B04

1.8K 65 0
                                    

Seminggu sudah majlis pertunangan Aurora dan Naufal berlangsung. Aurora kelihatan sungguh manis dalam busana putih pilihan Tengku Ayuni. Majlis pertunangan pada hari itu berlangsung dengan lancar. Kini dia telah bergelar tunangan orang. Keluarga Aurora masih berada dikampung manakala keluarga Naufal sudah kembali ke Kuala Lumpur. Aurora termenung di jendela biliknya sambil menghembuskan nafas lemah.

Flashback

Semua ahli keluarga dua belah pihak berkumpul di ruang tamu. Pada awalnya mereka hanya berbual biasa tapi Naufal tiba-tiba bersuara.

"Ehem! Fal ada benda nak bagitahu semua orang." Naufal bersuara sambil memandang Aurora menyebabkan semua disitu terdiam dan mula mendengar.

"Fal nak bagitahu apa sayang?" tanya Ayuni.

"Fal dah ada keputusan tentang apa yang mummy, daddy, uncle dan aunty bagitahu." kata Naufal membuatkan mereka memandang satu sama lain. Danial memandang Aurora disebelahnya dan seperti yang diagak Rora melihat ke arah Naufal setelah ayat itu keluar dari mulut Naufal.

"Apa keputusan Naufal?" tanya Nazmi.

"Fal setuju untuk teruskannya." Naufal berkata senafas. Aurora yang mendengar memandang tanpa berkelip pada Naufal. Mereka semua tersenyum senang. Dan sekarang hanya menunggu jawapan Aurora.

"Awak yakin ke dengan keputusan awak?" tanya Aurora setelah berdiam diri. Pertanyaan Aurora menyebabkan senyuman di wajah mereka kembali kendur. Aurora nampak perubahan wajah mereka tapi dikentalkan juga hatinya bagi mendapatkan sebuah kepastian.

"Kenapa?" tanya Naufal sambil memandang tepat pada wajah manis Aurora. Suasana tegang dan sunyi mula menyelubungi mereka.

"Saya tak nak awak menyesal suatu hari nanti." Aurora mula bersuara lemah sambil memandang ke arah lain. Pandangan Naufal tidak mampu dia tentang. Ada rasa lain yang mula hadir tapi cepat-cepat dibuang.

"Kenapa pula saya nak menyesal? Saya dah timbang balik secukupnya pertanyaan dan kata-kata awak tempoh hari. Saya yakin dengan keputusan saya." kata Naufal lagi.

"Saya harap apa yang awak cakap tu lahir dari hati awak dan bila keputusan dah dibuat dan kata sepakat dicapai, awak dah tak boleh undur balik. Jadi awak betul-betul yakin dan pasti?" tanya Aurora tegas.

"Yes Cik Diana Aurora. Saya yakin dan tersangat pasti. Apa pula keputusan awak?" jawab Naufal dengan yakin sambil tersenyum. Keadaan mula sunyi. Aurora memandang satu persatu wajah dihadapannya dan mengeluh lemah. Aurora pandang opah dan mengangguk pada opahnya. Opah yang memahami tersenyum.

"Aurora juga setuju tentang rancangan ni tetapi dia minta untuk tidak terlalu menghebahkan pertunangan pada dunia luar." Opah bersuara bagi pihak Aurora. Aurora berwajah tenang. Semua yang berada disitu mengucap alhamdulillah setelah mendengar jawapan Aurora dari opah. Aurora dan Naufal hanya tersenyum nipis melihat kegembiraan di wajah keluarga mereka. "Mungkin ini yang terakhir aku dapat buat pada mereka. Senyuman mereka adalah kebahagiaan aku." desis hati Aurora.

End Flashback

Tiba majlis perkahwinan mereka setelah beberapa bulan bertunang. Majlis akad nikah berlangsung dengan lancar. Kini majlis bersanding sebelah pihak perempuan. Naufal memperkenalkan Aurora pada rakan-rakannya iaitu The boyzz (TB) dan Aurora hanya tersenyum nipis apabila matanya terpandang dua raut wajah yang dikenali. Wajah itu tersenyum melihat wajah Aurora yang berseri.

BAJU NIKAH

BAJU NIKAH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!Where stories live. Discover now