B05

1.8K 52 0
                                    

The boyzz (TB) terbangun awal apabila mereka terbau masakan yang sedang dimasak. Mereka turun setelah bersiap. Naufal turut serta dengan TB. Bila mereka tiba didapur mereka lihat TG serta Aurora, mama Maya, mummy Yuni dan Opah sedang bergelak ketawa sambil memasak.

"Eh! Dah bangun dah. Awalnya bangun." tegur Maya sebaik kelibat TB muncul dihadapan mereka.

"Hihihi. Terbangun awal mama." kata Naufal tersenyum nipis. TG yang mendengar tersentak. "Aduh... Pecah rahsia." desis hati mereka.

"Hah boyzz lena tak tidur malam tadi. Maaflah jika tak selesa." kata Maya lagi.

"Tak adalah auntie. Selesa je. Nyenyak sangat. Tu sampai boleh bangun awal. Tak sangka pula bangun pagi ni nampak benda menarik." kata Amir penuh makna. Liya yang mendengar menelan air liur. Ye la selama ni diaorang bagitahu TB yang diaorang tak pandai masak sebab tu la setiap kali ada pertandingan masak atau aktiviti yang melibatkan masakan diaorang tipu.

"Benda menarik? Apa dia?" tanya Yuni sambil pandang wajah mereka. TB hanya tersenyum penuh makna.

"Tak ada apala auntie." jawab Ijaz.

"Oh ya, tak payahlah panggil auntie, panggil je MAMA. Lagipun korang dah mama anggap macam anak mama dah." kata mama Maya.

"Baik ma." sahut TB serentak sambil tersenyum. Alwaz hanya tayang sengih sebaik mama Maya menjelingnya geram. Alwaz membuat isyarat mulut 'ampun ma'

"Awak dan yang lain dah lapar ke?" tanya Aurora pada Naufal.

"Lapar juga." jawab Naufal sambil tersengih.

"Tapi tak masak lagi ni. Tunggu sekejap boleh?" tanya Aurora lembut.

"Boleh je." jawab Naufal.

"Kalau macam tu, awak dan TB pergi join papa, daddy dan jejaka malaya dekat luar tu. Jangan duduk sini. Ramai sangat. Rimas jadinya." Aurora menghalau TB dengan selamba. Mama Maya, mummy Yuni dan yang lain menahan senyum dan gelak.

"Amboi. Halau ke ni?" tanya Naufal sambil memandang wajah manis isterinya.

"A'ah memang pun." jawab Aurora tersenyum.

"Sampai hati Ana halau kitaorang. Kitaorang dahlah tengah lapar ni." kata Amir dengan nada merajuk.

"Eh tak payah buat suara macam tu. Geli aku dengar. Tengok tu yang lain nak termuntah dengar ayat kau tu." balas Mas kasar.

"Eleh. Diaorang nak muntah.... Aduhhh" balasan Ijaz terhenti bila ada yang menarik telinganya.

"Dah. Korang jangan kacau diaorang. Kang ada yang jadi hulkkan. Abang tak tahu. Pergi luar. " halau Danial tegas sebaik sahaja dia melepaskan telinga Ijaz. Yang lain tergelak selepas drama tadi.

Secepat kilat TB tinggalkan dapur bila mendengar kata-kata Danial. Danial memandang adiknya dan memeluk bahu adik kesayangannya.

"Baby macam mana hari ni? Okay?" tanya Danial sambil memandang wajah manis satu-satunya adik perempuan yang dia ada.

"Okay je la. Jangan risau kay." jawab Aurora tersenyum manis pada angahnya.

"Ye la. Angah keluar dulu nak join jejaka malaya yang ada dekat luar sana." kata Danial.

"Hahahaha. Pergilah. Nanti dah siap baby panggil. Okay?" kata Aurora. Daniel mengangguk dengan senyuman manis.

*******

Keluarga Naufal mula bergerak pulang setelah makan tengah hari. Begitu juga dengan TB. Yang tinggal hanyalah keluarga Aurora dan rakan-rakannya. Majlis di pihak lelaki akan diadakan dua hari lagi. Jadi Aurora dan TG bersiap sedia untuk majlis tersebut. Mereka lepak di pondok tepi kolam petang itu.

THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!Where stories live. Discover now