B39

962 42 2
                                    

Aurora, Danish dan Izma tiba di vila kediaman keluarga Aurora sama tepat dengan TG. Mereka memandang satu sama lain. Riak wajah mereka penuh dengan perasaan bercampur baur. Danish dan Izma memandang sayu pada mereka berenam. TG, Aurora, Danish dan Izma masuk ke vila.

"Assalamualaikum." Danish memberi salam.

"Waalaikumsalam." jawab mereka yang ada didalam. Danish dan yang lain menuju ke ruang tamu. Sampai sahaja diruang tamu, mereka tersentak melihat TB, ibubapa dan ibubapa mertua masing-masing yang berwajah tegang.

"Princess okay sayang?" tanya mama Maya saat matanya terhidang dengan wajah lesu dan pucat Aurora serta wajah sugul TG.

"Okay je mama." jawab Aurora lalu menyalami tangan ibu-ibu dan semua yang ada disitu kecuali TB. Begitu juga dengan TG. Wajah dingin ditunjukkan kepada TB.

"Kenapa tak salam suami?" sengaja ibu Kila bertanya. TG hanya buat tak tahu pada TB.

"Emmm. Kenapa mama, mummy, ibu dan umi panggil kami ke sini?" tanya Lisya mengalihkan topik tanpa mempedulikan TB disitu.

"Saja. Kita akan tinggal disini untuk seminggu." jawab mummy Lisya selamba. Aurora yang mula rasa semakin lemah bersuara.

"Oohh. Okay. Rora minta izin naik dulu boleh? Tak sedap badan." pinta Aurora lemah. Semua memandang Aurora. Muka Aurora juga semakin pucat.

"Iyalah. Pergilah naik rehat. TG pun. Naik bilik yang ada nama kamu." arah papa Adam tegas.

"Baik papa." kata Liya lalu bangun berjalan dengan Aurora. Setelah kelibat TG hilang, mereka semua pandang TB.

"Suka diaorang buat macam ni pada kamu?" tanya ayah Din mendatar pada TB. TB menggeleng laju. Danish, Dayyan dan Danial hanya memandang kosong pada TB.

"Ayah Din tanya, jawab pakai mulut. Bukan diam macam tunggul." sindir papa Faiq meskipun dia nampak gelengan TB.

"Tak suka." jawab Farhan perlahan.

"Best ke buat maksiat?" tanya ibu Ijaz.

"Bila masa pula kami buat?" tanya Ijaz pelik. Terangkat kening ibubapa mereka.

"Habis ni apa? Hantu? Ke bayang korang?" sindir umi Liya dan Amir lalu membaling gambar kepada TB. Sempat TB mengaduh apabila gambar tu terkena muka mereka. Bulat mata TB melihat gambar-gambar tu. Gambar mereka dipegang dan dipeluk oleh PA mereka.

"Tapi gambar tu tak betul. Bukan kami yang pegang diaorang. Tapi diaorang yang pegang kami. Kami dah halang. Kami dah jarakkan diri kami waktu tu." terang Amir laju.

"Habis yang ni apa pula?" lempar ibu Zaheen gambar pada mereka. Gambar dipejabat. PA mereka memeluk mereka.

"Patutlah dingin dengan isteri masing-masing. Rupanya dah ada yang lain. Tak cukup bagus lagi ke isteri kamu?" tanya ibu Kila garang.

"Macam nilah. Kalau kamu dah tak nak dengan anak perempuan kami, pulangkan balik seperti mana kamu ambil dia. Kami pun tak nak mereka sakit disebabkan kamu." kata daddy Felix dengan tenang.

"Naufal ingatkan apa kami pesan dulu?" tanya papa Adam.

"Ingat papa." jawab Naufal perlahan.

"Kalau kau ingat apasal kau buat. Kenapa kau sakitkan hati dia?" tanya Danish dingin.

"Tapi Fal dengan perempuan tu tak ada apa-apa. Fal tahu salah Fal sebab terlalu sibuk sampai abaikan dia. Banyak masa dengan PA sendiri berbanding dia. Tapi Fal dengan PA Fal tak ada apa-apa." kata Naufal sayu.

"Habis kenapa PA Fal panggil Fal baby depan Aurora?" tanya mummy Yuni.

"Fal tak tahu mummy. Tapi Fal memang tak ada apa-apa relay pun dengan dia. Fal sayang Rora je." kata Naufal lagi. Sungguh hati dia bagai ditikam sekarang. TB pun sama. Perkataan cerai dari mulut TG tadi cukup buat mereka bagai hilang separuh nyawa mereka.

THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!Where stories live. Discover now