B11

1.4K 45 3
                                    

"Sebab aku adalah dia dan dia adalah aku. Simple right?" kata Alwaz tenang.

"Maksudnya?" tanya Farhan blur.

"Aku dengan dia sama tapi kami berbeza." jawab Alwaz lagi.

"Tak ada beza pun jawapan kau. Sama je dari tadi." kata Naufal dan memandang Aurora. Hatinya sedikit terasa dengan kata-kata Alwaz. Bohonglah kalau kata tak rasa apa-apa. Isteri kut. Hahahaha. Ego kan Naufal ni.

"Tahu. Ingat Fal, kalau kau sakitkan dia, bererti kau sakitkan aku. Sama juga kalau Danish ada dekat sini, itu juga dia akan bagitahu kau. Kau kena ingat, Aura tak sama macam perempuan lain. Dia berbeza. Kalau kau sakitkan dia, aku takkan biarkan kau. Tak kira kawan atau sahabat. Sebab dia nyawa aku dan Danish." Alwaz berkata dan melangkah pergi dari situ.

"Seram pula mamat ni tahun ni." bisik Farhan perlahan tapi dapat didengari Naufal dan Aurora.

"Oh ya. Danish pesan jangan sampai kejadian hari ni berulang lagi. Aku tak tahu mana dia tahu tapi aku tahu orang-orang dia dah ada di kawasan sekolah. Hati-hati sebab aku tak jamin apa Danish akan buat jika Aura luka lagi. Kalau Aura bangun, bagitahu dia, Danish cakap jangan nak kelentong lain kali dan jangan skip benda tu." kata Alwaz dan keluar. Bila keluar je dia lihat kawan-kawannya didekat pintu. Alwaz memberi syarat turun pada mereka lalu mereka pun turun dari situ apabila pandangan tajam Alwaz menyapa.

"Aku tak pernah tengok dia macam ni sebab seorang perempuan." luah Naufal pada Farhan.

"Aku pernah dulu. Tapi aku tak tahu siapa. Yang aku tahu dia sayang sangat perempuan tu. Dia cakap perempuan tulah nyawa dan hidup dia. Mana-mana perempuan yang nak jadi girlfriend dia mesti minta izin dengan perempuan tu dulu." kata Farhan.

"Entahlah." keluh Naufal. Sukar untuk Naufal sekarang sebab dia buntu dan keliru dengan apa yang berlaku.

"Sabarlah wei. Tapi apa yang dia cakap ada betulnya juga. Kalau dia nak kahwin dengan Rora, dah lama dia kahwin. Kalau tak, tak ada maknanya kau kahwin dengan Rora sekarang ni." kata Farhan.

"Iyalah Han. Aku faham." kata Naufal.

"Hrmm. Aku turun dulu. Kau jaga Rora tu. Kan makin teruk pula demam dia." kata Farhan. Naufal mengangguk dan Farhan keluar dari bilik.

"Apa yang berlaku antara kau dengan Alwaz sebenarnya? Kenapa aku sakit bila tengok kau dengan dia? Kenapa aku sakit bila ada lelaki lain rapat dengan kau? Apa yang kau rahsiakan sebenarnya dari aku?" tanya Naufal perlahan. Air matanya menitis. Aurora yang dengar sebak. Tapi dia tak mampu bersuara. Naufal bangun dan ke bilik air. Aurora membuka matanya dan memandang pintu bilik serta bilik air. Dia mengeluh.

"Maaf awak. Saya tak bersedia bagitahu awak apa yang berlaku." bisik hati Aurora. Tak lama Naufal keluar dan melihat Aurora yang sedang duduk.

"Kenapa bangun?" tanya Naufal sedikit terkejut.

"Nak makan ubat." jawab Aurora dan mengambil ubatnya. Naufal yang melihat bergerak ke arahnya dan membantu.

"Dah tahu lengan sakit jangan paksa sangat gerak. Kan makin teruk pula." tegur Naufal lembut.

"Thanks." kata Aurora perlahan tapi dia tidak baring.

"Tak nak tidur ke?" tanya Naufal.

"Kejap lagi." kata Aurora dan telefon Aurora minta diangkat. Nama Danish tertera disitu. Aurora berbual dengan Danish seketika.

"Achik memang selalu call kau ke?" tanya Naufal.

"A'ah. Kitaorang tak pernah pisah sebelum ni tapi sejak dia masuk universiti dah jarang jumpa. Telefon je la." jawab Aurora.

THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!Where stories live. Discover now