal aku. Tak faham apa yang Jungkook fikirkan sebenarnya tentang aku dan Dr. Jin. Padahal dia yang kenalkan aku dengan Dr. Jin dulu.
Jungkook buat tak tahu, dia terus keluar dari tandas sambil memegang perutnya yang agak sakit kerana terlalu banyak muntah. Aku mengeluh dan ikut langkah kakinya keluar tandas. Jungkook sudah berselimut. Dan aku mengeluh lagi.
"Agaknya macam ni ke kalau lelaki beremosi macam perempuan?"
"Mengumpat?" Aku terkejut. Jungkook jengah sikit dari bawah selimut, dia sedang merenung aku dengan pandangan tajam matanya. Aku senyum, dan mendekati Jungkook. Dia tengah panas, aku tak bolehlah jadi petrol. Terbakar bilik ni nanti.
"Taklah. Mana ada mengumpat."
"Tolong urut kepala. Sakit." Pintanya. Aku terus tarik sila dan duduk seiring dengan kepala Jungkook. Minyak aroma terapi berbau oren aku capai di atas kabinet lampu. Kemudian aku letakkan sikit di sisi dahi Jungkook. Dia masih pejamkan mata. Perlahan-lahan aku urutkan kepalanya yang pasti berdenyut teruk.
"Saya minta maaf." Kata aku. Jungkook kerutkan dahi. Dia macam tak boleh terima dengan ucapan maaf aku.
"Minta maaf sebab apa?"
"Sebab sayalah awak sakit. Kalau saya tak... pregnant. Awak tak sakit. Kan?"
"Okey then sampai bila-bila kita berdua je? Tak upgrade?" Balas Jungkook dengan mata yang masih terpejam. Aku sengih mendengarnya membebel.
"Banyak cakaplah awak ni. Macam bawang." Kata aku, berbisik.
"Bawang salah apa, sayang? Semua bawang. Tahu tak, tanpa bawang, makanan kurang sedap. Macam tu lah dengan kita. Tanpa awak, langkah kaki saya pincang." Aku terus tersenyum lebar dam berhenti mengurut dahi Jungkook.
"Sakit-sakit pun masih juga nak bermanis-manis." Kata aku. Jungkook angkat-angkat kening. Dia mengangkat kepalanya dan tak semena-mena, kepalanya mendarat di atas riba aku. Aku hanya biarkan.
"Sayang..."
"Hmm?"
"Bulan depan, saya kena pergi ke China. Nak melatih pelatih baru dekat sana, sebelum saya bawa ke sini untuk masuk dalam team JFS." Kata Jungkook. Terus kepala aku menunduk memandang Jungkook.
"Berapa lama?"
"Dua bulan." Katanya. Terus berubah muka aku.
"Lamanya..."
"Ya. Mula-mula, ingatkan nak bawa awak sekali. Tapi nanti awak bosan, tak ada kawan. Saya bukannya duduk diam. Kadang-kadang tidur dekat unit, tak balik hotel pun. Jadi, awak duduk dengan ibu eah? Dua bulan je. Lepas dua bulan, saya balik lagi. Dan masa tu, baby kita dah... tiga bulan." Kata Jungkook sambil tersenyum. Aku tak tahu nak bagi reaksi bagaimana. Serabut.
"Emm.. awak, kalau saya stay dekat rumah je tak boleh ke? Tak payah pindah-pindah. Saya tahu jaga diri." Kata aku. Jungkook pantas duduk dengan mata yang terkedip kepeningan. Aku sentuh lengan Jungkook, bersedia kalau-kalau dia terjatuh.
"Tak bolehlah macam tu. At least ada orang yang tengok-tengokkan awak."
"Saya balik sesekali jelah. Tak susahkan ibu awak untuk jaga saya."
"Seyoung."
Aku mengeluh dan menunduk. Jungkook usap rambut aku perlahan-lahan.
"Boleh eah, sayang?" Pujuknya lagi. Aku tiada pilihan melainkan akur sahaja dengan arahan Jungkook. Dia kembali baring. Matanya terpejam lagi. Tak sampai beberapa minit, Jungkook mula berdengkur kecil. Tidur.
Aku mengeluh lagi dan lagi. Entah kenapa, menanti saat yang akan tiba itu nanti sangat mencabar bagi aku. Macam mana aku nak hadap ibu nanti? Dua bulan pula tu. Macam mana kalau aku tak boleh? Macam mana kalau aku... tertekan?
Jungkook macam buat-buat tak tahu je yang aku dengan ibu tak sebulu sejak semua perkara itu terbongkar. Dia makin nak aku duduk selama dua bulan dengan ibu dia. Aku tak nak bersangka buruk, tapi kalau orang kata dah tak suka, tapi aku datang lagi tunjuk muka, perasaan tu boleh bertukar benci. Aku tak nak ibu bencikan aku.
Itu sangat menyakitkan.
**********
Hannah membolosi ruangan kaunter janji temu di JFS dengan mudah. Dia masuk ke dalam lif dan terus punat ditekan untuk menuju ke ruang tingkat pejabat rasmi Jungkook. Dia tidak boleh duduk diam. Dia perlu berjumpa dengan Yoongi. Lelaki itu sangat menguji kesabarannya.
Lif terbuka, Hannah laju melangkah ke pintu bilik Yoongi.
"Maaf, Cik Hannah, Tuan Min sedang mesyuarat."
"Do I care?" Hannah menolak tubuh setiausaha Yoongi dan tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang, dia memulas tombol pintu bilik Yoongi dengan kuat.
"Yoongi! We need to talk!" Pekik Hannah lantang.
"Tuan Min, saya dah halang tapi..."
"It's okay. Let her here." Kata Yoongi. Keadaan menjadi kekok. Hannah memeluk tubuh sambil memerhatikan beberapa orang lelaki sedang berkumpul di set sofa. Semua memandangnya. Termasuklah Yoongi.
"Emm... Hannah. Aku tengah mesyuarat ni. Boleh kau tunggu?" Soal Yoongi seraya bangun, mendekati Hannah yang tetap memeluk tubuh di hadapan pintu biliknya. Matanya tajam memandang lelaki-lelaki itu dengan perasaan yang sebal. Gila, berita ini tersebar luas. Jelas terpampang wajahnya di serata akhbar dan media sosial. Semua itu disebabkan lelaki ini!
"Aku nak cakap dengan kau sekarang. Halau semua ni." Kata Hannah. Yoongi pejamkan mata rapat.
"Tak boleh, Hannah. Ini penting."
"Okey kalau macam tu aku.."
"Okey, okey." Yoongi mengalah. Berat hatinya mahu menamatkan mesyuarat yang baru dimulakan beberapa minit tadi. Tapi demi Hannah, dia sanggup.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Never Let You Go 너를 놓아주지 마라 (Jungkook BTS)
Fanfiction"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu tak ceraikan perempuan tu, ibu tak akan maafkan kamu sampai bila-bila!" - Mrs. Jeon - "Ibu, kenapa sekalipun ibu tak pernah faham saya?" - J...