Cikgu Dayana membawa Aurora dan Naufal ke klinik. Aurora masuk ke dalam bersama Naufal serta Cikgu Dayana dan Aurora terkaku bila ternampak alongnya yang ada disitu.
"Along..." sebut Aurora perlahan.
Dayyan yang mendengar suara yang sangat dia kenali memandang. Dia terkejut.
"Baby? Buat apa dekat sini? Baby okay tak?" Dayyan mula cemas dan meluru ke arah adiknya. Dayyan menilik setiap inci tubuh adiknya dan memegang lengan adiknya tanpa sempat Aurora menjawab.
"Auch." Aurora meringis kesakitan sebaik Dayyan menyentuh lukanya. Dayyan yang mendengar terus menarik Aurora duduk dan melihat luka itu. Dayyan membersihkan luka tanpa sepatah kata. Dia menahan dirinya dari marah setelah melihat keadaan adiknya.
"Along..." panggil Aurora perlahan apabila melihat Dayyan diam. Naufal hanya diam memandang mereka.
"Just silent. We talk after this." kata Dayyan mendatar. Tak lama kemudian Dayyan selesai mencuci luka Aurora dan melirik pada jam di dinding. Dia memanggil jururawat bertugas dan memintanya untuk menutup klinik seketika. Dia menghubungi isterinya dan meminta untuk datang ke klinik membawa makanan kerana mereka berjanji untuk makan bersama-sama. Suasana sunyi sekeliling mereka. Dayyan hanya memandang Aurora dan Naufal tajam. Tak lama Wahidah datang dan dia terkejut melihat Aurora dan lengan Aurora.
"Baby, apa dah jadi? Kenapa dengan lengan dan dahi ni?" tanya Wahidah cemas. Dia memandang Dayyan yang menayangkan raut wajah marah dan bengang.
"Kena toreh!" jawab Dayyan dua patah perkataan.
"Allah! Si..siapa yang buat baby macam ni? Bagitahu akak." tanya Wahidah dengan sendu dan sayu. Hati Wahidah bagai disiat melihat keadaan adik iparnya.
"Baby okaylah kak. Sikit je ni. Akak janganlah nangis. Tak cantik dah kakak baby ni." pujuk Aurora bila nampak mata Wahidah berair.
"Sikit baby kata. Ini bukan sikit baby. Benda ni hampir kena dengan saraf dan urat baby. Bahaya tahu tak." marah Dayyan bila dengar adiknya kata sikit.
"Abang, kawal sikit marah tu. Dah lupa ke?" tegur Wahidah lembut walaupun sebak melihat keadaan Aurora.
"Hishh." kata Dayyan geram.
"Dada baby tak sakit kan? Dia tak pukul dekat dada kan?" tanya Wahidah. Aurora diam.
"Baby......" panggil Dayyan apabila melihat Aurora diam. Naufal tersentak apabila mendengar pertanyaan Wahidah.
"Rora.." panggil Naufal. Aurora pandang Naufal. "Rora nak Fal tanya Liya ke?" sambung Naufal lembut.
"Jangan!" bantah Aurora dan tiba-tiba Aurora batuk. Dayyan yang mendengar Aurora batuk terus cuak dan memandang jam.
"Have you take it or not today?" tanya Dayyan tegas.
"Tak sempat nak ambil sebab diaorang halang." jawab Aurora lemah.
"Ida, ambil benda tu dalam beg abang. Cepat." kata Dayyan terus. Wahidah terus ke beg suaminya dan ambil apa yang diarahkan. Cikgu Dayana melihat kelakuan Wahidah yang hanya mengambil beberapa pil dan air lalu diserahkan kepada Dayyan.
"Nah abang." Dayyan ambil dan terus hulurkan kepada Aurora. Aurora ambil tanpa banyak suara.
"Kita buat xray. Along tak rasa yang sekali dua baby kena. Along nampak lebam-lebam yang lain. Naufal pun i think nampak kalau dia cuci luka tu." kata Dayyan.
"Tapi.." kata Aurora dipotong.
"Itu yang perlu Ana. Awak dengar kata along awak ye." Cikgu Dayana potong sebab dia tahu Aurora akan bantah.
YOU ARE READING
THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!
RomanceNi Story kedua Author. Maaf ye kalau tak best. Puteri Diana Aurora, seorang gadis cantik, periang, bijak dan baik hati serta diminati ramai lelaki. Tapi dia hanya menyayangi seorang lelaki dan lelaki tersebut mencurangi dia. Disebabkan hal itu, dia...