"Tengku Naufal Xander Bin Tengku Nazmi Xander." Tengku Adam menyebutnya.
"Saya." jawab Naufal.
"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Tengku Diana Aurora Binti Tengku Adam berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 tunai." lafaz papaku, Adam.
"Aku terima nikahnya Tengku Diana Aurora Binti Tengku Adam dengan mas kahwinnya RM1000 tunai." jawab Naufal.
"Sah".
"Sah."
"Sah."
Dengan sekali lafaz aku sudah sah menjadi isteri kepada Naufal iaitu lelaki yang aku kenali lima bulan yang lepas.
"Alhamdulillah." desis hatiku.
Aku lihat Naufal bangun untuk menunaikan solat dan aku hanya melihatnya. Terlalu lama aku melihat tanpa aku sedar dia sudah selesai dan berada dihadapanku.
"Princess, hulurkan tangan kamu sayang." tegur mamaku, Tengku Maya Aurora.
Aku tersentak dan pipiku mula merah disebabkan aku terlalu khusyuk termenung sampai tidak sedar dengan kehadiran suami didepan mata. Naufal hanya tersenyum simpul melihat gelagatku. Aku menghulurkan tangan dan dia menyarungkan ke jari manisku. Aku kemudiannya mengambil cincin dan menyarungkan ke jarinya. Setelah itu aku menyalaminya dan dia mengucup dahiku. Majlis berlangsung dengan meriah walaupun kecil-kecilan. Rakan-rakanku turut hadir dan tak lupa sahabat aku sejak kecil turut aku undang walaupun aku selalu berjumpa setelah berpindah ketika darjah lima dulu.
"Aurora!" Aku dengar orang memanggilku pada saat aku berbual dengan rakan dari sekolahku yang sekarang. Aku berpaling dan melihat sahabat yang aku rindukan.
"Lisya, Liya, Fera, Fiya, Mas, aku rindu korang. Ingat korang tak datang tadi." kata Aurora pada sahabatnya yang baru tiba seraya memeluk mereka erat.
"Hish, mana boleh tak datang, kan kitaorang dah janji. Mesti kitaorang datang punya by hook or by crook. Hihihi." balas Fiya diikuti dengan anggukan dari yang lain.
"Hah, korang aku nak kenalkan, ni Tengku Melissa Sofia dan sebelah dia pula Tengku Wahidah Yusra, kawan aku dari sekolah sekarang." Aurora perkenalkan kawan-kawannya.
"Selamat berkenalan. Harap kita dapat jadi kawan." kata Lisya pada mereka.
"Mestilah. Ana selalu cerita pasal korang dan hari ni dapat juga kami jumpa korang." balas Yusra sambil tersenyum manis.
"Hihihi. Mesti dia banyak kutuk kitaorang kan?" tanya Fera sambil melirik pada Aurora.
"A'ah memang pun." selamba Aurora balas. Mereka belima merenung Aurora tajam.
"Hahaha. Tak adalah. Yang baik-baik je lah dia cerita. Tak ada kutuk pun." balas Lisa pula. Mereka pun berbual dan berborak mesra. Lisa dan Yusra sudah mula selesa dengan TG.
"Eh! Aku dah lama sampai tapi aku tak nampak pun laki kau. Tak nak kenalkan dengan kitaorang ke?" tanya Fiya.
"A'ahlah. Baru perasan. Mana laki kau babe?" tanya Lisya.
"Ye tak ye juga ea. Jap aku cari dia." kata Aurora sambil bangun untuk mencari suaminya.
Sementara berdekatan Naufal pula terkejut dengan jeritan tadi. Mereka cuba melihat gerangan yang memanggil pengantin perempuan tadi tapi tidak nampak dengan jelas wajah mereka.
"Aduh, pontianak mana yang menjerit panggil bini kau wei?" tanya Farhan.
"Manalah aku tahu. Kawan dia kut." jawab Naufal selamba.
"Ramai juga ea kawan dia yang tahu." kata Alwaz.
"Tahlah. Yang aku kenal yang datang tu dua orang je. Yang ni tak tahu pula." jawab Naufal.
"Aduhai.. Kau tak tanya ke dia." tanya Zaheen pula.
"Tak pula. Aku tak cakap dengan dia." selamba Naufal membalas. Ternganga TB dengan jawapan Naufal.
"Tak risau ke?" tanya Farhan.
"Risau? Kenapa pula?" tanya Naufal pelik.
"Aku tengok sepupu kita dengan sepupu dia yang lelaki dari tadi usya dia." Jawab Farhan selamba sambil mata melirik ke arah Naufal. Farhan perasan akan perubahan pada wajah Naufal. Dia hanya tersenyum nipis. Naufal pula hanya berdiam diri.
Sedang berborak dengan TB, Aurora menghampiri Naufal.
"Awak..." panggil Aurora. TB memandang Aurora.
"Ana panggil siapa? Naufal atau yang lain?" tanya Zaheen sambil tersenyum mengusik. Tiba-tiba dia mengaduh.
"Kau ni. Sahlah dia panggil Naufal. Aduhlah. Jangan nak jual minyak playboy dekat sini ea. Kan Ana kan?" kata Alwaz sambil tersengih dan mengetuk kepala Zaheen. Aurora sempat melirik geram pada Alwaz. Alwaz hanya membuat muka biasa tapi dalam hati agak seram juga dengan Aurora.
"Errr... Naufal." Jawab Aurora dengan muka merah. Hati dia berdongkol geram dengan Alwaz.
"Ada apa?" tanya Naufal sambil memandang Aurora yang sudah malu. Dia menyimpan senyum.
"Saya nak ajak awak kenal dengan sahabat saya dari kecil. Diaorang baru je sampai. Bolehkan?" tanya Aurora lembut.
"Ohh.. Boleh je. Sekarang ke?" tanya Naufal.
"A'ah." jawab Aurora sepatah.
"Kami nak ikut boleh?" tanya Amir tersenyum mengusik. Aurora yang mendengar hanya mengangguk tanpa memandang mereka.
"Ana jalanlah dulu nanti Fal datang." kata Naufal. Aurora mengangguk.
"Ishh... Kau ni. Agak-agaklah nak mengusik pun. Tengok dia dah segan dah." kata Farhan sambil menggeleng-geleng kepala.
"Entahlah korang ni. Kesian dia. Dahlah. Jom. Kan dia tercari-cari pula." ajak Naufal sambil bergerak ke arah Aurora yang berada diseberang sana.
----------------------------------------------------------
Author mohon ampun ya jika ada yang baca story ni waktu author unpublish. Author just nak baik pulih mana yang patut. If masih lagi sudi baca, tekan bintang and stay toon.
YOU ARE READING
THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!
RomanceNi Story kedua Author. Maaf ye kalau tak best. Puteri Diana Aurora, seorang gadis cantik, periang, bijak dan baik hati serta diminati ramai lelaki. Tapi dia hanya menyayangi seorang lelaki dan lelaki tersebut mencurangi dia. Disebabkan hal itu, dia...