Hari ketiga mereka disini dan ini bermakna dah tiba masa untuk mereka pulang. Pelajar 5SN1 kelihatan sedikit monyok kerana mereka akan pulang tak lama lagi. Saat ini mereka terus menerus melakukan aktiviti yang dirancangkan. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku pada mereka semua tetapi Aurora sedikit gelisah. Hati dia tidak tenteram. Bagaikan ada sesuatu yang berlaku. Naufal yang melihat keadaan itu memandang isterinya.
"Kenapa ni?" tanya Naufal pada Aurora membuatkan yang lain memandangnya.
"Entahlah. Rora rasa tak sedap hati. Rora call angah tak berjawab. Kak Ryana pun tak dapat. Semalam angah dan kak Ryana on the way balik tapi mama cakap sampai sekarang tak sampai lagi." luah Aurora membuatkan yang lain bulat mata sebab terkejut.
"Dah tanya mama kalau-kalau diaorang dah sampai? Ya la Rora call pagi tadi. Sekarang ni mana tahu dah sampai ke?" kata Hamza.
"Dah. Mama cakap belum lagi. Prince dengan along cuba cari mereka bersama dengan abang kak Ryana. Isteri abang kak Ryana stay dekat rumah dengan mama dan papa. Papa dengan daddy pun tengah usaha minta orang-orang diaorang carikan angah dengan kak Ryana sebab tak ada khabar langsung." Aurora menjawab persoalan Hamza.
"Dah try detect abang Danial dan kak Ryana guna sistem kita?" tanya Lisya. Aurora pandang Lisya.
"A'ahlah. Kenapa aku tak terfikir ea?" kata Aurora happy lalu dibukanya sistem tu. Harraz yang berdekatan mereka hanya tersenyum kerana dia tahu kalau disuruh fokus pun mereka tak akan fokus kerana risau. Setelah menunggu selama tiga puluh minit. Aurora sudah mula mendapatkan lokasinya membuatkan dia menjerit terkejut. Semua yang ada disitu terkejut dan memandangnya. Aurora mula rasa segan dengan tindakannya.
"Yes Ana? Anything you want to share?" tanya pengetua dengan senyuman manis pada isteri anak saudaranya itu. Aurora tersenyum malu. Yang lain menahan ketawa. Naufal dan yang lain hanya senyum melihat Aurora yang malu itu
"Maaf pengetua. Boleh saya bercakap dengan pengetua sekejap?" Aurora memohon maaf dan terus meluahkan hasratnya. Pengetua dan cikgu berasa pelik tapi tetap diturutinya.
"Baiklah." kata Pengetua. TG, TB serta 4 pelajar transfer turut mengikuti langkah Aurora. Harraz dan Sherry ikut serta. Mereka duduk agak jauh dengan kumpulan yang lain. Cikgu Dayana serta pentadbir sekolah turut sama dalam itu.
"Kenapa Ana? Ada apa-apa yang berlaku ke?" tanya Pengetua.
"Saya nak minta izin untuk balik." kata Aurora terus. Terkejut mereka semua.
"Kenapa?" tanya pengetua.
"Ada sesuatu berlaku dan saya perlu bertindak. Mereka semua juga akan ikut saya." kata Aurora serius dan kali ini lagi kaku mereka.
"Penting ke?" tanya Penolong Kanan HEP (PKHEP).
"Yup. Dan ini melibatkan nyawa." kata Aurora lagi. Semua yang ada disitu kaku dan tergamam apabila Aurora mengatakan ianya melibatkan nyawa.
"Ma..maksudnya?" tanya cikgu Dayana tergagap kerana hatinya mula tidak sedap dengan kenyataan itu.
"Saya perlu selamatkan angah saya dan keluarga saya. Jika saya lambat sedikit bahaya menanti untuk semua juga rakan-rakan disekolah. Kali ini saya minta pengetua untuk ikut sekali balik. Penolong Kanan HEP perlu pantau disini. Sekolah juga dalam bahaya jika tidak bertindak." Aurora mula membuka satu persatu.
"Baiklah. Saya setuju." kata pengetua.
"Oh ya. Tolong minta Rabiya dan Faiz untuk ikut serta balik. Saya tak nak apa-apa berlaku pada Rabiya dan kandungannya. Yang lain akan okay disini tapi Rabiya dan Faiz tidak. Ada sesuatu yang Rabiya tidak tahu mengenai keluarganya." ujar Aurora lagi.
YOU ARE READING
THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!
RomanceNi Story kedua Author. Maaf ye kalau tak best. Puteri Diana Aurora, seorang gadis cantik, periang, bijak dan baik hati serta diminati ramai lelaki. Tapi dia hanya menyayangi seorang lelaki dan lelaki tersebut mencurangi dia. Disebabkan hal itu, dia...