7 Bulan Kemudian
Naufal dan Aurora tinggal di kediaman milik keluarga Aurora. Aurora tidak lagi ke pejabat kerana kandungannya yang dah sarat. Begitu juga Naufal. Aurora Empire diambil alih oleh Danish sementara waktu manakala Alexander Empire di ambil oleh oleh Abby dan Amani.
Aurora sedang berehat ditaman rumah manakala Naufal keluar seketika bersama dengan TB. Fera dan Alwaz juga tinggal dikediaman milik keluarga Aurora kerana TG bercadang untuk berpantang bersama. Disebabkan masing-masing semakin sarat, TB sudah pun mula lebih berhati-hati daripada dulu. Ibubapa mereka hanya bersetuju apabila mereka merancang untuk berpantang bersama. Para ibu banyak membuat perancangan untuk TG dan TB.
Ibubapa TB & TG POV
Mereka sedang berehat di ruang tamu kediaman keluarga Aurora.
"Haihlah, kediaman kau juga yang menjadi pilihan kali ni Maya." kata ibu Kila.
"Tulah. Nasib vila kau ni besar dan muat dengan semua orang." sokong ibu Ijaz.
"Nak buat macam mana itu kehendak mereka. Tak boleh nak bantah." kata Mummy Lisya.
"Semua dah settle ke para ibu sekalian? Fera dan Aurora tu tunggu masa je." tanya Papa Is.
"Dah. Semua dah settle. Tinggal tunggu masa je." jawab mummy Yuni.
Para bapa tersenyum kepada para ibu yang geram dengan pertanyaan para bapa lontarkan.
End POV
TG datang pada Aurora yang sedang termenung di taman rumah.
"Hah! Termenung apa tu?" tanya Fera lembut. Aurora pandang mereka berlima dengan senyuman.
"Tak ada apalah. Cuma teringat apa yang jadi sebelum ni." jawab Aurora.
"Hmmmm. Part mana?" tanya Lisya sambil melabuhkan duduknya dikerusi yang ada bersama yang lain.
"Rabiya." jawab Aurora sepatah.
"Asal tiba-tiba ingat dia pula ni?" tanya Liya.
"Ya lah. Dah banyak cabaran aku dapat sebab dia dan Faiz. Dan 'dia'. Sampailah part Rabiya pergi. Aku teringat dekat twin tu. Mesti dah besar kan diaorang sekarang?" kata Aurora.
"A'ahlah. Dah lama tak jumpa diaorang dan Faiz. Entah dah kahwin lain ke belum mamat tu." sokong Fiya.
"Aku ada dengar khabar hari tu katanya dia dah kahwin tapi tak tahulah betul ke tak." kata Liya.
"Kalau betul aku harap perempuan tu dapat jaga twin dengan baik." kata Mas.
"Wei, TB mana? Tak balik lagi ke?" tanya Fiya.
"Baru ingat laki ke cik kak?" perli Mas.
"Hish kau ni. Aku tanya jelah." jawab Fiya sentap.
"Belum. Entah ke mana lah diaorang tu. Jangan buat hal sudah. Kali ni memang aku campak dalam lombong." bebel Lisya geram.
"Ehem! Ehem! Tak percaya kitaorang ke yang?" tanya satu suara garau. Semua menoleh ke sisi.
"Tak. Serik nak percaya." selamba Liya membalas.
"Alaaaa... Janganlah macam tu. Kitaorang bukannya pergi mana pun. Keluar dengan abang Danish je." kata Amir lalu TB melangkah ke arah isteri masing-masing. Aurora hanya senyum memandang tingkah mereka.
"Boleh percaya ke?" tanya Fiya.
"Iya. Tak percaya tanya abang Danish." jawab Zaheen tersengih.
"Sayang okay?" tanya Naufal pada Aurora.
YOU ARE READING
THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!
RomanceNi Story kedua Author. Maaf ye kalau tak best. Puteri Diana Aurora, seorang gadis cantik, periang, bijak dan baik hati serta diminati ramai lelaki. Tapi dia hanya menyayangi seorang lelaki dan lelaki tersebut mencurangi dia. Disebabkan hal itu, dia...