MALAYSIA
Seminggu kemudian, mereka kembali ke Malaysia. Kini, mereka sudah selamat mendarat di lapangan terbang. Ramai orang yang ada disitu. Pelajar 5SN1 tidak terkecuali. Mereka gembira mendengar berita kepulangan TG dan TB. Pelajar 5SN1 berpusu-pusu menunggu untuk menyambut rakan-rakan mereka juga untuk mengetahui keadaan Aurora. Sampai sahaja TG dan TB, pelajar 5SN1 terus mendapatkan mereka.
"Guys! Wei aku rindu korang." kata rakan 1.
"Aku pun!" kata pelajar 5SN1 yang lain.
"Wei, Naufal dan Ana mana?" tanya rakan 1.
"Ha'ah. Mana KP kesayangan aku? Ana mana?" rakan 3 mengulangi ayat rakannya yang tadi. Rabiya dan Faiz yang turut ada memandang.
"Where's my boy?" Rabiya bersuara lantang.
"Siapa boy kau? Menyemak je la dekat sini." sinis Farhan membalas. Tidak lama Naufal dan Aurora tiba bersama keluarga mereka. Aurora memeluk pinggang Naufal dan Danish dengan erat. Begitu juga Danish dan Naufal. Mereka berjalan sambil bergelak ketawa. Rakan-rakan mereka menunjukkan pelbagai reaksi apabila melihat tingkah Naufal, Aurora dan Danish.
"Hai gais!" sapa Aurora gembira. Naufal hanya senyum.
"Ana!" jerit 5SN1 serentak.
"Wah. Berseri la muka Ana. Ada apa-apa ke?" tanya rakan 4.
"A'ah. KP dingin kita pun dah banyak senyum ni." sakat rakan 3. Rabiya geram.
"Baby.. Balik juga you. I rindu you." kata Rabiya gedik sambil memaut lengan Naufal. Naufal mengelak dan memeluk Aurora.
"Kau siapa? Aku kenal ke?" tanya Naufal sinis. TG dan TB smirk.
"Prince... kita nak pergi mana lepas ni. Baby laparlah." rengek Aurora manja.
"Hmmm... Baby tanya Fal dan Al. Prince tak tahu." jawab Danish tersengih. Yang lain terkebil-kebil memandang mereka.
"Fal.. Al... lapar..." kata Aurora sambil tersenyum comel.
"Gosh sayang. Jangan senyum macam tu boleh tak. Tergugat iman tahu tak." selamba Naufal berkata. Terlopong rakan-rakan yang ada disitu.
"Eiiiii... orang kata lapar. Dia kata tergugat iman pula. Mummy.... Mama.... Tengok Fal ni." adu Aurora.
"Dah! Dah! Fal dan Al dah booking restoran. Jom kita semua makan. Korang semua sekali. Papa Adam dan uncle Nazmi belanja." Alwaz menyampuk. Kalau dibiarkan makin melarat nanti. Tak pasal Aurora merajuk dan dengar dua ibu itu membebel. Pelajar 5SN1 bersorak mendengar perkataan makan.
"Haih. Takut mama bebel la tu." kata mama Maya. Alwaz tersengih.
Seminggu sudah Aurora, TG dan TB kembali ke sekolah. Hubungan Aurora dan Naufal juga semakin erat. Kali ini, baik TG mahupun TB tidak membenarkan Aurora keseorangan. Pasti ada yang selalu dengannya. Rabiya dan Faiz tidak lekek dengan idea untuk rosakkan hubungan Aurora dan Naufal. Naufal sudah tidak melatah. Dia semakin matang dalam mempertimbangkan semuanya. Masanya untuk sekolah, kerja dan keluarga terbahagi dengan baik memandangkan dia seorang yang sibuk. Sewaktu sesi pembelajaran, tiba-tiba ada pengumuman.
Ting ting ting
"Perhatian kepada Tengku Diana Aurora Tengku Adam, sila ke bilik pengetua sekarang juga."
Aurora mula berasa pelik tapi dia tetap turuti setelah cikgu membenarkannya.
Tuk tuk tuk
"Masuk!" arah pengetua.
"Assalamualaikum cikgu. Cikgu panggil saya." tanya Aurora dan dia juga melihat ada 6 orang insan lain di pejabat itu membelakanginya.
"Waalaikumsalam. Hah sampai pun awak. Ya saya panggil. Saya nak minta tolong awak sikit. Tapi sebelum tu saya nak perkenalkan pelajar dan guru dari London International Highschool." kata Pengetua yang membuatkan Aurora bulat mata.
YOU ARE READING
THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!
RomanceNi Story kedua Author. Maaf ye kalau tak best. Puteri Diana Aurora, seorang gadis cantik, periang, bijak dan baik hati serta diminati ramai lelaki. Tapi dia hanya menyayangi seorang lelaki dan lelaki tersebut mencurangi dia. Disebabkan hal itu, dia...