B31

1K 45 0
                                    

TG, TB, Harraz, Dayyan, Danial dan Danish resah menantikan keadaan Aurora dan Naufal. Danish sudah pun mendapatkan rawatan akibat geseran daripada tembakan. Naufal juga sama. Dia pengsan akibat terlalu terkejut dan penat. Ryana teresak disisi TG dan abangnya. Keluarga Aurora dan Naufal tiba di hospital yang menempatkan Aurora dan Naufal. Dayyan, Danial dan Danish kelu dan lesu mengenangkan keadaan Aurora. Alwaz sudah terduduk kerana terlalu risau. Tak lama, Naufal datang pada mereka bersama dengan Farhan yang menemaninya. Jelas kesedihan dimata Naufal.

"Aurora macam mana?" tanya Naufal resah dan gelisah.

"Masih didalam." jawab Ijaz. Naufal meraup mukanya kasar lalu memeluk mummynya. Tangisan dihamburkan dipelukan mummy Yuni. Mummy Yuni mengusap belakang Naufal bagi menenangkannya.

"Fal, kau patut rehat. Kenapa datang sini?" tanya Amir sayu.

"Tak payah tegah Mir. Dah berbuih mulut aku bagitahu dia." sampuk Farhan lemah dengan kedegilan sepupunya. Naufal hanya menghiraukan dia. Alwaz hanya diam tanpa sebarang suara. Disisinya ada Dayyan, Danial dan Danish yang sudah pasrah dengan keadaan Aurora. Mama Maya yang melihat keadaan anak-anak terunanya tergeleng kepala sayu. Melihat kasih sayang antara anak-anaknya membuatkan dia rasa sakit jika ada apa-apa berlaku pada Aurora. Inayat dan Aqilah yang disisi Wahidah turun dari kerusi. Inayat kearah empat jejaka yang duduk bersandar di dinding manakala Qila ke arah Naufal dan menarik baju Naufal. Yang lain hanya memandang ke arah dua kanak-kanak tu.

"Ayah Cu...." panggil Qila. Naufal yang melihat memandang Aqilah.

"Iya sayang." jawab Naufal perlahan sambil melutut didepan Aqilah. Sebak dan tangisannya cuba disembunyikan dari kanak-kanak itu namun dia tidak mampu menahannya. Aqilah melihat wajah Naufal dan menyapu air mata yang mengalir dipipi Naufal. Yang lain kaku dengan tindakan Aqilah.

"Angan angis. Ati mak cu dih. Mak cu ecan akap kat ayah cu ngan angis ati mak cu akit. Mak cu tak uka ayah cu angis bab dia." pelat Aqilah bersuara sambil memeluk Naufal. Tergamam semua yang ada disitu.

Situasi dari Inayat pula juga sama. Inayat duduk diriba Dayyan. Inayat pandang wajah papanya lalu dikucup pipi Dayyan. Dayyan yang melihat tersenyum kelat.

"Papa, ayah ngah, ayah cik, ayah lang, janganlah sedih-sedih. Nanti mak su sedih. Papa tak nakkan mak su sedih sebab papa. Ayah cik pun kan. Kalau papa, ayah cik, ayah ngah dan ayah lang nangis nanti mak su makin sakit. Jadi jangan nangis. Kan mak su dah pesan banyakkan doa dan baca Quran untuk dia." kata Inayat pula. Makin kaku yang ada disitu. Dayyan memeluk erat Inayat dalam tangisan. Air matanya lebat. Ryana, Wahidah dan Bella memeluk satu sama lain. Tangisan mereka juga pecah. Alwaz bangun.

"Aku nak ke surau!" kata Alwaz lalu bergerak ke arah surau.

"Al, achik ikut!" kata Danish lalu mengikuti Alwaz.

"Fal nak ikut diaorang. Qila duduk dengan mama ye sayang." kata Naufal lalu mengikuti Danish dan Alwaz. Dayyan, Danial, Naeem, papa Adam, daddy Nazmi dan TB turut bergerak ke surau. Hanya tinggal yang wanita sahaja disitu serta Inayat dan Qila. Satu jam kemudian, doktor selesai membuat pembedahan pada Aurora.

"Boleh saya tahu siapa keluarga Tengku Diana Aurora?" tanya doktor itu.

"Kami dok. Saya ibunya." jawab Mama Maya.

"Tengku Diana dah berada dalam keadaan stabil. Tapi kami akan pantau dia lagi dari semasa ke semasa kerana dia masih belum sedarkan diri. Kami perlu tunggu 24 jam untuk melihat Tengku Diana sedar. Jika tidak, beliau akan disahkan berada dalam keadaan koma." kata Doktor itu. Semua yang ada disitu melepaskan nafas lega dan berat.

"Baiklah. Tolong letakkan adik saya di wad VVIP ye." kata Wahidah apabila melihat mama Maya dan mummy Yuni sebak. Fera kemudiannya menghantar pesanan pada Alwaz mengenai Aurora. Para jejaka terus mendapatkan para wanita untuk mengetahui tentang Aurora.

THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!Where stories live. Discover now