B41

967 36 0
                                    

"Ma...maksud Aura?" tanya Alwaz terkejut.

"Aura yang rosakkan plan diaorang. Macam mana tak perlu tahu. Cuma bila Al dan TB makin menjauh dari kami, Aura bagitahu Prince. Aura tak kuat. Aura terima gambar korang berpelukan dan bersetubuh atas katil. TG pun sama. Tapi kami biarkan. Cuma sejak dua menjak ni. Its hurt damn much." luah Aurora sebak. Alwaz terlopong.

"Bersetubuh?" tanya Alwaz terkejut.

"Aik? Kenapa terkejut? Bukan korang buat ke?" tanya Dayyan sinis.

"Al tak buatlah. TB pun. Peluk tu bukan kami yang peluk tapi diaorang. Kami tak pernah buat pun benda tu." kata Alwaz tegas.

"Habis tu macam mana gambar tu ada?" tanya mama Maya pelik. TG sudah mula bengang. Aurora mengambil tabnya lalu membuka emel dan menyerahkannya pada Alwaz. Alwaz terkedu.

"Sumpah Aura. Al dan TB tak buat. Kami masih ingat dosa pahala." kata Alwaz sayu. Sungguh dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk yakinkan TG yang mereka tak buat benda ni.

"Diaorang tahulah Al. Kau ingat TG bodoh sangat ke?" sindir Danish.

"Kalau tak, dah lama diaorang meroyan." sambung Dayyan pula. Danial, papa Adam dan mama Maya tersenyum sinis.

"Kami tahu gambar tu gambar fake. Yang kami tak boleh terima korang tu lebih banyak habiskan masa dengan diaorang dan abaikan kitaorang. Dan korang ikut je kata diaorang. Ingat kitaorang ni tunggul ke?" tanya Aurora geram. Alwaz telan air liurnya kesat.

"Tah. Korang tu bodoh. Ikut je apa diaorang cakap pasal jadual tu. Dah tahu tak boleh nak bertegas bagitahu la papa masing-masing. Ni tak, sampai isteri sendiri rasa terpinggir. Jangan sampai nanti, kami bawa isteri korang pergi jauh dan tak payah jumpa korang lagi. Baru padan muka masing-masing." sindir mama Maya marah. Alwaz hanya diam.

"Eh? Bisu dah?" tanya papa Adam.

"Al minta maaf." hanya itu yang Alwaz bersuara.

"Keluar. Aura tak nak tengok muka Al. Buat sakit hati je." halau Aurora lalu kembali baring memeluk Danish dan pejamkan matanya. Danish hanya membiarkan sahaja perlakuan Aurora. Alwaz memandang sayu pada Aurora.

"Dah! Jom keluar. Biar princess dan TG rehat dulu. Then pandai-pandailah korang pujuk. Kata lelaki gentlemen. Takkan mengalah dah kut." ajak mama Maya sambil memerli. Alwaz tersentak. 'Ish mama ni sempat perli aku. Aura!!!!! Al nak Aura...' jerit hati Alwaz sambil menangis. TG juga turut kembali ke bilik masing-masing.

End Danial, Dayyan dan Danish POV.

❤❤❤❤❤

Dah empat hari TB memujuk TG. Tetapi tidak ada hasil. Tahulah mereka, TG betul-betul terluka kali ni. Alwaz termenung memikirkan hubungannya dengan Aurora dan Fera di gazebo sendirian. Alwaz kini mengasingkan diri dari TB. Dia semakin pendiam. Tanpa Alwaz sedari air matanya menitis. Zaheen yang ternampak berjalan ke arah Alwaz.

"Waz....." panggil Zaheen. Alwaz menoleh.

"Ada apa Een?" tanya Alwaz.

"Kau okay?" tanya Zaheen.

"Entahlah wei. Aku rasa kosong. Sakit sangat dalam ni bila Aura tak nak langsung pandang aku. Fera pula diam je. Ak....aku rasa sakit sangat. Pedih." luah Alwaz dan menangis. Tanpa mereka sedari TG pandang mereka sayu. Aurora dan Fera tersenyum pahit.

"Sabarlah. InshaAllah diaorang akan maafkan kita. Aku yakin TG akan mula bercakap dengan kita. Aku faham perasaan kau. Aku juga rasa apa yang kau rasa. Aurora langsung tak nak dengar apa aku kata. Fiya lebih kurang sama dengan Fera." kata Zaheen pula dengan nada sedih.

THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!Where stories live. Discover now