B23

1.3K 50 19
                                    

"Apa maksud kau Waz?" tanya Ijaz.

"Ada orang yang rancang semua ni. Aku tahu dan sekarang ni aku rasa nak bunuh je dia." kata Alwaz penuh marah.

"Siapa?" tanya TB serentak tapi nada perlahan. Alwaz memandang Naufal.

"Rabiya.." jawab Alwaz. TB tersentak tapi tidak pada Naufal kerana dia sudah dapat agak siapa yang melakukannya. "Serta Faiz dan geng gedik tu." sambung Alwaz lagi.

"Damn it." "Bullshit!" "Sial!" kata TB geram.

"Shh.. Perlahanlah sikit. Rora dah nak lelap ni." kata Naufal. Aurora yang kelihatan sedikit terganggu kembali lelap. Mereka memandang Naufal yang seakan tidak terkesan apabila nama Rabiya yang keluar dari mulut Alwaz.

"Menggigil lagi ke?" tanya Alwaz.

"Kurang dah dari tadi." jawab Naufal.

"Haih. Pelukan Naufal juga yang mujarab. Cara lain semua tak jalan." kata Zaheen sengih. Yang lain pun sama. Aurora dah mula lena dipelukan Naufal. Yang lain juga sudah terlelap kecuali Alwaz dan Naufal.

Naufal & Alwaz POV

"Kau dah kenapa? Resah je aku tengok Waz dari tadi." tanya Naufal apabila dilihat Alwaz yang kelihatan seperti tidak senang duduk.

"Aku tak sedap hatilah dengan Rabiya, Faiz dan geng dia dari SH." jawab Alwaz lemah.

"Relakslah. Kita doa yang baik-baik. Lagipun orang-orang Danish ada kan. Mereka jaga Aurora dan kita." kata Naufal.

"Aku tahu tapi aku tetap tak sedap hati. Mawar tu daring orangnya. Aku tahu dia takkan mudah mengalah." jawab Alwaz risau.

"Chill. Jangan tunjuk sangat risau kau pada Rora. Kang dia pula yang tak tenang." kata Naufal. Tak lama cikgu Dayana dan pengetua masuk.

"Eh, dah tidur dah?" tanya Pengetua.

"Dah mak long." jawab Naufal.

"Haih. Ni mesti kes tak boleh berpisah dengan suami ni." kata Pengetua.

"Eh! Tak adalah mak long. Tapi dia still sejuk ni." kata Naufal. Muka dan telinga dia merah.

"Ye la tu. Macamlah mak su tak tahu." ejek cikgu Dayana. Naufal makin merah muka. Alwaz tersengih melihat muka merah Naufal.

"Ni, Fal nanti tolong lap Aurora guna air suam ni. Jangan pula kamu buka pakaian dia dekat sini. Just lap dekat lengan dan kaki dia. Bagi dia rasa panas dan segar sikit. Dapat bagi dia haba." kata pengetua.

"Baik mak long." Naufal bersuara akur. Cikgu Dayana dan Pengetua bergerak dari situ.

"Lena betul dia?" kata Alwaz yang dari tadi merenung muka Aurora.

"Tu la. Kau rasa patut ke aku bagitahu semua orang status aku dengan Aurora?" tanya Naufal tiba-tiba.

"Kenapa?" tanya Alwaz balik.

"Ramai sangatlah yang ushar dan tackle dia. Sakit pula hati aku. Ikutkan hati aku nak je aku tumbuk muka diaorang." luah Naufal geram.

"Hahaha. Cemburu juga kau ni. Tapi kau kisah apa. Bukan kau dah dapat Aura ke." tanya Alwaz sambil menjungkit keningnya. Tanpa disedari TB yang lain turut mendengar sambil pura-pura tidur. Bukan senang ketua pengawas nak luah perasaan.

"Memanglah. Tapi hati dia tak. Hati dia bukan milik aku." luah Naufal tersenyum kelat.

"Kau yakin ke hati dia bukan milik kau?" tanya Alwaz sinis. Naufal pandang Alwaz terkebil-kebil.

THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!Where stories live. Discover now